Dua kali aku menguap. Mata sudah berair. Tidur aku terganggu apabila Yuyu menggeselkan giginya dalam tidur. Stefan menyediakan sarapan yang serba ringkas untuk kami. Anna pula sudah ketempat kerja sewaktu kami turun kebawah tadi. Bunyinya seperti mahu patah giginya. Oh. Seram sungguh.Tabiat yang dia selalu buat ketika dia keletihan. Kepala aku dan Yuyu bergerak ke kiri dan kekanan mengikut ayunan absorber bas. Yuyu disebelah aku mendengar musik sambil mengunyah gula-gula getah.
******
Aku dan Yuyu beratur untuk membeli tiket untuk ke puncak Titlis. Pada mulanya aku ingin mencuba ski. Namun Anna mencadangkan kami untuk mencuba ski di kawasan yang lain. Kawasan yang tidak perlu kami naik cable car. Cuma berjalan kaki dari rumah Anna. Bukan di Titlis. Titlis dipenuhi mereka yang sudah pandai dan hebat bermain ski. Silap langkah kau boleh patah tengkuk dilanggar jika berhenti di tengah. Kondisi curamnya pula agak mencabar.
"Trubsee, Stand or Klein Titlis?"
"Trubsee and Klein Titlis."
Harga tiket cable carnya boleh buatkan kau menelan air liur. Mahal, sungguh mahal. Alang-alang mencalit pilis, biar sampai ke puncak Titlis. Kami harus transit dari Titlis Express ke Rotair di Stand. Titlis Express hanyalah cable car biasa seperti yang aku pernah lihat di Genting Highland. Rotair pula sungguh istimewa. Cable car yang menjanjikan kau pandangan 360 darjah. Bersesuaian dengan namanya, Rotair akan berpusing 360 darjah.
*****
Sejam juga mahu tiba di Klein Titlis. Beberapa ratus meter di bawah puncak Titlis. Untuk tiba ke puncak Titlis, 300meter pendakian by foot diperlukan. Dengan salji dan udara yang nipis, 300meter akan rasa seperti 3km. Kami membuat keputusan untuk tidak mendaki kerana kami 'underdress'. Aku dan Yuyu hanya memakai snow proof boot, jaket dan outer pant yang dipinjam dari Anna. Untuk mengelakkan telinga sejuk, kami menyarung snow cap. Skaf tidak diperlukan. Jaket yang Anna beri ini menutup leher. Pagi tadi dia tinggalkan di depan pintu kami. Katanya jaket dan boot kami tidak sesuai untuk dibawa kekawasan bersalji. Nanti habis basah stokin dan baju. Mendaki 300meter ke puncak Titlis dengan tanpa persediaan boleh dikategorikan sebagai tindakan bunuh diri.
"Jom minum hot chocolate."
"Jom!"
Aku menarik tangan Yuyu untuk membelek menu. Ya Rabbi. Mahalnya. Aku menutup semula menu dan meletakkannya kembali di sudut di mana aku mengambilnya. Kami terus menuju ke obervatori. Luas pemandangan. Gunung-ganang batu yang diselimuti salji. Membuatkan kau terbayang, lazatnya kalau ada sirap, gula kabung, buah atap, kacang merah dan jagung. Dapatlah kau buat ais kacang gergasi.
Aku menepuk-nepuk muka sendiri yang yang terbayang bayang ais kacang gergasi dan focus untuk mengambil gambar. Mengambil masa yang agak lama untuk aku setting aparture dan ISO. Masih belum biasa dengan suasana bersalji. Pipi aku dan Yuyu sudah mula kebas. Kami buat keputusan untuk turun ke Trubsee. Main tube slide.
*****
Sudah 3 kali aku dan Yuyu naik turun snow slide dengan snow tube. Rasanya seperti menaiki tube di snow house Genting Highland, tetapi lebih laju, sejuk dan kalau tak kena cara kau boleh tertelan snow atau tersembam.Tube atau dalam bahasa kampungnya pelampung tayar lori. Snow tube sedikit berbeza kerana dibalut dengan satu lapisan kain istimewa yang membuatkan bahagian bawah pelampung itu dialas dengan kain. Jadi dari situ atas dan bawah snow tube dapat dibezakan, tidak seperti pelampung tayar lori. Warnanya nya juga lebih menarik jika dibandingkan dengan pelampung tayar lori. Apa itu snow slide? Snow slide adalah gelongsor semulajadi. Ia berada di kawasan berbukit yang bersalji. Dan tebingnya pula diperbuat oleh blok ais yang ditutupi salji. Blok ais ini akan disusun mengikut kehendak mereka yang membinanya. Gelongsor ini boleh jadi lurus. Boleh jadi bengkang bengkok. Bergantung kepada 'jurutera' pembinaannya.
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...