Arrividerci Rome

212 8 3
                                    


Sarapan yang paling sihat pernah aku rasa dalam seumur hidup. Selalunya makan nasi lemak tak pun roti canai. Hari ini kami makan set breakfast yang disediakan Alfie. Menu utama adalah roti bulat yang di potong halus,dibakar dan di makan dengan salmon yang di masak dengan bawang-bawangan dan lada bengal yang dirempahkan dengan garam dan daun ketumbar yang diracik halus. Menu sampingan adalah garden salad yang dengan renjisan italian dressing,telur hancur dan buah-buahan. Minuman pula kopi arabica yang harum. Gula dan creamer harus ditambah mengikut selera masing-masing. Alfie ada sebuah coffee maker yang boleh dikategorikan sebagai tahap industri. Setiap kopi yang dibuat untuk tetamunya penuh dengan kasih sayang. Aku rasa Alfie patut meletakkan harga yang lebih tinggi dengan layanan yang begitu personalized.

Pagi ini kami sempat bersosial dengan tetamu lain. Dua pasangan. Dua-dua pasangan kekasih dari Bath,UK. Mereka bercuti bersama sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti semester. Keempat-empat dari mereka adalah dari UK. Mana secara terperinci tidak aku ketahui. Mereka mengajak kami ikut bersama untuk meneroka kota Rome. Kami tolak dengan cara yang baik kerana tempat yang mereka rencanakan adalah tempat yang kami lawati semalam.

*****

Lebih sedikit jam 9, aku dan Yuyu memulakan perjalanan ke terminal bas HOHO. Dengan bekal yang sama seperti semalam. Sarapan berkhasiat yang Alfie sediakan bukan sahaja memberikan tenaga ia juga memberikan semangat. Ingin sahaja aku bawa Alfie pulang. Dapatlah aku bayi comel kacukan melayu dan Italy. Untuk mengambil bas pertama jam 9.30 pagi untuk ke lokasi-lokasi archeologi di sekitar Rome. Setiap lokasi persinggahan telah kami pangkah satu persatu. Jumlah tempat yang ingin kami lawati hari ini cuma empat sahaja. Tetapi setiap perhentian adalah jauh dari satu sama lain. Dan kami jangkakan kelewatan kerana bas Archeo tidak sekerap bas Trambus merah yang kami gunakan semalam untuk meronda kota Rome.

Persinggahan pertama adalah Catacombe di San Callisto. Tempat ini dipagari tembok tinggi yang nampak seperti dihiasi pokok menjalar. Laluan masuk ketempat membeli tiket adalah laluan yang diperbuat oleh cobblestone. Laluan yang mungkin digunakan oleh pedati berkuda untuk mengangkat mayat untuk dikebumikan di sini. Kiri kanan laluan tadi adalah pokok besar yang merimbun. Sebahagian besar laluan itu ditutupi oleh bayang-bayang pokok. Aku dapat bayangkan betapa seramnya kawasan ini di waktu malam. Selepas membayar tiket masuk, aku dan Yuyu menunggu panggilan untuk dibawa oleh pemandu pelancong. Kumpulan lawatan di bahagikan mengikut bahasa pengantara. Lawatan ada dalam bahasa Italy, Perancis, Sepanyol dan juga Inggeris.

"English tour please step forward"

Pintu pagar kecil di paras pinggang aku dibuka untuk kami berkumpul untuk taklimat sebelum memulakan lawatan. Lawatan kami dijangka akan berlangsung selama dua jam. Pemandu pelancong kami namanya Milo. Rambut dan matanya berwarna hazel. Dia kelihatan seperti gementar. Suara tersekat-sekat dan bawah matanya bengkak air. Bangun lambat barangkali. Milo menerangkan sedikit sebanyak tentang catacombe ini. Dan larangan-larangan disini.

"Hello and Good Morning. I am Milo. I will be you tour guide today. I would like to brief you on this tour. This is a holy ground. Where most martyr and pope starting from 1st century was buried. Be respectful. Do not leave any prints or rubbish. Do not take any photos. It is prohibited. We do not recommend people with claustrophobia to join this tour because we will walk in an enclosed space. The floor will be slippery because it is moldy. Be mindful of your steps. As we go deeper, the temperature will drop and it will be more humid. The area that we will cover is only 3% of entire length of this catacomb. This catacomb stretch up to 20km with area of 15 hectar and four levels. Only this small portion was allowed for the public under guided tour. But do not be fooled. 600 meter is enough to cause chaos if you stray from your group. The lanes are confusing. And we had several cases where search and rescue teams were deployed due to lost tourist. So please,please,please stay in this group. And please,please,please no photos inside the catacomb. Any question?"

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now