Betul lah kata mak dan abah

1K 15 13
                                    


1.00pagi. Aku pejam mataku erat-erat. Tapi masih gagal berlayar ke alam mimpi. Siling rumah ku tenung dalam-dalam. Walaupun memang tiada apa untuk ditenung di situ. Hanya siling asbestos berwarna putih. Dan kipas siling yang berputar pada arah yang sama saban hari.

Aku masih ingat kali pertama aku berjumpa Arif. 2 tahun lepas. Di tempat kerja pertama. Dia menyapaku dan menghulurkan tangan untuk bersalam dari cubicle depan ku. Aku sambut tangan nya dengan genggaman yang erat. Aku ni style macam bro. Rambut panjang tapi boyish. Fesyen aku hari-hari adalah tshirt, jeans dan checkered shirt.  "Orang baru? Aku Arif. Baru balik job "Selepas graduasi, aku tidak dapat mencari kerja untuk aku gunakan degree Mechanical Engineering ku. Jadi aku ambil peluang untuk bekerja sebagai kerani di Syarikat Konsultasi Minyak dan Gas. Sementara cari kerja. Tugas aku yang menyediakan tender dan menjadi document controller. Tugasan harian membuka mataku tentang tugas-tugas seharian Project Engineers di pejabat dan di luar pejabat. Tahu tentang kelulusan yang aku ada, mereka pun tidak lokek berkongsi pengalaman. Menggalakkan aku untuk terus mencari kerja yang setimpal dengan kepayahan mendapatkan degree.

Waktu itu aku dan Arif rakan sekerja. Dia pekerja kontrak yang dihantar ke offshore mengikut permintaan klient. Kadang-kadang ada kerja. Kadang-kadang tiada. Bila tidak ke offshore, cubicle Arif nun di depan aku. Angkat pungung sedikit, dapat lah lihat muka dia yang berkulit sawo matang dan hensem. Bosan dengan kerjaya yang timbul tenggelam, dia nekad mahu mencari kerja tetap.

"Emmm Ain. Kau free tak. Aku nak minta tolong" cuma separuh muka nya kelihatan.

"Tolong apa?" jawab ku sesudah membasahkan tekak dengan air teh Lipton yang aku bancuh sekejap tadi.

"Ada job opening. Aku nak apply. Tapi english aku kurang lah. Kau tolong buat resume eh. Aku email kat kau."

"OK. Aku buat lepas kerja aku siap"

*****

1 jam juga masa yang aku habiskan untuk edit. Keletuk keletak keletuk. Done and sent. Aku ringkaskan resume Arif daripada 5 mukasurat kepada dua mukasurat. Aku padatkan dan susun cantik-cantik. Bahasa nya aku baiki.

Tak sampai 5 minit aku hantar, Arif menjenguk ke cubicle aku. "Terima kasih Ain. Aku belanja kau eh?" Aku balas dengan menjempolkan ibu jari ke atas. "Bila?"

"Malam ni?"

"Okay."

Kami berjumpa terus di mall. Aku tak suka manja-manja suruh orang ambil aku. Usai makan malam, Arif tanya aku satu soalan yang buat aku tersedak.

"Kau dah ada boyfriend Ain?"

It happened so fast. Beberapa minggu selepas itu aku jadi girlfriend Arif. Arif dapat kerja baru di Petrofac. Dan dia belikan aku HP baru sebagai hadiah dengan gaji pertama dia berkerja tetap. HP yang aku baru letak kan di dalam kotak tadi.

6 bulan adalan masa yang Arif beri untuk aku jauh diulit mimpi. Selepas 6 bulan? Taring, belang bahkan tanduk keluar. Selepas itu baru aku nampak perangai Arif yang sebenar. Panas baran. Mata keranjang. Dan selepas aku dapat kerja baharu sebagai Junior Engineer di sebuah syarikat operator minyak dan gas, dia jadi cemburu buta. Sampai kan outstation pun mahu mengekor.

Aku akui. I am no saint either. Ringan-ringan itu perkara biasa bagi aku. Arif yang ajar. Tapi aku tak lah bodoh sampai nak serahkan segala nya. Bila dia ikut aku outstation, aku paksarela turutkan. Malas nak bergaduh. Dan tiap kali itu jugalah aku terpaksa gunakan credit card untuk mengambil lagi satu bilik untuk Arif. Baru aku teringat. Overdue credit card RM2,500 untuk bilik hotel lahanat tu. Nampak sikit, tapi tidak berbaloi nilainya untuk dibelanja pada jantan macam Arif.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now