Ini Last! Aku janji!

205 2 0
                                    

Seperti semalam, aku dan Yuyu tidak berani mencuba diluar hotel. Merbahaya kalau-kalau tiba-tiba hilang kawalan. Satu beg kecil berisi magic mushroom dijinjit Yuyu. Kami dalam perjalanan naik ke bilik dari lobi. Cara pengambilan magic mushroom adalah ingestion atau dimakan. Mereka kata kesan magic mushroom lebih teruk kalau dibandingkan dengan ganja.

Modus operandi masih tidak berubah. Aku dan Yuyu bersiap-siap. Kami mandi dan tukar baju tidur. Tidak mahu kecundang di tengah jalan seperti semalam. Belum sempat tukar baju sudah selamat di alam mimpi.

Aku dan Yuyu duduk bersila menghadap masing-masing. Aku memasang kamera compact DSLR aku di sudut yang strategik. Kali ini aku mahu lihat apa yang terjadi sewaktu aku di alam fantasi. Magic mushroom yang aku dan Yuyu pegang dengan jari telunjuk dan ibu jari ditemukan dengan bunyi detingan yang dibuat-buat. Ala-ala upacara toast mat saleh. Satu hun sebelum magic mushroom selamat dikunyah, aku merasakan kepalaku ditampar kuat oleh Yuyu.

"Kepala hotak hang!"

"Apa? Apa aku buat?"

"Hang baca bismillah pasaipa? Jangan hina agama wei!"

Aku terus terjelepuk di lantai dan tertawa sehingga menepuk lantai. 

"Aku baca bismillah ke tadi? Sorry,sorry. Good habit gone bad."

Aku dan Yuyu mula mengunyah magic mushroom. Kunyah. Kunyah. Kunyah. Dan telan.

"Yuyu. Kenapa aku nampak ada arnab dalam bilik ni?"

"Ha'ah lah. Ada arnab. Wei, menyorok, mercun baru meletup kat sini."

Yuyu membenamkan kepala aku di antara dua katil. Tangan kami diatas kepala seperti berlindung daripada letupan yang maha dahsyat. Dan semuanya kabur selepas itu.

********

"Ah. Aduh."

Sesuatu yang berat menimpa punggung aku. Aku tidur dalam keadaan meniarap. Leher sedikit lenguh kerana posisi yang kurang ergonomik. Aku toleh kebelakang. Posisi Yu lebih kekok. Kepalanya terjulur di birai katil. Kakinya pula melunjur kebawah. Pinggangnya betul betul di punggung aku.

"Yuyu. Bangun. Kebas bontot aku ni."

Yuyu terus terduduk dan mengelap air liur di pipinya. Meleleh hingga ke lantai. Disgusting.

"Jom cari sambal olek."

"Dah kenapa kau ni bangun-bangun terus nak sambal olek?"

"Aku mimpi sambal olek."

"IIIHHHH. Patut lah air liur bersepah!"

Aku tendang manja punggung Yuyu yang sudah berdiri mengambil tuala. Sambal olek di Amsterdam? Yes! Kalau pengetahuan am kau bagus, kau pasti tahu yang Indonesia dijajah Belanda dahulu. Walaupun sudah diusir keluar oleh rakyat Indonesia, penjajah Belanda masih terbayangkan sambal olek. Lalu, resipi sambal olek dibawa ke Belanda. Kedai makanan Indonesia memang mudah dicari.

******

Kedai yang kami ingin pergi berdekatan dengan Van Gogh Museum dan alang-alang sudah keluar, kami harus melawat simbol ikonik Belanda iaitu windmill. Sesudah brunch, kami bercadang untuk ke Water Mill 1200 Roe. Salah satu windmill yang masih di kawasan bandar Amsterdam.

Sari Citra. Menunya dalam bahasa Belanda. Mujur pekerja di sana sangat ramah. Mereka membantu kami untuk memilih makanan. Penyudahnya aku memesan Nasi Goreng Rames dan Yuyu memesan Nasi Kuning. Kami lengkapkan hidangan kami dengan semangkuk sambal badjak. Pengganti sambal olek yang tiada dalam menu. Rasanya enak dan harganya berpatutan. Memandangkan ini restoren Indonesia, aku dan Yuyu selamba badak makan nasi pakai tangan. Seorang pekerja disana langsung berhenti di meja kami.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now