Perjalanan Pulang yang Panjang

873 4 0
                                    

Aku kagum dengan sistem bagage drop airport Amsterdam. Semuanya automated. Tatkala pada tahun 2012 Malaysia baru buat sistem self check in dan boarding pass self printing, Amsterdam airport sudah membuat fully automated sistem di ambang tahun 2014.

Ada 10 mesin dalam satu baris mesin baggage drop. Dan cuma dua staff diperlukan untuk satu baris. Bagus. Mengurangkan jumlah tenaga kerja. Dan dalam masa yang sama, mengelakkan lambakan pendatang asing. Di Malaysia, menyalak tentang kebanjiran pendatang asing. Tapi diri sendiri pakai troli di Giant pun malas mahu letak semula di tempatnya. Dibiarkan tersadai ditepi parking. Paling bangsat sekali, letak di belakang kereta sebelah. Tak kira yang buang sampah merata. Yang pakai tandas macam lubang bontot ada dua. Dengan tak reti flush. Kau rasa siapa yang clean up your shit kalau bukan warga asing? 

Mesin itu tingginya dalam 1 meter dan lebar dalam 0.8m. Kau harus memasukkan nombor pasport, nombor penerbangan dan jumlah bagasi. Kemudian dia akan print kan boarding pass dan baggage tag. Sesudah itu beg kau akan ditimbang dan jika beratnya tidak mencecah 23kg, baru kau dibenarkan untuk meletakkan tag bagasi dan lepaskan beg kau untuk dihantar ke perut kapal terbang. Memandangkan aku dan Yuyu naik KLM, cuma 1 bagasi sahaja yang dibenarkan untuk check in. Kalau beg aku boleh bercakap, dah lama dia menjerit suruh aku berhenti sumbat barang. Sambal, Brahim dan Maggi samada sudah selamat dalam loji pemprosesan air atau diberikan pada 5 sekawan MC Gay Gay. Walaupun bahagian bekal makanan sudah dikurangkan, souvenir dan jiberish termasuklah winter jaket baru aku yang makan banyak space. Beg aku memang dah kembang sampai maksimum. Mujur brand Karrimor. Berpegang kepada kepercayaan aku kepada brand Karrimor, maka aku yakin yang beg aku akan dapat bertahan hingga ke KLIA. 

Beg aku berat ngam-ngam 23kg. Tidak kurang tidak lebih. Yuyu pula 22kg. Beg kami sudah selamat

"So what now?"

"Kita pi keluaq sat. Tangkap gambar kat huruf Amsterdam besaq depan airport tu."

"Ha. OK jugak."

3 jam lagi daripada boarding time. Aku dan Yuyu mundar mandir. Nak naik keretapi untuk ke Amstersdam central macam ambil masa pula. Tak mahu berlari-lari ke boarding gate. Kedai disini semua dah habis pusing.

"Masuk je lah dalam. Hari tu kat dalam aku tengok macam banyak tempat nak cuci mata."

Kami pun masuk ke dalam kawasan boarding gate. Once you are in, there is no way out. Gituuuu.. Kami mula menghiburkan hati sendiri dengan window shopping. Window shopping yang akhirnya membinasakan kami. Awalnya aku dan Yuyu hanya mahu menghabiskan sisa-sisa wang Euro yang ada. Yuyu membeli sebuah handbag kulit hitam jenama Tommy Hilfiger. 100Eu. Aku pula membeli beberapa tshirt Lacoste. 80Eu sepasang. Dua untuk aku dan satu untuk abah. Garas kad kredit. Galeria Lafayyete yang canggih tak beli apa sangat. Tapi di kedai duty free airport ni bernafsu pula untuk shopping. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Sisa wang Euro yang ada kami gunakan untuk membeli coklat yang mahal yakmat di Malaysia. Satu bekas letak di pantry pejabat. Kira souvenir lah tu. Malas aku nak layan permintaan diorang nak fridge magnet. Fridge magnet dah la mahal kau tahu!

******

Perjalanan flight seperti biasa. Jauh. Jauh gila. 12 jam. Aku agak keletihan dan tak sabar mahu tidur. Jiran disebelah aku pula selsema dan asyik bersin. Sekilas pandang seperti rakyat Malaysia bangsa Cina. Sebotol kecil wine yang bottomless di penerbangan KLM menjadi penemannya. Ingin memanaskan badan barangkali.  Baunya sebiji seperti air Ribena  sudah dibancuh yang aku tinggalkan selama seminggu di dalam bilik sebelum pergi mengawasi projek di Kuantan. Manager dia punyalah menjengkelkan. Dah la pengetahuan teknikal lemah. Lepas tu nak marah-marah kami. So I just smile and wave. Bodoh ada ubat. Tapi kalau bodoh dan ego, sampai matilah kau begitu. Balik dengan hati yang masam sebab kena maki, bilik aku pun bau masam sebab Ribena basi. Hari ini berkemungkinan 12 jam aku akan mengadap bau masam ini.

Saat aku sedang enak tidur dan diulit mimpi, Yuyu mengejutkan kan aku bangun. Untuk meraikan tahun baru. Di dalam pesawat KLM. Welcome 2014! Aku yang tadinya tidur sama-sama bertepuk tangan melayan keghairahan mereka menyambut tahun baru. Champagne dibuka dan diagihkan kepada semua penumpang. Aku dan Yuyu menolak dengan penuh sopan.

Setelah bahang sambutan tahun baru reda, aku kembali ke alam mimpi. Yuyu masih lagi melayan movie. Tidak sabar dan teruja mahu sampai tanah air katanya. Sampai tak boleh tidur Hmmmm. Tahulah dia tak sabar nak jumpa kekasih hati. Apa rupa lah agaknya kekasih Yuyu.

*******

Touch down. Malaysia bolehland sudah terang benderang disirami cahaya matahari pagi. Jam sudah 9 pagi disini. Aku dan Yuyu membiarkan semua orang keluar dahulu. MAhu serabut-serabut pun buat apa. Perjalanan pulang yang jauh. Apalah sangat tunggu 20minit untuk keluar pesawat. Lagipun nak kejar apa. Keluar nanti pun belum tentu beg sudah boleh diambil.

Yuyu terus menghidupkan HP beberapa saat selepas lampu tali keledar dimatikan. Mungkin ingin memberitahu si kekasih hati yang dia sudah selamat sampai.




Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now