Konstanz-ly lost

70 2 0
                                    

Aku dan Yuyu sudah tiba di Rheinfall. Jalan kesini mudah. Kalau kau sesat juga, boleh diibaratkan macam kau buta tuli jalan. Tambahan pula kereta kami dilengkapi GPS system. Keadaan disini agak sunyi. Iya lah. Pagi hari minggu. Orang sibuk berkerja. Kau sibuk berjalan.

Tiket masuk adalah wajib. Harga untuk 1 kemasukan adalah 5Eu dan 5 Swiss Franc. Walauapun terletak di dalm sempadan Switzerland, Euro masih diterima disini. Dengan kadar penukaran yang tidak masuk akal. Macam kalau kau masuk Zoo Johor, kau bayar RM5 atau SGD5. Macam kelakar kan.

Rheinfall dikatakan sebagai air terjun terbesar di Eropah. Waktu musim panas, akan ada bot yang membawa kau ke kawasan air terjun ini. Musim luruh memang idok le!

Di sini ada observation deck. Atau dek pemerhatian. Walaupun jarak dengan air terjun masih jauh, kau boleh merasa tempias air disini. Sejuk dan segar! Tapi boleh cari nahas kalau terjun di dalamnya. Kau boleh mati lemas kerana air yang deras. Sebelum kau lemas, badan kau akan merasakan kesejukan yang mencucuk hingga ke tulang belulang.

Aku lihat ada pengunjung lain yang membawa payung ke sini. Aku dah Yuyu hanya menutup ubun-ubun kami dengan menyarungkan hood. Kami habiskan hampir 30 minit merenung ke air terjun yang tampak sungguh biru. Air yang sangat deras. Khabarnya, ikan tidak bisa menaiki kawasan ini kerana terlalu deras. Hanya belut yang dapat menyelinap melalui batu dapat naik ke kawasan ini. Kalau aku jadi belut tak mahu kau. Letih duduk di air deras.

Sesudah itu kami berjalan semula ke atas. Menaiki susunan anak tangga.Oh. Perjalanan turun tidak terasa lelahnya. Kerana didorong perasaan girang ingin bertemu air terjun terbesar di Europe. Huff and puff juga kami naik ke atas. Memegang erat rel tangga.

10 minit lagi kami habiskan melihat kota binaan lama di sekitar Rheinfall. Binaan zaman medieval. Tepat 1 jam kami sudah memelakan perjalanan ke Konstanz.

*******

"Kita nak parking mana ni? Allah. Hang asyik pusing sini ja dari tadi."

"Aku tak nak parking sebarang. Sini bukan Itali. Suka hati abah diorang je nak parking tepi jalan. Aku tak mampoooo bayar saman kat sini woi!"

Aku dan Yuyu tahu kami mahu ke Konstanz. Cuma kami tidak pasti ke mana sebenarnya kami ingin pergi. Yang kami tahu, kami mahu lihat The Imperia. Mercu tanda Tasik Konstanz. Dan kawasan sekitarnya. Christmas market disini tidak membantu kami yang sedang celaru mencari parking.

Tiba-tiba lampu di atas kepala aku menyala. Aha!

"Yu. Cuba search mall dekat-dekat sini?"

"Jadah apa nak pi mall! Tak mau aku!"

"Parking sana laaaaa... Parking sanaaaaaa.."

Mahu sahaja aku hempuk kepala Yuyu diatas dashboard kereta Opel lama berwarna biru tua ini. Kereta sewa yang paling murah kami boleh dapati.

"Oh.Sat."

Berjaya juga mencari parking. Tapi yang ini parking berbayar. HP yang aku guna memang bergantung sepenuhnya pada WiFi untuk internet. Jadi GPS memang tidak berfungsi. Maka kali ini aku dan Yuyu harus gunakan peribahasa "Malu bertanya, sesat jalan" untuk tiba di Tasik Konstanz.

Bandar Konstanz sangat unik. Kau akan jumpa kedai H&M dalam bangunan lama. Bandar ini bandar lama. Dekorasi bersempana hari natal pula dapat dilihat menghiasi serata bandar. Gerai-gerai sempena hari Natal juga dapat dilihat di sepanjang jalan. Ada yang jual barang hiasan. Ada yang jual permainan kanak-kanak. Ada yang jual aksesori wanita. Cookies, brownies, cakes, you name it! Dari jauh, ada satu bau yang sangat enak menerpa hidung aku dan Yuyu. Dan aku pasti itu benda terlarang. Yang akau dan Yuyu hanya boleh mengambil bau sahaja.

Seperti dipukau, aku dan Yuyu berjalan menuju kearah bau yang enak itu. Sampai sahaja di hadapan gerai itu, yaaaa benar. Memang lah benda terlarang.

"Grob brat wurst? Apa ni Yuyu?"

"Gross la. Itu nampak macam B. Tapi baca dia double SS. Roti Sosej Besaq aka hot dog."

"Depa ada ikan tak?"

"Rindfleish...Aku rasa daging lembu... Hahnchen aku rasa ayam... Schweinfleish daging babi...Fish depa sebut fish juga rasanya"

"Hmmmm takde rezeki lah nak rasa... Telan air liur je lah.."

Rasa macam nak menangis tepi bucu katil. Sedih punya pasal. Aku dan Yuyu meneruskan perjalanan mencari Tasik Konstanz. Berjalan punya jalan, kami masih tidak ketemu tasik. Jangankan tasik, lopak pun haram.

Aku berhenti sebentar dan bertanyakan seorang lelaki tua yang berjalan dengan tangannya di dalam poket. Dia dari arah bertentangan. Dia tersenyum mengejek dan menghalakan jari telunjuknya dalam arah pukul sebelas daripada pandangannya. Aku dan Yuyu memalingkan badan kami. The Imperial terpacak dari jauh. Kami mengucapkan terima kasih dan terkedek-kedek meninggalkan lelaki tadi. 

"Kat Konstanz ni, kita Konstanz-ly lost lah!"

"Hahahahaha... That pun is baddd...And you should feel badddd!"

5 minit, kami sudah terpacak dihadapan The Emperial. Patung perempuan yang besar. Posisi tangannya seperti penari lilin. Memakai dress yang menampakkan buah dada dan bulu ari-ari.

"Gila lah. Kat Rome tunjuk kote. Kat sini tunjuk apam."

"Kau jangan nak mengada jerit apam eh. Aku lempang kau masuk tasik kejap lagi."

Kami teruskan hari kami dengan menikmati keindahan tasik. Melihat orang-orang sekeliling. Dan itik-itik yang berenang bebas.

Another beautiful day.




Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now