Labyrinth Maze

141 5 0
                                    

Aku menunggu Yuyu di beranda restauran. Sudah menjadi kebiasaan dia akan memerut setiap pagi. Kalau diikutkan jadul, 10.00am boleh dikira sebagai agak lambat. Disebabkan oleh cuaca sudah mula sejuk, tiada orang yang melepak di beranda luar. Rokok yang aku bawa dari Malaysia sudah sampai ke batang yang akhir. Pertama kali dalam sejarah aku cuma menghabiskan 2 kotak dalam masa lima hari. Paling sedikit pun 1.5 kotak sehari. Aku harap harga rokok yang melambung tinggi disini dapat dijadikan motivasi untuk aku berhenti di hujung perjalanan kami. Merokok adalah tabiat yang mahal.Bukan sahaja daripada modal membeli rokok itu sendiri. Ubat gigi harus yang khusus supaya gigi tidak menjadi warna kuning yang menjijikan. Perfume yang tahan lama dan mahal harus dibawa di dalam beg untuk mengaburi bau rokok yang melekat di seluruh badan. 

Kelibat Yuyu menjelma dari laluan yang membawa tetamu di hotel ini ke tangga yang menuju bilik masing-masing. Aku dapat lihat kepuasan di wajahnya. Sesi merokok tadi aku tidak biarkan kosong. Aku membuat rencana perjalanan kami untuk hari ini. Aku dan Yuyu akan berjalan ke Piazza San Marco dan mengambil water bas untuk ke Burano Island. Kemudian kami akan ke  Murano Island pula sebelum kembali ke Piazza San Marco dan merasai kehidupan malam di Piazza San Marco. Harap-harap tiada lagi lelaki hamsap yang akan menganggu kami.

*******

Piazza San Marco lebih kurang 10 minit dari hotel kami. Melintasi satu jambatan kecil dan jalan di lorong sempit. Seorang pendayung gondola sempat menawarkan khidmatnya kepada kami di jambatan itu. Mulanya dia membuka harga 80Eu. Setelah tawarannya hanya kami balas dengan gelengan kepala dan senyuman dia menurunkan lagi harga kepada 60Eu. Dari kejauhan kami mendengar dia menjerit.

"Last price, I give you 50Eu!!!"

Apabila aku menoleh kebelakang, pasangan kekasih mat saleh berminat dengan tawarannya. Rezeki dia yang Tuhan beri bukan melalui kami hari ini. Perjalanan kami ke Piazza San Marco langsung tidak melelahkan dan ditemani tawa mereka-mereka yang juga ke sini untuk mencipta secebis memori. Ada yang duduk di kafe. Ada yang membeli belah di kedai souvenir. Ada juga yang turut berjalan bersama kami. Menyusuri lorong yang nampak seperti tiada penghujung. Hingga kami tiba di hujung jalan yang nampak terang dan lapang. Dari celahan dua buah restauran, kami sampai ke Piazza San Marco. Walaupun sedang dalam proses rekonstruksi dan di kelilingi scaffolding, Piazza San Marco mempunyai tarikan tersendiri. Dalam bahasa Inggerisnya Saint Mark's Square atau Dataran Saint Mark adalah antara mercu tanda dan pusat kota di atas air ini.  

Di penghujung dataran ini ada sebuah church yang namanya boleh diteka sambil memejam mata. Ya, nama church itu adalah San Marco Basillica atau Saint Mark's Church. Dan ya, aku dan Yuyu ternganga lagi sekali. Kalau mahu diceritan setiap details, boleh ambil masa 3 hari 3 malam aku agak. Setiap ukiran yang berunsur Roman di luar gereja ini  ada ceritanya sendiri. Setiap inci, setiap ukiran dan setiap bentuk. Seperti mana pendatang asing yang datang bekerja kagum dengan KLCC. Begitulah kagumnya aku dengan seni bina Itali.

Aku dan Yuyu berjalan ke jambatan di sebelah kanan gereja Saint Mark. Ada segerombolan manusia di situ. Aku dan Yuyu ingin tahu apa yang menjadi tarikan orang ramai di situ. Another masterpiece maybe? Kami tiba di barisan hadapan di penghadang tebing jambatan yang membolehkan kami melihat terusan. Rupa-rupanya mereka menonton dua orang pengantin sedang beraksi untuk pre wedding photo mereka. Pengantin perempuan menggayakan sehelai gaun putih yang strapless dan dipadankan dengan skirt labuh yang sangat kembang. Pengantin lelaki pula mengenakan sepasang tuxedo hitam dilengkapi oleh sepasang kasut kulit hitam yang berkilat. Kedua-dua pengantin dilihat berdiri di atas tebing konkrit di sebelah terusan. Pengantin lelaki dan perempuan merenung mata masing-masing. Tangan kanan pengantin lelaki merangkul pinggul pengantin perempuan dan tangan kirinya pula mencubit dagu pengantin perempuan. Bunyi ketikan shutter kedengaran. Kru mereka adalah dalam 4 orang termasuk jurugambar. Kedua pengantin nampak seperti berbangsa Cina. Tidak pasti samada daripada China atau bangsa Cina yang menetap di negara lain.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now