Abah merenung aku tajam. Boleh tembus ke otak dek renungan abah.Semua persoalan WH telah abah ajukan. What, where, when and who. Bila aku sebut aku kesana bersama Yuyu, riak muka abah sedikit 'lega'. Nama Yuyu dan Dani tidak asing di rumah ini. Itulah nama yang aku sering sebut di bangku sekolah lagi. Rumah kami pun dekat-dekat.
" OK abah izinkan. Abah nak tengok details. Terutama sekali tentatif. I want to know where you are at what date OK."
Aku menghembus nafas lega. Terus aku hulurkan kertas A4 yang aku print dari pejabat tadi. Dani memang seorang yang teliti. Tarikh dalam tentatif yang Dani email itu aku edit sendiri. Di situ semua nya ada. Lokasi tempat tinggal, stesyen keretapai dan bas yang terdekat, balai polis terdekat, embassy Malaysia dan tempat menarik untuk dilawat.
"Abah simpan ni. Nanti dekat sana adik akan beli nombor local. Adik akan inform abah hari-hari adik dekat mana dan adik OK ke tak."
*****
Setiap malam aku dipenuhi angan-angan. Bergambar di Eiffel tower. Berguling di atas salji. Menjilat-jilat gelato coklat. Cuti selama 20 hari pun boss aku dah luluskan. Aku ada 30 hari lagi cuti yang belum digunakan untuk tahun ini. Lagi dua bulan akan masuk tahun 2013. Peluang yang ada harus aku gunakan sebaiknya. Selepas pemasangan pipe aku siap, aku tiada apa-apa kerja site sementara menunggu tahun hadapan. Apa yang harus aku lakukan sebelum bercuti adalah memastikan projek handover berjalan lancar dan dokumentasi dari segi operasi, design, delivery order dan invoicing diproses oleh pihak client.
Lamunan ku tersentak lalu ku mendongak. Macam lagu Amy Search tu. HP aku mengeluarkan bunyi beep. Bunyi itu khas untuk email. Oh My God. Aku lupa block email Arif.
Ain,
Saya cuba call, whatsapp dan SMS awak. Semua tak dapat go through. Saya agak mungkin awak dah dah tukar nombor. Awak apa khabar? Harap semuanya OK. Dah dekat sebulan kita tak contact. Saya rindu awak. Perempuan tempoh hari itu hanya peneman sahaja. Saya tak serius pun dengan dia. Maafkan lah saya Ain. Saya tahu saya dah banyak kali buat silap. Tapi tolong lah. Saya janji lepas ni saya akan terus meminang dan commit dengan awak. Saya bz tak dapat pujuk awak. 2 minggu saya offshore. Lepas tu ada training. Please Ain.
Arif
Yucks! Geli geleman. Nak muntah semua ada. Senang je nak minta maaf lepas panggil aku jalang. Berubah? Berubah my ass dude! Aku dah cukup bagi ruang untuk kau berubah. Ringan je tangan nak type reply yang penuh carutan dan makian.
Wei Arif. Kau tak payah nak maaf, rindu, berubah sangat la. Aku tak peduli dah kau nak keluar dengan siapa. Aku happy dengan family aku dengan kawan-kawan aku. GO FUCK YOURSELF.
Singkat tapi padat. Enough to get the message across. Baru je aku nak sambung berangan tiba-tiba ada bunyi beep lagi.
Belagak je kau perempuan. Kau dah ada boyfriend lain kan. Lepas tu kau nak cari salah aku. Jalang!
Perkataan jalang tu memang buat darah aku mendidih. Rasa macam nak reply je lagi sedas panggil dia bastard. Aku tenangkan diri aku dan call Yuyu. Dua deringan dan aku dengar suara Yuyu di hujung talian.
"Hello, Yellow, marshmallowwwwww"
Sapaan Yuyu buat aku gelak. Yuyu memang sengal-sengal ubi dan kadang kala blur tak bertempat.
"Hello! Wei...Buat aku gelak pulak.Hahahahaha"
"Padia hang call aku malam-malam ni ha?"
"Aku nak tanya kau Yu. Masa sekolah dulu kan diorang suka ejek kau pasal slang Kedah kau. Apa kau buat eh Yu supaya kau tak terasa?"
"I own that name. Kan depa dok panggil aku jelapang dulu. Apa nak malu. I own that name. Bila cikgu panggil Ayuni akau cakap kat cikgu. Cikgu nanti panggil saya jelapang. Kawan-kawan saya semua panggil saya jelapang?Lepas depa tengok aku macam tak ambil port. Depa stop la sendiri."
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...