Permulaan Baru

560 9 2
                                    

6 bulan sudah berlalu. Aku dan Yuyu kembali semula kepada kehidupan kami yang biasa. 3 bulan selepas Euro trip kami, Angah membawa keluarga aku dan keluarga Yuyu makan-makan di Restauran Homsi di Seksyen 13. Sebelum itu Angah sudah bertemu dengan mama papa Yuyu sendirian. Menyatakan hajat. Semua berjalan lancar dan mereka pun restu dengan hubungan mereka. Mak dan abah aku lagilah setuju. Yuyu memang sudah sebahagian daripada keluarga kami. Dengan ikatan ini, kami harapkan akan jadi lebih erat dan 'official'.

Dan hari ini, setelah 6 bulan mereka buat kejutan pada aku di KLIA, abah segak berbaju melayu lengkap dengan songkok dan samping. Ingin merisik dan memberi 'tanda' pada Yuyu bagi pihak Angah. Abah duduk disebelah Pak Ngah. Pak Ngah ditugaskan untuk menjadi jurucakap. Mana-mana pun saudara kami yang meminang atau dipinang, pasti Pak Ngah yang akan menjadi jurucakap.

Pak Ngah, abah dan anggota rombongan lelaki saling bersalaman dengan pihak perempuan. Angah pula di dalam kereta memakai kemeja kotak-kotak dan seluar jeans. Sedang mengentel hujung baju. Berdebar dan takut kalau-kalau tiba-tiba Yuyu berubah fikiran disaat akhir ala-ala runaway bride. Aku dan mak sudah berkali-kali memujuknya memakai baju melayu. Tetapi dia tidak mahu. Segan katanya. Macam tak sabar sangat nak nikah.

Dani ada di belakang. Di pintu dapur. Memakai seluar track dan tshirt lusuh. Masih basah dengan peluh membantu Papa Yuyu untuk buat kerja-kerja last minit.  Yuyu anak tunggal. Jadi Dani dengan sukarela ingin membantu. Memandangkan saudara mara mereka hanya dapat sampai malam tadi dari seluruh pelusuk negara dan yang mana ada di Kuala Lumpur pula sudah tahap manager-manager dan tidak berapa rapat. Papanya segan mahu rengkuh untuk buat kerja-kerja remeh seperti pergi ke kedai atau angkat barang-barang berat atau buat DIY pelamin. Papa dan Mamanya pula harus standby dirumah sentiasa. Ingin mengemas dan menyediakan rumah. Dalam erti kata lain, Dani adalah runner. Mini pelamin yang ada hasil kerja aku, Dani, Papa Yuyu dan Mama Yuyu. Baru setup semalam dengan barangan yang sedia ada dan bunga-bunga segar yang dibeli di Bandar Klang daripada Aunty Letchumy, jam 12 malam. Vendor bunga untuk wedding Abang Long aku yang aku jumpa tanpa sengaja di pasar Meru semasa mak sedang membeli rempah basah untuk masak kari kambing. 

Oleh kerana tenaga kerja terhad, makanan untuk majlis bertunang ini menggunakan katerer. Kalau tidak memang aku akan di belakang dengan towel good morning mengacau gulai.

Mujur kami ada 3 beradik dan ramai sedara mara dan mereka hanya dari Seremban dan Kuala Pilah. Sejam setengah lah habis lama pun untuk ke Shah Alam. Alasan tidak membantu sebab jauh tu memang tak boleh digunapakai. Abah dan mak memang rapat dengan adik beradik dan saudara mara. Jadi tak kira lah kau pangkat apa pun. Masa kenduri, sinsing lengan dan turun membantu.

Tema mini pelamin Yuyu adalah warna pastel. Dia memakai kurung moden berwarna champagne yang dibeli dari Fashion Valet dan sekuntum bunga rose berwarna merah yang digubah dengan baby bushes dipinkan pada sanggulnya yang diikat kemas. Make up sendiri. Setelah berpuluh ribu kali mencuba tutorial di youtube. Dia akhirnya dapat menghasilkan make up yang nampak seperti seorang bakal pengantin. Bukannya drag queen atau mak lampir. Tapi kalau ikutkan, modal barang make up yang dibeli untuk majlis ini lebih kurang sama sahaja seperti mengambil seorang make up artist. Barang-barang yang dibeli itu bakal dibiarkan berkulat di atas meja. Yuyu dan aku spesis yang sama. Tidak memakai make up. Masa bertunang buang tebiat nak make up sendiri.

 Aku tidak dapat menemani Yuyu. Cuma dapat jenguk-jenguk sahaja pagi tadi untuk bagi semangat. Iyalah, Angah punya hantaran pun aku yang kena buat juga. Okay, bukan buat. Tolong ambil dari orang yang diupah untuk buat hantaran. Disebabkan oleh dibuat dengan bunga segar, pagi tadi baru boleh ambil. Seperti mana Along, Angah juga beruntung. Cincin merisik dan tunang  Angah dibeli oleh abah dan mak. Sepasang kain untuk dibuat baju nikah ditaja oleh Pak Ngah. Dan dulang-dulang lain yang berisi kek, coklat, buah-buahan dan pulut kuning pun begitu juga. Ada sahaja yang taja oleh adik beradik mak atau abah. Majlis nikah Along juga begitu. Along cuma perlu keluarkan duit untuk hantaran. Kenduri semua dibahagikan antara adik beradik. Itu lah pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat. Mana-mana anak saudara yang menikah, mak abah pasti akan menyumbang untuk meringankan beban.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now