Malam terakhir di Paris

201 5 0
                                    

Selesai bersiap aku melangkah keluar daripada hostel. Masih sedikit kebingungan. Yuyu mengurut bahu aku dan menyuruh aku untuk take it easy. Hari ini hanya aku dan Yuyu lagi. Mereka berlima tidak mahu ke Museum D'Orsay. Hari ini kami akan buat hal masing-masing. Seperti biasa akan lepak pada waktu malam.

"Kita akan ke Museum D'Orsay, Champ Elysse dengan Arc De Triomphe last sekali Seine River Cruise." Yuyu mengangguk tanda faham.

Museum D'Orsay adalah bangunan yang menempatkan ribuan hasil seni daripada artis-artis terkemuka seperti Manet, Monet, Van Gogh, Renoir, Degas, Gauguin, Courbet, Carpeux, Rodin and Maillol. Ada seni moden, halus, abstrak dan ukiran. Di tingkat paling bawah, aku dan Yuyu berhenti dihadapan satu lukisan.

"Hariam deni. Lukis gambaq puki macam ni."

Ya benar. Ada satu lukisan gambar kemaluan wanita. Sangat halus hasil lukisannya. Menggunakan cat minyak. Tak dapat aku nak gambarkan bagaimana. Kerana terlalu teliti. Seperti ditilik berjam-jam benda itu berjam-jam.Dan setiap helai bulu ari-ari dilukis.

"Tak sejuk ke model dia ni kangkang lama-lama?"

"Tu lah. Tak busuk ka dia hadap lama-lama?"

Persoalan bodoh itu kami biarkan tak berjawab dan kami satu-satu lukisan kami tilik. Antara yang menjadi tumpuan kami adalah karya Van Gogh Water Lily dan beberapa lagi lukisan abstract. Hasil kerja Monet yang terkenal seperti The Kasino juga mengagumkan kami. Tangan gatal mahu mententuh lukisan itu. Namun setiap kawasan dikawal ketat oleh pengawal musium.

"Van Gogh punya self potrait tu tak dak pun?"

"Tu nanti kat Amsterdam kita tengok. Takde kat sini"

Kebanyakan karyawan tersohor akan berada di Paris pada satu-satu masa. Kerana itu karya Leonardo da Vinci dan Van Gogh ada disini.

Seperti biasa, hampir separuh hari dihabiskan di D'Orsay. Matahari akan terbenam dalam masa 3 jam. Aku dan Yuyu akan berjalan di Champ Elysse lalu terus ke Arc De Triomphe. Paris pass memberikan kami access untuk naik ke atas dan melihat kota Paris. Arc De Triomphe terletak betul-betul di tengah kota Paris.Cukup sempurna untuk menikmati pemandangan sesudah matahari terbenam.

******

Champ Elysse. Chanel, LV,Hermes, Bvlgari. Semua ada. Tempat membeli belah barangan yang hanya mampu dibeli oleh golongan elit dan anak muda baru kerja yang gilakan barangan berjenama. Melihat harga sudah cukup membuatkan kau telan air liur.

"Bapak ah. Beg buruk macam ni berbelas ribu duit kita." Mataku tertancap pada beg Chanel.

Tiada apa yang nampak istimewa melainkan lambang CC. Reka bentuk semua hampir sama. Begitu juga LV. Tiada langsung design yang kreatif.

"Hang tau dak. Chanel dengan LV, depa bakaq banyak gila beg depa tiap hujung tahun."

"Hah? Buat apa?"

"Sebab depa nak clear kan inventori."

"What? Tak buat clearance sale?"

"Tak.Nanti habis market depa.Jadi low class macamtu."

"Oh God.Animals died in vain! Kau bunuh diorang. Buat beg. Pastu kau bakar. Membuang resources betul."

Sebab itu aku lebih suka memakai beg nylon atau daripada bahan-bahan sintetik lain walaupun bau beg kulit berjenama memang mampu menggetarkan hati seorang wanita.

Tiada apa yang aku rasa berbaloi untuk dibeli. Non. Nil. Kosong. Membelanjakan ribuan ringgit untuk sebiji beg bukan lah aku.

Jadi aku dan Yuyu memulakan perjalanan ke Arc De Triomphe. 1 jam 30 minit lagi sebelum matahari terbenam. Aku dan Yuyu termenung memandang Arc De Triomphe sesudah sampai di roundabout yang memisahkan kami dengan monumen tersohor di Paris. Dekat tapi jauh. Macam lagu Forteen.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now