Mata Berpinar

203 4 0
                                    

Red light district itu sendiri adalah dadah. Sekali pergi, kau mahu pergi lagi. Hari ini aku dan Yuyu akan melawat Anna Franklin House dan Museum Van Gogh. Dan pada waktu malam, meneroka red light district lagi. Sambil membeli kebab. 

Yuyu obses mahu lihat koleksi-koleksi tersohor Van Gogh seperti Starry Night, Sunflower dan beberapa self potrait lelaki yang dianggap genius tetapi gila itu. Dia pernah memotong telinganya sendiri dengan pisau cukur (bukan pisau cukur Gillette. Pisau cukur zaman dahulu yang besar, tajam dan berkilat.) dihadapan bekas teman baiknya, Paul Gauguin. Paul Gauguin trauma ingin berjumpanya kerana diugut dengan pisau cukur di leher. Van Gogh dijaga dibeberapa institusi mental sebelum mati menembak dadanya sendiri. Dan dia disayangi oleh adiknya Theo.

Malangnya pada zaman dahulu, tiada treatment yang jelas untuk penyakit mental. Teori perubatan moden menyatakan dia menghidapi penyakit bipolar. Bipolar disorder ini adalah menyakit mental yang boleh menyebabkan kau berubah mood secara mendadak. Dalam satu tahap dia akan berada pada fasa manic dan dalam satu fasa lagi dalam fasa depressive. Dua penyakit mental digabungkan pada satu manusia. Kalau kau pernah melawat hospital mental, kau boleh nampak ada yang jenis tak reti duduk diam, agresif dan boleh mencederakan orang dan diri sendiri. Seperti seseorang mengambil energy booster terlebih dos. Itu dipanggil manic.  Manakala depressive pula seseorang yang pilu, sedih, merasa sunyi dan sentiasa memikirkan tentang bunuh diri dan mati. Mereka juga lemah seperti berhari-hari tidak makan. Bayangkan dua perlakuan ini pada seseorang dan ianya akan berubah secara mendadak. Sekejap deppresive sekejap manic.

Itulah Van Gogh. Walaupun ada sejarah hitam, namun dia meninggalkan dunia dengan hasil seninya yang menawan. Banyak hasil seninya menjadi tatapan anak generasi kini. Still art, portrait, landscape dan self potrait antara jenis hasil-hasil air tangan Van Gogh. Sejak dah 18 hari dengan Yuyu ni, aku rasa semakin cultured. Yuyu walaupun sengal, dia ada satu ruangan dalam jiwanya yang cintakan seni.

*******

Puas Yuyu menilik satu-satu lukisan Van Gogh yang ada. Setelah hatinya puas menatap apa yang pernah dikagumi dari skrin komputer, kami menuju ke rumah Anna Frank. Anna Frank, gadis Yahudi yang mati sewaktu holocaust. Anna menjadi lambang untuk memperingati kedahsyatan holocaust di Belanda.

Seperti mana aku benci Ariel Sharon kerana menyembelih puluh ribuan rakyat Palestin, begitu juga aku membenci Adolf Hitler kerana membunuh jutaan Yahudi diserata Eropah. Kerana Adolf Hitler, rakyat Palestin menjadi medium untuk orang Yahudi membalas dendam. Kerana Adolf Hitler, orang Yahudi di Eropah menuntut Tanah Palestin untuk mereka menubuhkan negara haram Israel yang diterajui oleh Yahudi Zionist. Zionist setan. Nazi pun setan.

Anna Frank adalah anak perempuan bongsu pasangan Frank. Setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua dan Belanda berada di bawah kuasa Nazi, Frank sekeluarga bersembunyi di sebuah bangunan pejabat. Disini lah tempat yang akan kami lawat. Untuk melihat keadaan di dalam kurungan. Mereka juga ditemani oleh beberapa keluarga lain.

Walaupun disembunyikan, tembelang mereka pecah dan ditangkap oleh penguatkuasa. Mereka dihantar ke kem penahanan. Anna, kakak dan ibu nya terpisah dari bapa mereka. Mereka dikatakan mati dalam keadaan terlalu lemah kerana dijangkiti penyakit dan kelaparan beberapa minggu sebelum Nazi tumpas.

Bapa Anna iaitu Otto selamat. Dia mencari kembali anak-anak dan isterinya. Namun Otto kecewa kerana mendapat tahu hanya dia yang terselamat. Otto kembali ke tempat persembunyian mereka sebelum ditangkap dan menjumpai diari Anna. Diari itu kemudian diterbit dalam 60 bahasa dan dipasarkan keseluruh dunia. Rumah Anna Frank masih dilawat pengunjung sampai hari ini.

Aku dan Yuyu terpaksa beratur panjang sebelum dapat masuk. Tempat persembunyian mereka ada ditingkat atas sebuah pejabat. Tempat masuk ke tempat persembuyian mereka tersembunyi disebalik rak buku. Tangganya juga agak sempit dan curam. Kalau ada masalah naik tangga lupakan lah niat nak kesini. Boleh sakit lutut dibuatnya!

Dah sudah di Rumah Anna Frank, aku dan Yuyu kembali ke bandar. Mahu ke red light district lagi. Mencuci mata dengan sesuatu yang tak dapat dilihat di Malaysia. Sampai mata berpinar.

"Hang nak try magic mushroom dak? Mana tau lepas tu kita dapat jadi Van Gogh kaaaa...Hahahahaha"

"Jap. Aku pikir dulu."

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now