Langkah ku terhenti. Tiba-tiba aku terdengar tutur dan bahasa yang aku biasa dengar.
"Tiga sepuluh Euro! Tiga sepuluh Euro!"
Wajah ku aku berpaling kepada lelaki yang melontarkan suaranya untuk memberitahu semua tawaran souvenir tadi. Dia berada dipukul 4 dari sudut pandangan ku. Aku dan Yuyu memusingkan badan dan menuju kearah lelaki itu.
"Kau boleh cakap melayu?"
Soal aku. Aku dan Yuyu pasti dia bukan melayu dari rupa fiziknya. Sebangsa dengan Ahmad barangkali. Risau juga aku. Yuyu baru sahaja menjeritkan kata-kata lucah di Spanish Step! Haram jadah betei!
" Sikit-sikit bole juga. Saiya Bahadur. Kirija Malaysia 1 tawoon. Mak sakit balik Bangladesh. Lipas mak ta adaaa.Mmmm.Itu mati 2 tawoon lepas.Saiya datang sini cari makan." Aku tau. Ejaan macam bahasa texting budak-budak sekolah zaman sekarang kan. KENYATAAN YANG PAHIT.
Tepat sekali. Memang sebangsa dengan Ahmad. Dia pun dapat cam sebab aku dan Yuyu memang perempuan melayu terakhir. Kening tebal. Hidung tak mancung tak penyet. Dan kulit sawo matang. Bukan tipikal gebu gebas dalam novel-novel melayu. Kalau artis melayu kami dalam kategori Nabila Huda. Aku capai 3 fridge magnet di atas meja Bahadur. Dia buka betul-betul di atas tempat pejalan kaki. Di antara Spanish Step dan Piazza Vennezia. Harganya agak murah untuk fridge magnet yang diperbuat dari seramik. Di kedai lain 10Eu hanya dapat membeli fridge magnet yang seperti dibuat oleh kanak-kanak tadika. Comot dan nampak murah. Cuma seorang ibu yang punya kasih sayang tanpa batasan akan nampak benda yang comot dan nampak murah itu cantik.
"Saiya kasi free satu sama akak"
"Kau panggil aku akak? Tak nak lah beli!"
"Saiya tak boleh panggil adik manis. Malaysia sana saiya kena..." Dia buat gaya seperti dilempang.
Aku dah Yuyu ketawa. Ada 4 fridge magnet untuk 10Eu. Tanpa berlengah Yuyu terus menawarkan dirinya untuk berkongsi kos dengan aku. Dua untuk aku. Dua untuk Yuyu.
"Hang tengok tu bangla. Depa mai jauh-jauh semata-mata nak cari kerja. Hang check dia ni ntah-ntah ada degree. Kat sini jual magnet ja.Budak muda kita ramai yang pemalaih. Macam budak Azmi tu. Aihhhh..Angin aku."
Azmi. Nama itu sahaja boleh buat Yuyu berbulu dari hujung kepala sampailah ke hujung jari kaki. Rakan sekolah Yuyu, aku dan Dani semasa kami masih bersekolah di Shah Alam selama sebulan. Sebelum dipanggil ke sekolah asrama. Dia diberhentikan kerja kerana selalu MIA. Azmi dah berkeluarga dan rumah tangga yang berantakan kerana dia goyang kaki di rumah. Jadi atas dasar kasihan, Yuyu push resume Azmi untuk satu kerja contract selama setahun. Oh ya sehari sebelum interview semua nya OK. Hari interview hilang dan lesap. HR telefon tak angkat. Yuyu call pun tak angkat. Yuyu yang dah push resume Azmi kaw kaw rasa macam nak tender 24 jam kerana malu. Ye lah. Dah puji Azmi macam-macam dekat HR. Cerita tak habis disini. Sebulan lepas tenggelam, Azmi si sabut kembali timbul. Minta tolong Yuyu lagi. Huh. Memang kena basuh la dengan minah utara ni.
"Azmi tu kan, sanggup tiga bulan duduk rumah mengeram teloq. Makan tanggung semua bini bayaq. Dah la bini tu bukan lah gheja tera sangat. Tak dak lah nak kerja sementara kat KFC nak tolong bayaq bill. Yang buat aku panaih hati bini dia mengadu, dalam tak gheja tu pemalaih buat gheja rumah. Anak hantaq nursery lagi. Kalau aku jadi bini dia aku mintak cerai dah aih. Bkan sebab tak dak duit. Sebab pemalaih!"
Taluan mesingan MYuyu16. Aku menekup mulut Yuyu dengan tangan kiri dan menggunakan jari telunjuk kanan dibibir untuk menyuruh Yuyu senyap. Di tepi pedastrian walk Piazza Venezia ni pulak dia nak bagi ceramah feminist.
"Kuajaq. Tutup mulut aku dengan tangan basuh pungkoq"
Puih.puih. Gaya Yuyu yang membuatkan deraian tawa yang aku tahan tadi dihambur keluar. Siapa lah lelaki malang yang dapat kau ni Yuyu. Getus hatiku.
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...