Hello Bumi Eropah!

442 19 1
                                    

Yuyu sudah mengeruh di sebelah aku masih terkebil-kebil. Pertama kali aku melawat tempat 4 musim pada musim sejuk. Sebelum ini cuma ke kawasan Asia Tenggara. Terutama sekali Thailand dan Indonesia. Aku memang menganggap Indonesia sebagai rumah kedua. Indonesia memang indah rupa dari khabar. Kecantikan Indonesia dan keunikan budaya Indonesia hanya dapat dilihat oleh mereka yang celik sahaja. Jangan dengar apa kata mereka-mereka yang hanya ke Indo untuk berbelanja di pusat membeli belah. Aku pernah ke negara Jerman dulu. Menghadiri simposium kejuruteraan mekanikal. Tapi itu dengan lecturer dan guided tour dari pelajar universiti di sana. Buat pertama kali nya aku ke Eropah sendiri. 20 hari pula tu. MAIGAD!


"Yu. Bangun makan." Aku menyiku Yuyu disebelah kiri. Tadi punya lah merayu dengan aku nak duduk di tepi tingkap. Hmmmmm... Lepas tu buat tahi mata.

"Wei. Kita dah kat mana ni? Dah sampai ka"

"Acik kau dah sampai. Baru 5 jam. Ada 7 jam lagi nak sampai Amsterdam"

"Hello. Good afternoon. Do you want fried rice with chicken satay or creamy fish pasta?" Seorang pramugara yang umur nya dalam lingkungan 40an. Sedikit berisi. Di MAS kau tidak akan bisa jumpa pramugara atau pramugari gempal seperti di KLM. Di KLM tiada diskriminasi atau polisi untuk tubuh badan ideal seorang krew kabin.

"Fried rice for her and creamy fish pasta for me"

Jawapan Yuyu buat aku menjegilkan biji mata aku. Suka hati veto kan apa yang aku mahu makan.

"Hehehe..Jangan la marah Ain. Aku orderkan. Sat lagi hang tak suka kita tukaq noh."

"Nasi goreng baik aku makan mak aku punya woi!"

Makanan di dalam kotak yang dipanaskan didalam microwave menjadi santapan tengahari kami. Peach jelly dan buah menjadi pemanis mulut. Yuyu menyesal mengambil creamy fish pasta. Terlalu creamy katanya.

"Syukur kau order untuk aku Yu. Terima kasih."

"Ah. Bencilah hang. Aku sambung tidoq!"

Yuyu kurus kering. Makan banyak dan malas bersukan kecuali paintball. Kuat tidur pula tu. Aku dengki dengan kebolehan Yuyu. Aku pula? Sejak graduate dah naik 5kg. Kalau aku berhenti bersukan mungkin akan bertambah montel lagi. Manusia memang tak pernah puas. Aku ingin kan kekurusan Yuyu. Yuyu pula ingin kan 'curve' seperti aku.

Satu persatu episod How I Met Your Mother aku tonton. Tak pernah muak walaupun memang semua nya sudah ditonton di laptop aku diwakt senggang. Sampai satu masa aku rasa mata aku semakin berat. Buka. Tutup. Buka. Tutup. Sedar-sedar aja leher aku sudah sakit kerana posisi yang tidak ergonomik. Aku tutup skrin di hadapan aku dan mencari posisi yang nyaman untuk lena.

******

"Ain. Bangun. Aku nak kencing la. Tepi sat."

Mujur penumpang di aisle tidak tidur. Lelaki blond. Rambut paras bahu. Berjambang. Dengan gelang kulit yang ditocangkan. Kalau dilihat dari gaya seperti sudah lama mengembara di Asia Tenggara dan ingin pulang ke tanah air.

"Hi. I'm sorry. My friend need to go to the loo."

"Not a problem"  Dia meletakkan headphone dan berdiri. Alang-alang dah dapat access keluar. Aku pun gunakan peluang ini untuk meregangkan kaki yang lenguh dan ke tandas. Aku paling benci tandas di dalam pesawat. Hancing dan sempit. Tiada pipe air untuk cebok. Kau harus guna apa yang ada seperti membasahkan tisu tandas atau menggunakan paper cup yang tersedia di dalam tandas untuk membersihkan apa yang patut.

Selesai urusan perlaburan di Amanah Saham KLM, Yuyu tidur kembali dan aku melayan movie pula kali ini. 3 jam lagi dan aku akan menjejakkan kaki ke bumi Eropah.

******

"Please remain at your seat and fastened your seat belt. To visitors welcome to Amsterdam and to locals welcome home"

Pengumuman mendarat. Kami sudah tiba di tempat transit pertama. 6 jam transit sebelum ke Rome. Perjalanan kami bermula di Rome dan berakhir di Amsterdam. Yuyu merenung ke luar jendela pesawat. Merenung panjang. Aku dan Yuyu sebenarnya sangat gementar. 2 gadis melayu di bumi Eropah. Eropah bukan lah tempat yang asing bagi Yuyu. Kadang kala urusan kerja membawa Yuyu ke sini. Tetapi bila ianya di atas urusan kerja, dia cuma ada 1 ke 2 hari untuk bersiar-siar. Kenderaan dan tempat tinggal selalunya sudah diuruskan pejabat. Jadi, seperti aku, ini kali pertama Yuyu mengembara.

Terasa hentakan tayar dan landasan kapal terbang. Membuatkan aku dan Yuy seperti menundukkan kan kepala dihadapan pegawai askar Jepun secara mengejut.

"Bapak kasaq landing pilot Belanda ni. Kalau pilot orang Malaysia hang meluncuq shuuuuuuuuuu kat atas landasan.Tadi lagi satu inci muka aku nak kena lutut ni"

Lelaki disebelah aku terketawa besar. Dia faham apa Yuyu kata?

"Kamu.....apa itu funny...Emmm ya...Kelakar...Saya boleh bicara sedikit. Bahasa Malaysia"

Ujar mat salleh yang berada diantara reggae dan rockers. Aku dan Yuyu pun ketawa. Bahasa yang baku dan skema. Tapi aku respect dengan keberanian dia untuk cuba berbahasa Malaysia. Orang Malaysia selalu nya malu berbicara jika tidak fasih.

Dalam perjalanan ke kawasan airport kami berborak. Ya dia dari Belanda. Rotterdam. Tempat dimana ada banyak kincir angin dan bunga. Dalam setahun dia akan berkerja selama 6 bulan dan selebihnya akan dihabiskan untuk mengembara. Tahun depan dia akan ke Indonesia pula. Sebelumnya dia sudah rata berbasikal dari Thailand turun ke Malaysia. Berhenti dari satu tempat ke satu tempat. Dan bekerja untuk tempat tinggal dan makanan. Wang yang dibawa hanya lah untuk urusan yang selain tempat tinggal dan makan. Dia menegaskan trip ke Indonesia nanti mungkin akan mengambil masa setahuin untuk mengumpul wang dan setahun lagi untuk merentas dari satu tempat ke satu tempat sehingga habis rata Indonesia dijelajah. Kami bertukar tips. Aku cadangakan dia untuk mencari partner untuk travel terutama ke Irian Jaya dan kepulauan Jawa Barat. Untuk perjalanan yang lebih selamat. Dalam perjumpaan yang singkat itu, Ed sempat menulis nombor telefon nya dia atas kertas dan diberikan kepada kami.

"Call me when you are in Amsterdam" dan kami memberikan pelukan kepada Ed sebelum dia berlalu dan ditelan oleh ratusan atau mungkin ribuan orang di dalam airport.

Di tengah-tengah kesibukan di airport hall Schiphol, aku dan Yuyu mendepakan tangan dan menjerit serentak

"HELLO BUMI EROPAH!"








Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now