Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Yuyu sewaktu aku berjalan ke Eiffel Tower.
"Arif tak pa pula."
Bila difikirkan memang betul. Dengan Arif prinsip semua aku tolak tepi. Aku pujuk dia. Aku biarkan dia pijak maruah aku. Aku biarkan dia meracuni otak aku. Aku biar dia curang berkali-kali. Hah. Kalau lah boleh, aku akan undur masa. Kenapa lah aku ni baghal sangat.
Aku mendongak keatas. Menakjubkan. Baru aku tahu, Menara Eiffel tiada sebarang fungsi sama sekali. Ia hanyalah perhiasan semata-mata di bandar Paris. Dan pusat tarik pelancong. Eiffel tower tour akan membawa kau keatas dan memberikan lebih banyak info tentang sejarah Eiffel. Aku rasa malas nak join tour.
"Kau nak naik ke Yu?"
"Aku tak mau kot. Hang? Kita duk bawah ja la. Acah-acah piknik kat belakang sana."
"Okay!"
Aku lega. Aku memang mahu melepak dibawah. Sudah tak larat mahu beratur lagi. Otak aku cuma mahu makan. Croissant tadi sudah habis dihadam. Nyaris dibuang tadi. Tapi aku tahankan. Susah nak basuh ditandas mat saleh ni. Kena bawa botol air mineral. Tak syok. Kalau di hotel, lepas berak boleh terus mandi. Rasa suci dan bersih.
Aku dan Yuyu duduk di kawasan lapang. Keadaan rumput kawasan itu menunjukkan tiada aktiviti perkumuhan tidak kira sama ada binatang atau manusia. Rumputnya hijau dan segar. Aku dan Yuyu berbaring berdua. Menghala Eiffel Tower dan merenung awan. Banyak yang kami borak kan. Kebanyakkan nya karut marut. Lagi 30min matahari akan terbenam.
"Ain. Aku nak introduce hang la kat sayang aku."
"Haaaaaaa...About time!"
Tangan aku pantas cuba merampas HP Yuyu. Dia mencubit kuat tangan aku.
"Awwwwwwww!"
"Rasakan. Tak sabaq! Aku tarik bijik hang baru hang tau. "
"Kata nak introduce!" aku mengusap lengan ku yang dicubit kuat.
"Aku introduce fast to fast. Eh face to face. Nanti dia ambil kita kat airport."
"Emmm. Okayyyyy. Aku baru excited nak tengok muka dia. Mesti hodoh!"
Yuyu menendang kakiku tanda proses. Dan seperti biasa. Kami ketawa. 20 minit berbaring, sejuk dari tanah sudah mula mencucuk badan aku. Aku duduk bersila. Dan Yuyu pun turut bangun dan duduk bersila. Tepat waktu kami duduk, Eiffel tower dihiasi lampu berkelipan. Seperti lampu lip lap di hari raya. Indah. Memang sungguh indah. Kami berdua memang tercengang kerana kagum teramat sangat. Pasangan kekasih dikeliling mula berciuman. Lampu lip lap mungkin aphrodisiac untuk Parisian. Seperti mana tongkat ali kepada orang melayu.
"Depa cium. Kita nak buat apa?"
"Friendship hug kot?"
Kami berpelukan sambil ketawa dan sambung tercengang. Suara yang dikenali menjerit dari jauh.
"Woi! Tutup mulut woi!" Amri melambai-lambai kearah kami.
"Whatsapp aku tak balas kan korang dua ni. Nasib baik jumpa."
"Kitorang living the moment. HP simpan jauh jauh."
Mereka duduk ditepi kami. Muka menghala ke Eiffel. Sama-sama tercengang. Keindahan yang tak dapat digambarkan. Aku ambil gambar pun tidak secantik apa yang aku lihat. Padahal hanyalah sebatang menara besi yang dihiasi lampu kelip-kelip berwarna-warni.
Tangan ku menolak dagu Amri keatas.
"Tutup mulut woi."
Amri menjelirkan lidah tanda protes.
"MC Gay Gay kids. Korang nak bawak kitorang makan mana?"
"Makan kat neraka." Hafiz yang senyap dihujung bersuara.
"Mesti menu dia Hafiz bakaq. Sebab tengok muka pun tau hang banyak dosa." balas Yuyu. Menembak kembali dengan tepat.
"Perggghhhh padu dia bagi kau Fizzzzzzzzzzz..."Saufi memegang dadanya seperti orang yang diserang sakit jantung.
"Kita sambung berangan, lepas tu kitorg bawak korang makan nasi arab dengan kebab.Baik punyaaa!"kata Arif France.
Nasi? Whattttt!??? Makan nasi kat luar? Nasi Arab? Maknanya dapat lah makan daging dan ayam! That is rare man! Tonight gonna be a good night!
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...