Beg pertama sudah keluar. Beg yang kedua diletakkan di dalam bakul plastik. Duffle bag Garfield itu nampak seperti sudah terburai. Selepas itu jarak antara beg agak lama. Pemiliknya yang disebelah kami mengeluh panjang.
"Waduh. Gimana ini?" dia mengutip serpihan yang ada. Aku dan Yuyu yang kasihankan keadaannya menghulurkan getah rambut kami untuk mengikat bahagian yang terburai itu. Dia tersenyum dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih.
Dari dialek kami agak dia warga Indonesia. Mungkin akan bertukar pesawat di LCCT untuk ke kampung halaman. Penerbangan KLM hanya sampai kota Jakarta. Aku jadi gementar mengingatkan beg aku yang sudah sendat dan sembap disumbat dengan barang. Apalah nasib beg aku agaknya.
"Yu. aku sakit perut. Toilet jap."
Yuyu hanya mengangguk. Toilet itu hanya 20 meter dari tempat kami menuntut bagasi. Sesudah melepaskan apa yang patut aku kembali dan berdiri dibelakang Yuyu. Dia yang sedang asyik berbalas whatsapp seperti tidak menyedari kehadiran aku.
Tiba-tiba telefon Yuyu berbunyi. Wajah yang tertera pada skrin memang aku kenal sangat. Terlalu kenal. Dan di atas gambar itu ada tertulis besar-besar SAYANG. Dan aku yakin ini bukan sangkaan buruk aku. Sampai hati Yuyu buat aku begini.
"Kami sampai dah ni. Sayang tunggu tang mana? Oooo. Okay. Sat lagi kami pi dekat gate 7 arrival."
Yuyu menjenguk ke pangkal conveyor bagasi. Beg aku diikuti dengan beg Yuyu sedang bergerak menuju kearah kami di atas conveyor belt. Telefon masih melekat ditelinganya.
"Haaa.. Beg dah sampai ni sayang. Bye." dia meletakkan telefon dan menyimpannya di dalam beg. Aku menerpa kebahu kirinya tanda protes dan terus menarik beg kami kedua turun dari conveyor dan diletakkan di atas troli. Yuyu nyaris tersembam. Namun dia bisa mengembalikan keseimbangan badannya.
"Eh. Ain. Berapa lama hang kat belakang aku?"
"Cukup lama untuk tahu kau tengah cakap dengan siapa. Sampai hati kau kan?"
"Ain. Jangan la macam ni. Ain.Sorry lah."
"Kau dah tahu kan? Kau saja buat aku terpinga-pinga macam orang bodoh."
Aku buat-buat tak dengar ayat sorry dari Yuyu. Dari riak wajahnya aku tahu Yuyu ikhlas meminta maaf. Aku mengundur troli dan menolaknya keluar dari kawanan manusia yang bertenggek menunggu beg. Yuyu hanya diam. Mengikut aku dari belakang. Aku menolak laju troli ke gate 7. Tidak sabar rasanya mahu melempang wajah kekasih hati Yuyu. Dari pintu gate 7, kelibat kekasih Yuyu aku nampak di seberang jalan. Disebelah kereta yang memang tidak asing bagi aku. Yuyu sudah menjerit-jerit memanggil nama aku dari belakang. Kepantasan aku tidak dapat dikejar lagi. Aku melepaskan troli ketepi dan mencekak kolar baju kekasih hati Yuyu.
"Angah! Kau memang sialkan. Couple dengan kawan baik aku diam-diam?!"
"Hekhek. Surprise?" Angah buat muka banggang yang minta dilempang. Yuyu di belakang aku mencunggap-cunggap. Aku menarik telinga Yuyu supaya dia merapat dengan aku dan Angah.
"Adeh adeh! Hang gila ka?"
"Kurang ajar korang! Angah! Aku dah cakap kawan-kawan aku off limit. Kau mengorat Yuyu kenapa? Yuyu, kau dah selalu lepak rumah aku. Ogre ni jugak yang kau boleh suka? Kau dah tengok semua perangai tak senonoh dia? Macam mana dia buli aku?" aku memandang mereka berdua berselang seli. Geram. Aku geram yang mereka boleh jatuh cinta. Kerana Angah selalu buli aku. Dan aku selalu mengadu pada Yuyu tentang perangai Angah yang suka membuli aku. Dan yang paling menggeramkan, mereka rahsiakan dari aku. Dan yang paling menakutkan aku adalah kalau hubungan mereka tidak berhasil. Pasti kekok. Yang ini abang. Yang ini pula best friend. Aku takut kalau dalam situasi itu hubungan kami akan renggang.
"Alah. dik. Cinta itu buta. Kitorang bukan nya lama pun simpan rahsia. Baru 6-7 bulan je."
"Kepala atok kau 7 bulan tu tak lama!"
Mereka berdua diam.
"Kau restu kan dengan kitorang. Aku serius. Aku janji." Angah mengangkat tangan kanan seperti anak sekolah yang sedang bersedia untuk berikrar pada perhimpunan pagi.
"Kami tak ready nak bagi tahu hang. Sebab tau hang confirm freak out punya!"
"Kau gila aku tak freak out. Mestilah aku freak out. Satu, dia abang aku yang ogre dan kau best friend aku. Dua, kau rahsiakan dari aku. Tiga, kalau korang kawen aku nak panggil kau apa Yu?Kak Yu? "
Angah masih tercengat dengan tangan kanannya diangkat. Aku memberikannya high five. Ah. Siapalah aku untuk menghalang mereka. Angah masih kebinggungan dan memandang tangan kanannya yang aku tampar tadi. Aku masuk kedalam kereta.
"Ye aku restu. Korang tercegat macam tiang bendera kat situ dah kenapa? Jom la makan roti canai!" aku menutup pintu kuat. Yuyu terus masuk dari pintu belakang kanan dan duduk disebelah aku.
"Kau nak jadi ma'am dengan aku dah kenapa. Pergilah duduk depan. Teman abang aku. Aku cancel kau jadi kakak ipar aku baru tahu."
Yuyu keluar semula dan pergi ke seat penumpang di hadapan. Angah sibuk memasukkan beg di belakang. Yuyu duduk dihadapan. Tidak tahu mahu kata apa.
"Ain. Hang OK dak ni?"
"Aku terkejut. But I will survive. Aku cuba hidup dalam ke-awkward-an yang kau dan Angah dah buat. After all aku sayang korang dua. So, be nice to each other. Jangan menyusahkan aku. Jangan buat aku risau."
"Baik adik ipaq!" Yuyu mencubit dagu aku manja. Aku tepis tangannya. Angah sudah masuk kereta dan kereta Angah di pacu laju menuju Restoran Soto Shah Alam Seksyen 8. Tempat kegemaran aku untuk sarapan pagi.
Jauh dalam sudut hati, aku tahu Yuyu bertuah. Angah memang senget. Tapi dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Cuma otak nya senget dan ada wayar terputus sedikit. Dan Angah pun bertuah kerana dapat pasangan yang sama senget. Yuyu is a great friend. Bukan jenis yang kawan makan kawan. Boleh lah mereka bersama-sama menyenget nanti. Aku kenal hati budi mereka. Aku harap semua akan berjalan dengan lancar.
Banyak persoalan yang terjawab. Patutlah Yuyu selalu pesan aku suruh contact family di Shah Alam. Patutlah Yuyu selalu mengelak nak bagi gambar pada aku. Patutlah Yuyu cakap nismilan masa high!
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...