Eh! Banyak ni!

95 5 0
                                    

Kami bertujuh berdiri di dalam metro. Semua tempat duduk sudah diambil. Kalau dibanding LRT kita dan Metro mereka dari segi kebersihan, LRT kita 10 kali ganda lebih bersih, lebih kemas dan lebih cantik. Tapi dari segi jaringan, sudah pasti Metro mereka 100 kali lebih bagus daripada LRT kita. Ceruk ulu mana di dalam dan di luar bandar akan dapat dicecah oleh Metro mereka.

Tidak tahu mengapa, kami memang percaya mereka berlima. Ikut membabi buta. Kalau tiba-tiba kena jual, memang sia-sia. Jalan yang mereka bawa agak gelap dan tidak ramai orang. Dan jauh sedikit daripada kota. Aku dan Yuyu berpegangan tangan. Kaget dengan kawasan yang agak aneh ini.

"Muahahahahahahahaha... Jangan risau... Kau akan selamat kalau kau dengar cakap aku. Tapi, aku tak janji yang kau tak akan cedera. Muahahahaha..." Amri menepuk bahu aku dengan kuat, berbisik dan meniru suara Freddy Kruger. Aku tak semena mena berhenti dan menjerit...

"AAAAAAAAAAAAAAAAA...Tolong...Tolong... Jangan jual akuuuu..."

"Hoiiii..Hoiiii...Shhhhhhh... Depan tu polis lah bodoh...Diam..Tengok tu..Tu tu tu.."

Amri menghalakan telunjuknya ke sebuah kedai. Logonya bulan dan bintang. Al Jabir L'Arabian. Kebab et plus. Aku tersenyum. Namun senyum aku hanya sementara apabila dua orang polis Perancis menghampiri kami dengan cota. Dia berbicara dalam bahasa Perancis pada aku. Dan Amri membalasnya. Dia menyuruh Amri diam. Cota itu dihala pada muka Amri.

"En anglais s'il vous plait" kataku dengan yakin. Semalam bukan main lagi aku cari di google translate dan menghafal ayat ini. Memikirkan orang Perancis ramai yang tidak mahu berbicara dalam bahasa Inggeris dan kami akan berjalan-jalan tanpa penterjemah Amri dan Arif. Maksudnya english please.

"Is this guy bad guy? Trying to hurt you?"

"Oh. Hahahaha. No no no. I am sorry. I am so hungry. So, I screamed and angry at him. Turn out the restaurant is over there."

"Are you sure?" dia cuba mendapatkan kepastian.

"Yes yes. Come and join us officers." kataku untuk meyakinkannya. Dia tersenyum. Bersalaman dengan Amri dan beransur pergi.

"Fuh. Bongok lah kau ni. Kalau aku masuk penjara kau nak jamin?"

"Penjara accept credit card tak?"

"Butoh. Nyaris betul."

"Sorry lah. Yang kau gurau macam tu dah kenapa."

"Ah. Dahlah korang dua ni. Jom makan." Hafiz mengusap-usap perutnya.

*******

"Nasi atau kebab? Nasi ada mandy dan makhlouba. Kebab ada fries. Nasi ada grill meat atau shwarma." Arif mengambil pesanan. Kedai ini juga layan diri. Jadi Arif yang akan order bagi pihak semua.

Aku dan Yuyu pastinya nasi. Nasi dan kambing. Air tak banyak pilihan. Hanya Coke, coffee atau arab tea. Aku memilih arab tea. Mereka mahu belanja kami pula hari ini.

"Kedai ni kalau kau google memang tak jumpa. Kedai ni budak-budak student Malaysia yang jumpa. Turun temurun. Makanan murah dan sedap. Tak silap aku makanan dia to be exact Syrian food. 5 Eu untuk nasi. Drinks 1 Eu" jelas Amri.

Arif, Hafiz dan Naim membawa dua dulang berisi makanan dan air. Pinggan kami hanya memakai bekas kertas seperti di KFC. Bekas itu seperti mahu roboh apabila diangkat kerana penuh dengan nasi dan daging. Dua mangkuk, satu berisi yogurt dan satu lagi seperti sos daun pudina diletakkan ditengah meja. Ada juga yang memesan set kebab yang didatangi dengan fries gemuk-gemuk dan banyak. Ya Allah. Syurga kah ini?

Sebekas nasi makhluba diletakkan didepanku dan sebekas lagi di depan Yuyu.

"Eh!Banyak sangat ni!" kataku pada Arif.

"Makan je lah. Kalau tak habis kita bungkus." jawabnya.

Aroma nasi yang berempah, daging kambing yang empuk dan sos daun pudina memanggil-manggil aku untuk menghumban muka kedalam nasi. Tatkala tangan aku sudah bersedia untuk mengaut nasi. Mereka semua menadah tangan.

"Allahuma bariklana fima razaktana wakinnar azzabannar. Aaamin.."

Tangan aku sudah menyentuh nasi. Rupanya mereka belum habis berdoa lagi.

"Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kau kurniakanlah kami rezeki yang diberkati dan jauhkanlah kami dari api neraka. Amin."

Aku dan Yuyu makan tanpa memandang kiri dan kanan. Walaupun sudu dan garfu disediakan, kami menggunakan senjata yang paling padu untuk makan. Tangan kanan. 

Mereka berlima melihat kami.

"Korang dah berapa tahun tak makan?"

"Lapar woi! Siang tadi makan croissant dua biji je."

Tanpa aku sedari, nasi lenyap dari pandangan. Makanan seperti disedut oleh aku. Yang tinggal hanyalah pinggan kertas yang ada tompok-tompok minyak.

"Siapa cakap banyak sangat tadi hah?" Saufi cuba menaikkan darah aku.

"Aku silap. Aku nak cakap banyak sangat bunga cengkih dalam ni. Aku takut tergigit. Bukan banyak sangat nasi."

Ayat yang aku sebutkan tadi yang akhirnya memakan diri sendiri.

"Eh!Banyak sangat ni!" perkataan yang diulang-ulang oleh Saufi, Arif, Amri, Hafiz dan Naim. Perjalanan pulang ke hostel rasa seperti beribu batu kerana terus-terusan ditaji.






Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now