"Stop! Stop!" Aku menjerit memanggil Andrew. Jam Casio Protrek di tangan aku menunjukkan 3.2km. Jantung aku sudah mahu tercabut dan aku sudah mencungap meminta nyawa. Mana tak nya. Pace kebiasaan aku ketika lari adalah 7min/km. Kali ini pace aku 5min/km. 2 min lebih laju dari biasa. Banyak bezanya. Aku terpegun juga aku boleh bertahan hingga ke kilometer yang ketiga. Mungkin kerana cuaca yang sejuk dan tidak terlalu berpeluh membuatkan aku boleh bertahan sejauh itu. Hidung aku seperti mahu terkoyak dek kerana udara yang lebih kering dari kebiasaan. Andrew mematah balik dan berlari anak kearahku yang sudah membongkok memegang lutut. Aku terbatuk-batuk kerana kekeringan tekak.
"Come on. 1.8km to go and I will leave you alone."
"Slow down your pace for God sake. You're going to kill me!"
"No. You can do this pace. I will buy you dark chocolate gelato"
Aku memandang Andrew tajam. Tidak puas hati. Aku ambil itu sebagai cabaran dan aku mengikut langkah kakinya yang panjang. Seorang yang hampir 6kaki versus seorang yang cuma 5kaki 4inci. 1 langkah Andrew persamaan 2 langkah aku. Dia 10 meter dihadapan aku. Apabila dia membelok aku mempercepatkan lagi langkah. Takut tertinggal dan tersesat.
Beep pada jam aku menandakan sudah cukup 5km. Rasa seperti mahu sujud syukur di situ juga. Aku bercekak pinggang sambil mengambil nafas. Tapak tangan aku dan Andrew bertemu diudara. High five sebagai sambutan kejayaan. Kaki aku terasa ringan seperti mahu melayang. Mujur lutut tidak sakit kerana dihenyak lebih daripada kebiasaan.
Beberapa langkah dari paras 5km tadi adalah pintu lobby hotel kami. Andrew membawa aku membuat satu pusingan besar. Aku menelefon Yuyu dari concierge. Sudah tidak larat mahu naik ke atas. Yuyu yang separuh sedar cuma mendengus di hujung talian. Aku anggap itu sebagai Ya. Aku cuma memakai tshirt lengan panjang biasa. Kesejukkan mula menggigit apabila aku badan aku berada dalam keadaan rehat. Aku mengajak Andrew duduk di kafe yang dilengkapi pemanas udara. Tidak sanggup menunggu Yuyu di beranda.
Pakcik yang mengangkat beg kami menjaga pintu masuk restaurant di mana buffet sarapan percuma aku dan Yuyu dihidangkan. Sekeping kertas diletakkan di atas stand. Kertas itu tertulis nombor bilik dan bilangan tetamu setiap bilik. Pakcik itu harus menandakan tick pada kotak kosong disebelah nombor tetamu.
"Room number 406. We will pay for the extra breakfast upon check out"
Pakcik itu mengangguk faham dan menandakan tick.
"Enjoy your breakfast." katanya pada kami.
Kami berdua memilih seat yang dekat dengan makanan. Ini hari pertama aku sarapan dengan gaya buffet. Di rumah Alfie hanya ala carte. Dan dimasak segar oleh Alfie. Breakfast spread di hotel ini jauh berbeza dengan breakfast spread di Malaysia yang ada pelbagai jenis makanan. Pinggan kotor yang ditinggalkan hanyalah pinggan kosong dengan serbuk roti dan bekas pembalut mentega. Berbeza dengan tanah airku. Melihat meja yang ditinggalkan dengan makanan lebihan yang tidak dimakan adalah perkara biasa di buffet-buffet di sekitar Malaysia. Abah selalu kata, orang Malaysia suka membazir. Dia ambil banyak-banyak lepas itu tak habis. Sekurangnya orang Amerika dia ambil banyak dia makan banyak. Orang Eropah hanya ambil apa yang perlu. Abah akan selalu berkata begitu apabila kami membawa abah ke tempat-tempat yang ada hidangan buffet seperti Seoul Garden. Kerana lebihan makanan yang dibazirkan selalu bersepah di atas meja. Abah meng'haram'kan ramadhan buffet. Bertentangan dengan semangat ramadhan katanya.
Aku mengambil dua keping roti putih bakar, kacang panggang, telur hancur dan sebekas yogurt. Andrew pula ambil yang hampir sama dengan tambahan bacon dan sosej. Kali ini aku pula cuba menyoal siasat.
"The two of you remind me of Gabby. A lot. I am glad that I said Hi to you guys." Aku mengangkat baju. Mana aku tahu Gabby itu bagaimana orangnya.
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...