Venezia : Kota Di Atas Air

181 5 0
                                    

Aku dan Yuyu nyaris berhenti di stesyen Venice yang pertama. Mujur seorang traveller yang budiman menegur kami dan bertanya kemana kami ingin pergi. Stesyen yang pertama Venezia Mestre adalah Venice di tanah besar.. Untuk ke central Venice kami harus turun di stesyen seterusnya iaitu Venezia St Lucia yang hanya 15 minit dari stesyen yang pertama. 

Saat kami melangkah keluar dari perut kereta api, aku dan Yuyu memeluk tubuh kami kesejukan. Ya Allah. Sejuk disini ni memang lain macam. Dengan kabus yang tebal. Mungkin sebab lokasi di pulau. Jadi bahan penebat untuk cuaca agak kurang. Venice adalah bandar yang tidak asing lagi di mata dunia. Salah satu lokasi pelancongan popular di Eropah. Bandar ini memang sesuai untuk mereka yang mahukan percutian yang santai. Berjalan seharian di lorong-lorong tikus dan menikmati peninggalan sejarah. Sesuai juga untuk honeymooners.

"Haaaaahh...Tengok ni weh. Berkabuih!"

"Kat Genting Highland pun berkabus"

Yuyu mencebikkan bibir tanda protes kerana aku tidak melayan lawak hambarnya. Kami menuju ke sebuah booth yang menjual pass untuk tiket vaporetto ataupun water bus. Kami memilih untuk membeli pass yang boleh digunakan selama 48 jam. Dan jam sekarang menunjukkan 9am. Cukup untuk kegunaan kami selama dua malam disini.Aku dan Yuyu menunggu tunggangan kami di hentian bersebelahan dengan stesyen keretapi.

 Water bus atau dalam terjemahan terus nya bas air. Bas air ini adalah feri yang akan menghubungkan penduduk dan pelancong ke serata Venice melalui Grand Canal. Canal atau terusan menjadi penghubung utama untuk mereka di Venice. Venice bebas daripada kenderaan bermotor darat. Water bus cuma bisa melalui Grand Canal. Canal yang kecil hanya bisa dilolosi gondola atau speed boat kecil. Gondola adalah perahu yang dihiasi kerawang dan dikemudi oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti mime artist. Itu pendapat aku secara jujur. Aku tidak rasa aku akan menyukai menggunakan gondola sebagai medium transportasi atau untuk bersiar-siar sekitar Venice. Terlalu perlahan dan tenang.  Penduduk lokal Venice lebih rajin berjalan kaki jika dibandingkan dengan orang Rome. Namun, harga keperluan di Venice melambung tinggi jika dibandingkan dengan Rome. Mungkin kerana status kota perlancongan.

Vaporetto sudah tiba. Aku memimpin Yuyu untuk melintas naik. Nak memujuk hatinya yang terasa kerana aku malas nak melayan lawak hambarnya. Seat di dalam sudah penuh. Yang tinggal hanyalah deck di luar. Ah. Melayan sejuk lagilah gamaknya. Aku dan Yuyu melayan deruan angin sejuk tatkala kami dihimpit manusia lain di deck. Mata terasa kering dan pedih. Terdetik juga dihati. Selamat kah vaporetto ni? Aku dan Yuyu seperti kanak-kanak riang apabila ternampak boat pengangkut sampah yang dilengkapi jengkaut dan compactor sampah.

"Wooo...Canggih nya bot angkut sampah dia."

"Ha'ah. Canggih.Alamak! Yu!!!"

"Padiaaaaa hang ni???"

"Kita kena berhenti kat stop yang mana ni?"

Aku dan Yuyu memandang ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Mencari orang yang boleh dipercayai untuk bertanyakan arah. Seorang wanita yang menjaga orang yang keluar masuk  dari vaporetto kami hampiri. Konduktor bas air.

"Hello. May I know which stop shall I take to get here?"

Kami tunjukkan kertas tentatif yang semakin lunyai kepada konduktor vaporetto. Alamat hotel kami tercatat disitu. Bila sampai di hentian barulah kami akan mencari seseorang untuk bertanyakan arah ke hotel.

"Rialto"

Jawapan ringkasnya tanpa berfikir panjang tanpa senyum atau menunjukkan apa-apa riak diwajahnya. Kami ucapkan terima kasih dan pergi menjauh.  

******

Hentian Rialto. Itu hentian kami. Pinggang mula terasa sengal kerana berdiri mengimbangi badan dengan beg yang disarung di depan dan di belakang.  Aku dan Yuyu menghembas beg ke lantai dan melabuhkan punggung di kerusi hentian. Adalah dalam 10 hentian sebelum sampai. Kami bersandar dan mengambil nafas sebelum mengangkut semula harta benda ke booth tiket Rialto yang hanya 20 meter dari tempat kami melepaskan lelah tadi.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now