Aku dan Yuyu menemani Seo-yun membeli sepatu gantian dan berjalan bersamanya ke hentian bas. Dia membeli sepasang sneakers berwarna merah di stesyen keretapi. Pada mulanya aku dan Yuyu ingin ke Il Duomo, namun niat itu kami batalkan setelah memerhati tahap perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia dan Itali lebih kurang sama seperti bas dan underground train. Tidak menepati masa.
Seo-yun memeluk kami berdua sebelum dia menaiki bas untuk ke Korean Hostel yang seterusnya. Beg roda tadi berdentum-dentum apabila badannya yang disumbat penuh menghentam tangga bas. Kasihan Seo-yun. Pasti dia akan terkedek-kedek naik dan turun dari bas. Aku dan Yuyu melambai hinggalah kelibat Yuyu hilang dari pandangan.
Aku dan Yuyu kembali ke dalam stesyen keretapi. Kami ada waktu 3 jam transit di Milan sebelum keretapi kami merentas sempadan Itali-Switzerland. Perut yang sudah memainkan irama dangdut mendorong kami untuk menjejakkan kaki ke Burger King. Tiada yang berasaskan telur atau ikan. Jadi santapan kami petang itu hanyalah onion ring dan kentang goreng. Terseksa rasanya apabila makanan bergoreng itu tidak dapat dicicah dengan sos cili. Sudah lama lidah aku tidak merasakan nikmat kepedasan dan kemanisan sos cili.
Walaupun pasrah dengan makan tengahari yang tidak mengenyangkan aku dan Yuyu ke mini market yang terdekat. Roti dan susu menjadi pengisi perut kami.
Aku dan Yuyu cuba menaiki train sebaik sahaja train tiba. Namun kami dihalang oleh penjaga tiket daripada naik keatas. Katanya train dalam proses pembersihan. Kami akur dan menunggu hingga tiba waktunya untuk kami naik. Kerusi keras di stesyen keretapi membuatkan punggung kami kematu dan pinggang kami sengal.
*********
"Fuh dapat jugak naik."
Train yang kami naiki kondisinya memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kondisi train tadi. Itulah beza train dari Italy dan dari Switzerland. Nama kami ditulis di placard tempat duduk yang kami tempah.Harga lebih kurang sama untuk tiket train ini dan sebelumnya. Namun train ini mempunyai servis yang lebih halus atau dalam bahasa Inggerisnya refined.
"Alah. Aku lupa nak beli Pandora yang original sebiji dekat Murano"
Teringkat aku tentang gelang yang aku mahu beli sebelum pulang. Gelang perak dengan manik-manik kaca berwarna-warni.
"Pandora original? Maksud hang?"
"Ye lah. Yang buat dari Itali. Bukan brand Pandora la. Yang tak ada brand."
"Pandora kilang kat Siam nu. Hang cita padia?"
"Ye ke? Mati-mati aku ingat Pandora buat kat Venice lepas aku tengok yang jual tepi jalan dekat Murano tu. Tapi asal dia dari Venice kan?"
"What the what hang ni. Asal Pandora Denmark kot."
"Mana aku tau. Kau bab barang-barang kemas ni terror la. Kalau aku tanya Spartan tu asal mana kau tau?"
"Aaaaaa...Emmmmm...Aaaaaa... Asal Itali la, pakai sama macam mamat penipu kat Patheon haritu."
"Aku kata dah."
"Hang pun. Bagila aku chance sekali dua."
"Ah.Kau punya berlagak tu aku tak tahan."
"Spartan asal man?"
"Greece lah. Next trip pergi sana jom."
Yuyu tersenyum dan mengganguk. Setuju barangkali. Seperti biasa dia duduk di tepi tingkap. Tempat duduk keretapi kami kali ini tiada tempat duduk yang bertentangan. Semua tempat duduk menghadap satu arah. Jadi aku dan Yuyu ada lebih privasi. Peluang untuk mempunyai teman baru juga tipis.
Destinasi kami seterusnya adalah Engelberg. Sebuah bandar kecil yang terkenal dengan Gunung Titlis. Untuk kesana, kami harus turun di Zug dan menukar laluan keretapi untuk ke Luzern. Sesudah tiba di Luzern, kami harus mengambil sebuah keretapi gunung untuk ke Engelberg. Benar. Ia dipanggil Mountain Train. Jadi bahasa melayunya keretapi gunung.
Sempadan dapat dilihat melalui keadaan socio ekonomi di sepanjang landasan. Sewaktu di Itali, kami dapat lihat orang gelandangan menumpang berteduh di tembok-tembok di tepi landasan. Keadaan landasan juga kotor dan terdapat banyak corak dan coret daripada penyembur cat anak-anak muda.
Semakin hampir kami ke Swiss, orang gelandangan semakin berkurangan.Dan setibanya di Swiss tiada lagi orang gelandangan. Aku difahamkan yang kerajaan Swiss membiayai penggangur dan penagih dadah untuk membanteras percambahan orang-orang gelandangan dan untuk mengurangkan kadar jenayah. Swiss adalah negara yang mempunyai jumlah simpanan emas yang tertinggi di dunia.
******
Kami tiba di Zug. Keretapi yang akan membawa kami ke Luzern masih tidak lagi kelihatan di landasan.Aku dan Yuyu berjalan dengan tenang tanpa secubit kecemasan. Setelah berkocoh-kocoh pagi tadi, ketenangan ini rasa seperti satu kemewahan.
Kami menunggu tibanya train di dalam bilik kaca yang dilengkapi pemanas. Terlalu letih barangkali. Aku dan Yuyu cuma berdiam diri. Perut yang pedih tidak dapat diisi. Kiosk serbaneka sudah tutup.
*****
Keretapi nampak kosong.Didalam gerabak hanya ada beberapa penumpang. Aku dan Yuyu mengambil peluang untuk melelapkan mata sesaat dua sebelum tiba di Luzern.
Seperti sudah lali,perjalanan yang sejam lebih itu rasa sungguh singkat.
Jejak sahaja kaki aku di terminal, air yang sudah lama ditakung di pundi kencing bagai tidak dapat dibendung lagi dari melimpah ruah.
"Yuyu.Aku tak tahan nak kencing."
Kedua-dua kaki ku rapat menahan kencing. Muka ku tertunduk untuk fokus. Mungkin kerana terlalu banyak meneguk air untuk mengalas perut. Yuyu yang bersimpati dengan aku melilau mencari papan tanda.
"Ain...Ain...Sana jom!"
Aku sudah tidak peduli. Aku cuma mengikut sahaja tangan Yuyu yang menarik aku. Papan tanda anak gadis berskirt membuatkan aku menghela nafas lega. Aku meletakkan beg di bawah jagaan Yuyu dan melangkah ke dalam tandas.
"Yuyu!!! Bawa wallet sini!!! Tolong aku!!!"
Aku sudah terdesak.Aku tidak peduli dan terus menjerit. Tandas ini lengang. Tangan ku sudah diekup di celah kangkang.Langkah ketandas ku dihalang oleh penghadang. Penghadang dengan pintu automatik. Seperti di LRT stesyen di Malaysia. Bezanya yang di tandas ini harus disumbat dengan 2 Swiss Franc atau 2 Euro bukannya tiket. Dua-dua diterima. Namun 2 Euro nilainya lebih tinggi dari Swiss Franc.
Yuyu berlari-lari anak dan mengeluarkan dua keping syiling 1 Euro. Mujur ada.Itu syiling yang terakhir. Kalau tiada mungkin aku sudah terkencing dengan tragis betul-betul di depan pintu masuk tandas.
"Ahhhhhhh..."
Itu sahaja yang dapat aku ungkapkan apabila aku dapat melunaskan keinginanku. Nikmat. Pintu yang sedikit terbuka tidak menjadi masalah bagiku.
Sewaktu membasuh tangan dan muka.Aku merenung kembali imejku di cermin. Aku sudah tiba di Swiss. Negara yang segalanya maha Mahal.
"Hello Swiss.Please be nice to us."
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...