Dalam kehancingan, ada romantisnya

124 3 0
                                    

Berkepul-kepul asap rokok Amri hembus. Aku yang sudah berazam untuk berhenti sejak Swiss mula gatal mulut untuk meminta sebatang. 

"Kau tak tahan bau rokok?" tanya Amri kepadaku. Dia perasan aku memerhatikannya dari tadi. Kami bertujuh duduk di atas jambatan. Merenung Seine river cruise.

"Eh tak. Aku tengah cuba berhenti. Tangok kau dari tadi rasa macam nak minta sebatang."

"Berapa lama kau dah berhenti?"

"Emmm... Baru 5 hari macam tu."

Dia mengeluarkan sekotak rokok Mild Seven. Penutupnya dibuka dan sebatang rokok dihulur padaku. Yuyu disebelah mengenggam siku ku dengan erat. Aku hanya menggeleng. Baru 5 hari tak kan aku sudah mahu mengaku kalah?

Amri tersenyum. 

"Bagus. Rokok ni tabiat yang mahal. Tambahan ni Europe. Balik Malaysia nanti kuatkan iman. Aku sengaja uji kau tadi."

Aku mencebik bibirku. Hah. Iyalah tu nak uji. Kami duduk bersila dipinggir jambatan yang penghadangnya besi. Disetiap jeriji besi penghadang ada mangga atau padlock yang dikunci di situ. Bergayut-gayut. Pada padlock itu akan ada nama si polan dan si polan. Mengikut kepercayaan kurafat pemilik padlock-padlock ini, bila mana selagi padlock itu masih berkunci, begitu jugalah cinta si polan dan si polan ini. Kunci daripada padlock akan dibaling ke dalam sungai.

"Amri. Selaku lelaki, aku nak tanya, apa yang kau mahu dalam seorang perempuan? Apa yang boleh buat kau setia dengan seorang perempuan?Rupa? Harta?Ketaatan?"

Aku lihat Yuyu sedang berborak dengan Naim. Rupanya mereka berdua daripada Ko'diang. Kampung yang sama. Naim kenal datuk Yuyu kerana datuk Yuyu adalah salah seorang ahli jawatan kuasa di surau. Naim ni. Buat aku cair pula. Dah la hensem. Budak surau pula tu.

"Companionship. Itu aja. Companionship ni paling susah nak jumpa dalam perempuan melayu kau tahu. " 

"Maksud kau, kau suka dengan perempuan yang boleh bersahabat dengan kau?"

"Yes. Tengok ni." Amri membawa keluar Iphone 4S yang screen sudah retak seribu. Gambar dia dan seorang gadis yang comel dan bertudung.

"Ini Nisah. Kawan baik aku dan bakal tunang. Dalam banyak-banyak perempuan yang aku pernah jumpa, dia seorang sahaja yang buat aku rasa nak kahwin. Kerana aku boleh jadi aku."

Aku ceritakan serba sedikit tentang Arif. Ex boyfriend aku. Bukan Arif yang baru ku jumpa.

"Kau tahu apa masalah dengan kebanyakan perempuan melayu?"

Aku mengangkat kening. Sedikit jelak dengan soalan yang meng'stereotype'kan perempuan melayu.

"Otak korang dah corrupt dengan drama. Korang suka kan lelaki yang ayat manis. Lelaki yang segak. Lelaki yang nampak jantan. Lelaki yang berlagak berharta. Tapi kau tak sedar. Ayat manis yang dia guna untuk kau tu, dia guna untuk 10 orang perempuan lain. Sebab tu aku selalu kena tinggal dulu. Bekas girlfriend aku masa sekolah dulu tertarik dengan mat sado di universiti. Lepas dah kena torrent dan kena tinggal, sibuk nak balik dengan aku."

Amri menarik dalam asap rokok. Biar meresap ke setiap sudut paru-paru.

"Aku tengok kau OK je. Takde lah timid sangat nak mengorat awek. Cuma badan kau ni. Kurus keding."

"Sekarang ni. Masa sekolah dulu? Aku pendiam. Pemalu. Tak pandai ayat. Lepas tu tak reti lah nak beli hadiah-hadiah ni. Aku sampai patah hati nak bercinta lagi. Sampailah Nisah datang. Dia approach aku."

"Nisah yang approach kau? Pelik!"

"Haaaaa...Itu satu masalah perempuan melayu. Kalau lelaki tu single, beriman dan segak macam aku ni apa salahnya korang buat first move? Semua nak letak atas kepala otak lelaki. Lagi satu. Aku tak paham lah korang punya manja ni. Iphone baru keluar, tag BF dengan caption 'B..Tolong belikan...'..Kalau kepala nampak duit aje, macam mana nak jumpa lelaki yang berjenis?"

"Eh. Kau nak meluahkan perasaan tak puas hati kat perempuan melayu ni dah apehal? Aku tak terasa. Sebab aku bukan macam tu." aku tipu. Adalah sedas dua yang terkena sebab aku memang terpikat pada Arif kerana ayat-ayat manis dan gaya segaknya.

"Kau akan membebel pasal Arif macam mana aku membebel pasal ex aku. Sampai bila-bila. Hati kau tu akan sakit. Sebab kau buang masa kau dengan manusia tak ada faedah"

"Macam mana Nisah approach kau?" kerutan diwajah Amri mula kendur. Digantikan dengan senyuman manis. 

"Lepas kuliah dia cakap kat aku. Dia suka kan aku. Dia percaya aku lelaki yang boleh dibuat suami. Lepas tu dia ajak kahwin. Aku tak pernah rasa sure macam ni dalam seumur hidup aku."

"Tak kekok ke sebab dia kawan kau?"

"Mula-mula kekok. Bila aku bayangkan hidup selamanya dengan kawan yang selalu buat aku happy dan ketawa. Terima aku yang sengal dan pelupa ni.Aku jadi berani terima risiko. "

"If it doesn't work?"

"Kau percaya qada' dan qadar tak?"

Aku terdiam. Soalan tajam yang menjawab pertanyaan aku. Aku dan Amri sambung berborak. Betul lah Amri ni timid orang nya. Salah satu sebab kenapa dia sambung master adalah kerana dia takut hendak melangkah ke alam pekerjaan.

"Kau boleh sesuaikan diri hidup di France. Bahasa lain, budaya lain. Jauh daripada mak bapak. Tapi kau takut untuk masuk alam pekerjaan? Come on lah."

Rokok kedua dibakar Amri. Dia senyum sambil mengangguk.

"Ada betul nya cakap kau tu Ain."

Puas melepak. Kami bertujuh menepuk punggung membuang debu. Berani duduk disitu kerana tiada bau yang kurang menyenangkan. Kami semua berjalan ke Metro station terdekat. Melepasi laluan kami tadi. Laluan yang pekat dengan bau hancing. Aku dan Yuyu sudah meninggikan skaf untuk menutup hidung.

Kami ternampak pasangan kekasih yang asyik berciuman. Si gadis bersandar di dinding. Dan si lelaki meletakkan tangannya pada dinding sambil mencium si gadis dengan penuh berahi. Jelas perbuatan mereka kerana disirami cahaya daripada lampu jalan yang berwarna keoren-orenan.

"Bukan sebelah tempat depa cium tu tempat mamat tadi tu kencin tadi ka?

Kami bertujuh sudah kembang tekak membayangkan aksi mamat tadi.

"Cinta bukan saja buta di mata, tapi buta di hidung."

"Dalam kehancingan, ada romantisnya. Mungkin diorang fetish bau hancing kot."

Kami berjalan laju. Cuba memadam bayangan hodoh tadi.








Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now