Plan B

85 2 0
                                    

Sesudah perut kami 'direhatkan' dengan masakan melayu, idea anjakan paradigma tiba-tiba muncul.

"Yu. Aku rasa kita ubah plan lah. Davos ni macam boring je. Matterhorn pun. Kita dah berapa malam kat Engelberg. Nak tengok salji lagi ke? Hmmmm"

"Kita berapa malam lagi kat Zurich?"

"Malam ni, lusa dengan tulat. Tengahari tubin dah naik keretapi pergi Paris."

"Ok. Apa plan B hang?"

"Esok kita drive pergi Rheinfall lepas to terus proceed ke Konstanz."

"Apa ada kat sana?"

"Konstanz ni macam peaceful town lah. Ada tasik luas bordering 3 negara. Austria, Germany dengan Switzerland. Rheinfall pulak macam air terjun yang cun melecun. On the way nak pergi Konstanz kita akan singgah Rheinfall."

"Okay. Colmar?"

"Colmar ada Le Petit Venice. Macam Venice kecik. Lepas tu kau tak nak ke tengok original Colmar? Aspirasi Colmar Bukit  Tinggi."

"Okay. Menarik. Apa lagi susulan hang?"

"Aku nak kau drive. Aku takde International license. Hehehe."

"Hariammmm...Pastu gheta sewa nak cari mana? Juboq hang?"

"Eh kau ni. Bersepah kat Train Station counter kereta sewa."

"Okay. Apa killer point supaya aku setuju dengan idea hang?"

"No. 1 : Davos dengan Matterhorne train station ambil masa dalam 2 jam lebih. Sehala. Kita nak balik hari. Berapa jam je kita kat sana? No. 2 Konstanz ni universiti town. Boleh la cuci-cuci mata sikit. Boleh dah beritahu orang kita dah jejak Jerman. Dalam itinerary kita memang takde Germany. No. 3 Colmar ada Christmas Market sejak first December. Kau tak nak rasa Nutella Crepe yang original France mari?"

Yuyu bertongkat dagu. Mulutnya terkumat-kamit menyebut semula plan yang aku beritahu tadi. 

"OK. It's on bebeh!"

Aku menunjukkan kan Yuyu lokasi dan route jalan esok. Rheinfall hampir 1 jam, dan Konstanz lebih kurang 40 minit daripada Rheinfall. Colmar pula 1 jam 45 minit daripada Zurich. Kali ini kami derhaka pada tentative yang Dani berikan.













Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now