Buka mata mu luas-luas

388 11 8
                                    

Alfie menguak pintu apartment nya. Mengah aku dan Yuyu mengalas beg dan menaiki tangga ke tingkat 3. Langkah tangga nya besar-besar. Tidak sesuai untuk wanita Asia seperti kami. Lutut hampir mencium muka dek kerana langkah yang besar. Alfie pula membantu kami mengalas daypack yang kami sarung di depan. Bangunan apartment Alfie bangunan yang sama dengan hotel kami. Dua blok di belakang. Bangunan yang lama tetapi dijaga rapi. Bersih dan kemas. Kami akan tinggal di apartment Alfie 2 malam sebelum menuju ke tempat seterusnya, Venice.

Apartment Alfie ringkas. Kami difahamkan kami akan tidur di salah satu bilik di dalam apartment Alfie. Ada 3 bilik. Cuma 1 bilik sahaja yang berpenghuni tetap. Bilik Alfie. Selepas membawa kami sekeliling apartment dan menunjukkan kami tandas dan dapur, Alfie meminta diri untuk ke tempat kerja selepas menyikat rapi rambutnya yang serabut ditutup oleh snowcap tadi. Kunci bertukar tangan.

"Ain. I think you should consider getting a new jacket. That jacket will not keep you warm all day. You will be freezing."

"Oh really? How much will it cost me? And where to get?"

"No worries. There is a secondhand shop downstairs. There are tons of good winter jackets around. Always bargain for half price. 20 Euro is possible for a down jacket"

Perbualan di bibir pintu itu diakhiri dengan amaran Alfie supaya berhati-hati dengan penipu dan penyeluk saku di Rome. Jaket yang aku pakai hanyalah windbreaker yang dialas dengan fleece di dalamnya. Brand Karrimor yang aku beli di Sportsdirect. Jaket ini lah yang aku bawa ke Gunung Kinabalu dan Gunung Rinjani. Cukup untuk memanaskan badan aku. Tapi jika difikir logik memanglah cukup kerana bila kau mendaki badan tidak akan terasa sejuk. Kerana darah mengalir laju dan kau bergerak aktif.

"Hariam. Aku dah cakap kat hang dari semalam kat Amsterdam. Hang kata takpa hang boleh tahan sejuk. Alfie suruh beli terus hang tanya kat mana nak beli. Aku rasa macam nak starlight dahi hang ni!" Yuyu mengacah mahu starlight dahi aku. Aku elak sambil tergelak besar. Ya, Yuyu sudah memberitahu aku sejak di Amsterdam yang jaket aku tidak sesuai untuk berjalan seharian sewaktu musim sejuk.

Aku dan Yuyu tidak ambil masa yang lama untuk keluar. Kami sudah lebih dari bersedia dan tidak sabar lagi!Barang-barang kami biarkan berselerakan di dalam bilik kami yang berkunci. Perut daypack aku diisi dengan sedikit wang untuk belanja untuk hari ini, kemera dan HP. Wang yang selebihnya kami simpan jauh didalam perut haversack aku. Di dalam satu poket tersembunyi.

"Hang rasa selamat ka kita duduk apartment anak bujang Italy ni"

"Aku daftar kat AirBnB la. Kau tak perlu risau. Staff dia orang dah buat background check semua."

Aku faham kerisauan Yuyu. Aku pun begitu semasa pertama kali menggunakan aplikasi AirBnB sewaktu ke Bali. Aku tinggal bersama bapak Wayan Dharma. Pada mula nya memang takut. Tetapi mereka yang mendaftarkan diri untuk menjadi AirBnb host selalunya adalah orang suka menerima tetamu di rumah mereka. Wang adalah hal kedua. Selepas trip Bali, aku memang selalu menggunakan AirBnB untuk menempah tempat tinggal kemana-mana. Jimat, selamat dan selesa.

*****

Satu persatu jaket aku belek di kedai secondhand. Dari depan kedainya nampak kecil. Tetapi bila kau masuk, barang-barang disini seperti menarik kau untuk masuk ke dalam dan lebih dalam. Aku lihat tanda harga disitu. Ada satu jaket yang memang tepat dengan seleraku. Hitam. Jaket Karrimor aku juga hitam. Kalau aku ada negara sendiri bendera aku pastinya hitam. Tiada apa yang lain lagi melainkan hitam. Ada side pocket untuk aku memanaskan tangan dan hood. Material aku tidak pasti. Yang pasti ianya kembung dan mempunyai isi di dalam. Nampak kemas bila dipakai. Tidak nampak seperti aku memakai suit inflatable sumo. Perempuan ringkas otak nya juga ringkas. Aku cuma faham kain licin lembut,memeri atau cotton. Yang lain-lain aku tidak tahu. Ruangan fesyen seperti Zalora bisa membuatkan aku kebingungan dengan penerangan item yang terlalu rumit dan berjela bagiku.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now