Macam Colmar Bukit Tinggi

91 1 0
                                    

Hari ini hari kedua kami berpeleseran. Semalam di Konstanz. Berjalan sekitar bandar Konstanz tanpa arah tujuan. Minum bubur dalam flask depan tasik.  Borak-borak pasal hala tuju hidup yang tiada hala tuju. Melihat nama-nama di Love Lock. Menjamu mata  di Christmas Market. Mencuci mata di H&M. Hari ini sejarah sama mungkin berulang di Colmar. Berpeleseran sampai kaki penat.

Kami menempuh lebuhraya yang membawa kami melintasi sempadan Swiss/Perancis. Lebuhraya yang tenang. Walaupun pagi hari minggu. Jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan Federal Highway yang jammed 24 jam dan 7 hari. Okay, aku melebih. Jammed 16 jam dan 7 hari. Sejak NKVE dah dilebarkan, keadaan lalu lintas disana semakin baik.

"Ain. Hang dah lama eh tak contact family hang?"

"Hah? Mana kau tau?"

"Aku agak ja. Tengok hang tak da pun bukak HP malam-malam."

"Hahahaha...Ye la...Aku tak de sayang macam kau. Nak hadap HP hari-hari sebelum tidur! Hmmmm...Adalah dalam 2 -3 hari jugak."

"Tak boleh macam tu Ain. Depa mesti risau kat hang tu. " Yuyu menjuihkan bibirnya ke depa.

"Mak nenek lah kau ni. Yang kau risau diorang risau tu dah kenapa.Hahahaha." aku oleskan vaselin ke bibirku yang semakin merekah. Aku memaling kepada Yuyu yang nampak seperti tidak puas hati dengan jawapan aku.

"Ye.Ye. Aku mesej la nanti. Malam nanti."

"Hehehe..Good girlllll" Tangan kanan Yuyu pantas mencubit pipi aku. Dia membuat memek muka seperti mengagah anak kecil. Tiba-tiba aku dapat rasa kereta terhuyung hayang. Yuyu menggengam kedua-dua tangan di atas stereng untuk mengembalikan kawalan.

Aku dan Yuyu. Dua-dua terdiam. Terkejut. Aku menumbuk bahu Yuyu.

"Kau ni. Mata tengok depan! Aku muda lagi. Tak nak mati."

"Sorry. Sorry. Dah lah tak biasa left hand drive. Nak manja-manja pulak dengan hang kan. Huhuhu. Sorry."

Selain daripada kejadian ini, perjalanan lancar dan kami tiba dengan selamat.

*******

Hari ini kami tak bawa bekal. Hari ini kami mahu makan di Colmar. Breakfast nasi goreng kampung dengan saki baki semua bahan yang kami beli dari Asian Store tempoh hari. 

Aku sudah meredah empat negara Europe. Itali, Swiss, Jerman dan hari ini Perancis. Apa persamaan antara keempat-empat? Semua ada makanan Itali. Orang Itali ni, macam restauran makanan Kelantan. Kau pergi Shah Alam ada kedai nasi kerabu. Kau pergi Kedah pun ada. Negeri Sembilan pun sama. Kalau di Indonesia boleh disamakan dengan orang Minang. Kemana sahaja ada orang Minang meniaga nasi Padang.

"Ok. Apa hang nak cerita kat aku pasai sejarah tempat ni ?"

"Colmar ni dulu macam Besut dengan Jerteh. Dia bawah Terengganu. Tapi cakap dialek Kelate. Cuma sebab dia bukan sebab sabung ayam. Sebab dia dulu Colmar ni dibina oleh geng Alsace. Dia ada bahasa dia sendiri. Macam campur-campur French dengan Jerman. Colmar ni asalnya dalam German Empire. Tapi gedebuk gedebak perang lah itu ini, sekarang dalam France."

"Dah tu? Depa tak Je Parle Francais?"

Berbulu telinga aku dengar Yuyu mengajuk orang Perancis.

"Dulu diorang cakap Alsatian. Sekarang semua orang cakap French. Sekolah diorang semua standard bahasa Perancis kot."

Aku dan Yuyu berhenti di sebuah kedai makan. Luaran nya daripada kayu. Warna asas adalah pink. Dan kayu penyokong berwarna coklat gelap. Seorang lelaki muda berdiri di depan menu. Memandang kami berdua yang sedang mengetuk-getuk dinding luar restorannya dengan penumbuk kami. Dia kelihatan berkerut-kerut. Pelik melihat kami. Melihat riak wajahnya, kami terus berhenti mengetuk.

"Bonjour mademoiselle."

"Bonjour" jawab kami berdua serentak.

Aku terus membuka google translate dan menaip. 

I don't speak French. I speak English

Aku tekan ikon speaker dan apa yang aku tulis tadi dizahirkan dengan kata-kata oleh wanita robot google translate.

Dia tersenyum. 

"Hello. Eat here or take away?"

"Kita kena cover Ain.. Kita dah ketuk-ketuk dinding dia. Kita kena makan sini aku rasa. Huhu."

"Hello. Eat here."

Pasti dia melihat kami seperti perempuan yang daripada Ulu Banat mana entah. Tapi lantak dia lah. Kalau dia nampak KLCC barangkali dia akan buat perkara yang sama.

Restoran ini dua tingkat. Di bawah hanya ada 2-3 tempat duduk, cashier, kaunter pemanis mulut dan dapur dibelakang. Manakala atas pula hanya tempat duduk. Restoran ini bahan asas pembinaannya adalah kayu. Kayu padu.

"Macam Colmar Bukit Tinggi lah. Cuma lagi original lah."

"Apa punya statement hang ni! Bukan macam Colmar Bukit Tinggi. Colmar Bukit Tinggi tu yang macam sini."

Aku dah berjangkit penyakit sengal Yuyu. Dan nampaknya Yuyu semakin relevan.

Seperti biasa. Makanan ruji kami. Pizza kosong dan pasta kosong. Sudah naik jelak. Tapi apakan daya.

*******

Kami teruskan perjalanan ke Le Petit Venice. Daripada peta, kami sepatutnya sudah tiba. Dua tiga kali memusiang. Rupanya jalan kecil untuk ke Le Petit Venice ditutup lori yang sedang membawa turun barangan. Mujur kali ketiga kami jumpa. Kalau tak memang plan nak lupakan sahaja Le Petit Venice dan merepek di Christmas Market.

Le Petit Venice atau Venice kecil memang nampak macam Venice. Ada terusan di tebing terusan. Tapi, berpatutan dengan namanya, Venice Kecil. Memang kecil.

Janji aku dan Yuyu tertunai apabila kami melalui sebuah gerai crepe di Christmas Market. Pemilik gerai ini tidak pandai berbahasa Inggeris. Itu tidak menghalang kami daripada membeli 1 keping crepe sorang satu. Banana rupanya dalam bahasa Perancis banane. Dan Nutella adalah bahasa universal sedunia. Kami berkomunikasi dalam bahasa isyarat.

"Depa ni memang jumud. Bahasa Inggeris tak tau."

"Dia ni macam pakcik goreng pisang kat seksyen 19 tu Yu. Kau speaking kat dia, mestilah dia blurr."

Dengan Nutella penuh bibir, kami terus berjalan tanpa destinasi yang spesifik. Penyudahnya, kami membeli souvenir kecil dan patah balik ke parking kereta. Esok kami akan ke Paghis!













Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now