Amsterdam : Smell the weed!

151 3 0
                                    

Sebelum ke stesyen keretapi, aku dan Yuyu ke Galeri Lafayette. Cuci mata. Mall yang menempatkan macam-macam barang berjenama. Aku hanya membeli satu set make up travel kit jenama Chanel untuk mak. Memang sangat murah kalau dibandingkan dengan disini. Yuyu pula membeli perfume untuk mama dan papanya.

Kemudian kami menapak ke Metro station terdekat untuk ke stesyen keretapi utama. Next destination : Amsterdam. Kota penuh noda.

******
Aku dan Yuyu tinggal di Ibis Budget lagi. Double room dengan sharing bathroom. Memandangkan kami masih mampu untuk membayar untuk bilik. Kalau tidak, tinggal di dorm lah kami. Lokasi hotel kali ini tidak berapa cun. Di Schipol. Jauh dari kota. Dekat dengan airport. Hotel disini ada sediakan shuttle free untuk ke airport dan dari airport kau boleh ambil train untuk ke Amsterdam central. Duit hangus lah sedikit kerana hotel jauh. Mujur ini destinasi terakhir kami. Jadi duit yang sedia ada boleh lah kami joli. Walaupun tidak lah sebanyak mana pun. Dalam poket ku masih ada 150Eu dan sekeping kredit kad. Yang aku rasa masih banyak clearance sebelum sampai ke had penggunaan. Di Eropah, beli kopi dan roti pun boleh pakai kad kredit.

*******

Keretapi ke Amsterdam dipenuhi anak muda daripada UK. Jelas daripada pertuturan mereka. Dan mereka agak menjengkelkan. Bercakap kuat dan bising di dalam tren. Cermin disebelah aku dinodai oleh bibir seseorang yang memakai gincu merah jambu. Ya. Aku tidak katakan lelaki atau perempuan kerana kita tidak tahu.

Hari ini kami tidak mahu sight seeing kemana-mana. Hanya mahu mencuci mata di red light district atau pusat pelacuran di Amsterdam. Di Amsterdam pelacuran adalah pekerjaan yang boleh dikenakan cukai pendapatan oleh kerajaan. Dan mereka dilindungi dari segi kebajikan dan kesihatan. Bukan itu sahaja, Amsterdam juga terkenal dengan legal consent untuk mengambil marijuana/ganja/weed/grass dan magic mushroom sebagai aktiviti rekreasi.

"Hang nak cuba?" Yuyu bertanya kepada ku sebaik sahaja kami melintas jambatan yang memisahkan kota yang suci dengan kawasan yang penuh noda.

"Aku tak tahu lah..."

"Bila lagi nak cubaaa?"

"Ok...Kita try kopi atau teh dia dulu. Kalau ok kita try brownies. Kalau ok lagi kita try smoke."

"Macam gradual lah maksud hang?"

"Ye lah.Kau gila nak bedal semua. Aku tak pernah try. Kalau aku terus pengsan macam mana."

"OK.Valid worries."

Red light district agak terlindung daripada bandar. Ia terletak di celah-celah lorong yang sempit dan tersembunyi. Apabila berjalan lebih kedalam, ianya seperti sebuah pekan pelacuran. Dari stesyen tram, nampak seperti biasa. Tetapi sesudah melintas jambatan di terusan dan berjalan sedikit, kau akan nampak satu dunia yang dianggap gelap di Malaysia. Lorong Haji Taib itu seperti pasar malam, red light district Amsterdam seperti Pavillion. The prostitute was put behind glass display di sini. Macam beg berjenama yang mahal. Hanya dilihat disebalik kaca.Di Lorong Haji Taib pula bebas untuk dilihat dari dekat. Malahan bebas disentuh.

Tetapi, yang peliknya di sini banyak kedai kebab yang tertulis halal. Hmmmm...Suspicious!

Di hadapan aku dan Yuyu ada dua jejaka yang nampak seperti jejaka Arab. Mungkin. Aku tak pasti. Mereka berhenti di depan seorang wanita yang memakai bikini dan sedang menari-nari di depan dinding kaca. Wajahnya nampak seperti wanita dari Eropah Timur. Di kiri dan kanan wanita itu ada lagi ruangan kaca yang lain. Di belakang wanita itu ada single bed yang dibaluti cadar satin berwarna merah. Lampu di ruangan kacanya pula berwarna warni. Mereka merapati dinding kaca itu dan cuba berkomunikasi.

"How much?"

"100Euro for 1 hour."

"Why so expensive?"

"You want it cheap? Do it yourself!"

Dia membuat isyarat masturbasi dengan tangan kepada dua lelaki tadi. Mereka terkejut dan terus beralih dari situ. Aku dan Yuyu berdekah mendengar come back epic daripada wanita tadi.

"Hariam punya Arab. Benda macam ni pun nak minta diskaun"

"Arab ke?"

"Ya lah. Hang tengok muka la. Pastu bahasa depa pakai tadi masa depa duk borak-borak tu. Memang confirm arab."

Aku terdiam. Ye lah. Arab pun manusia jugak. Kalau ustaz sekolah aku dulu yang sekolah agama dari kecil dan universiti di Timur Tengah pernah kena buang sebab menggatal dengan student, tak kan la arab-arab ni semua maksum kan. Lagipun memang logik tempat ni jadi tumpuan arab. Kebab parlour bersepah!

"Awat ada yang ada langsir ada yang buka and menari?"

"Yang tutup tu ada client kot."

Yuyu cuba mengambil gambar. Belum sempat dia menekan klik, seorang bouncer memarahinya.

"No photo! No photo!"

Orang ramai yang lalu lalang melihat pada Yuyu dan menggelengkan kepala. Persis lelaki arab tadi, Yuyu dan aku terus berlalu dari situ.

"Aku tak faham. Makan kena halal. Yang dia berzina tu halal ke?"

"Hang kena paham. Yang masuk dalam mulut kena halal. Air yang keluar tak paaaa weii...Derma kat hat yang tak halal pun takpa. Makan ni jadi darah daging."

Ayat sarkastik Yuyu.

"Ha'ah!Baru aku ingat! Melayu pun macam tu. Macam sub-kontraktor aku. Minum arak, pergi main dekat Hatyai. Lepas tu,cari makanan halal. Buasir otak betul."

Mata aku terpandang sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis fries dengan gravy. Kerana kehalalan dan kethoyibban diragui, aku cuma memesan fries and cheese. Yuyu pula bertanya padanya. Apa yang ada didalam sos cendawan.

"I there any kind of meat in the mushroom gravy?"

"You muslim?" Yuyu mengangguk.

"No worries sister. All halal sister."

Terus Yuyu memilih gravy chicken cream. Brengsek. Aku hanya menelan air liur disini. Fries dan kuah keju yang diletakkan dalam kon kertas aku renung. Seurat fries aku ambil dan suap ke dalam mulutku. Huh. Nasib baik sedap.

Aku dan Yuyu berjalan menerusi jalan red light district. Mata aku membulat melihat kolaj gambar-gambar lucah dan sekumpulan manusia sedang beratur panjang.

"Apa ni Yu?"

"Wayang lucah kot!"

"Ewwww...Kau bayangkan kerusi dia kotor macam mana?"

"Eeeeeeeeeee...Yuckkkkkssss!"

Kami berlalu pergi melintasi satu kawasan yang dipenuhi cafe. Menu istimewa mereka adalah space brownies, weed coffee dan ada juga weed tea. Magic mushroom dijual berleluasa.

"Kita kena cuba ni Ain."

"Wei. Aku tak pernah cuba. Kalau kita amik terus pengsan macam mana?"

"Ok ok...Kita try kat bilik hotel..."

"Jap. Bagi aku fikir."

Sepanjang kami melalui jalan yang dipenuhi deretan cafe dan kedai sex toys, tidak pula berasa pening atau loya dengan bau weed. Jadi aku buat keputusan. Ah! Cuba je lah. Sekali ni. Kalau Dani disini pasti kami akan dihambat pulang kerana mahu buat gila. Biasalah, budak sekolah agama.

Aku dan Yuyu masuk didalam sebuah cafe. Kaunternya ada seorang lelaki yang matanya separa terbuka. Kami memberitahunya kami mahu sepotong space brownies dan sedikit weed. Kami meminta cadangannya yang mana yang bagus. Ada pelbagai bancuhan dengan nama yang canggih.

Legendary adalah daun ganja kisar yang asli dan tiada campuran. Ziggy dibancuh dengan sedikit limau nipis dan kelapa. Windy dibancuh dengan pepermint leave. Fruity pula mempunyai perasa camputan buah-buahan beri.

Lelaki yang sedang high tadi mencadangkan Legend dan Ziggy. Aku setuju. Sedang dia menggulung pesanan aku dan Yuyu dia menyua bekas berisi daun ganja pada kami.

"Smell the weedddd"

Baunya ada seperti rumput kering. Aku berlakon teruja dan memberikan thumbs up. Kerana aku masih tidak faham keterujaan mamat ini pada bau weed.



















Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now