Hari ini hanya aku dan Yuyu. Mereka berlima mahu buat trip gay katanya. Kami mahu menikmati museum dan mercu tanda di Paris. Mereka pula mahu menikmati mercu tanda dan mencari lokasi pengembaraan filem Hollywood seperti Inception di sekitar Paris. So we just let them be and let boys be boys.Janji dengan mereka mahu jumpa malam untuk dinner bersama.
Aku dan Yuyu ke The Louvre lagi. Namun kali ini untuk masuk ke dalam museum. Bukan hanya lihat dari luar. The Louvre bukan hanya piramid kaca yang enak dipandang oleh mata. The Louvre adalah museum terbesar di dunia yang menempatkan karya-karya seni tersohor Leonardo Da Vinci. Antara karya yang paling dikenali ramai adalah Mona Lisa. Museum ini juga tempat kerajaan Paris yang terdahulu menyimpan khazanah-khazanah daripada bumi yang pernah dijajah, dijarah dan hadiah daripada sekutu politik. Disini kau akan dapat lihat hasil seni lukisan, ukiran, peralatan, barang kemas dan sebagainya daripada serata dunia. Mereka juga ada satu tingkat khas untuk Tamadun Islam.
Mujur adanya Paris Pass, aku dan Yuyu dapat melepasi pintu masuk dengan mudah jika dibandingkan dengan mereka yang membeli tiket. Selepas Paris Pass kami diperiksa oleh penjaga pintu masuk, Yuyu mengambil senaskah brochure yang diberi secara percuma di pintu masuk.
"Ain. Patutnya kita satu hari kat sini ja. Tak payah pi tempat lain. Tengok ni."
Mata ku membulat. Mother of all museum! Semua tamadun ada disini. Mengasyikkan! Ikut plan aku dan Yuyu mahu ke The Louvre, Notre Dame dan the iconic Eiffel tower hari ini. Malam melepak lagi dengan geng-geng budak muda. Malam ni tidak tahu lah mahu berpeleseran dimana.
*******
Empat jam dari opening. Bayangkan kami beratur menunggu museum dibuka. Lepas buka, terus masuk dan berjalan non stop. Apa yang dilihat memang mengagumkan. Tak dapat dirakam semuanya dalam minda. Tambahan pula mengambil gambar adalah tidak dibenarkan di kebanyakan exhibit. Melihat lukisan disini tidak lah seperti yang dibayangkan di dalam cerita Hollywood. Hanya ada kau dan pasangan kau. Kau di depan potret itu dan menangkap gambar di hadapan potret itu. Kau dan pasangan dapat berbicara dan memberikan kata-kata bernas tentang hasil seni lukisan didepan kau. Yang memisahkan kau dan lukisan itu adalah tali baldu merah. Suasana pula tenang dengan alunan musik instrumental.
OH TIDAK SAMA SEKALI. Setibanya kami di potret Mona Lisa yang di lukis oleh Leonardo Da Vinci, segerombolan manusia sedang rakus menangkap gambar. Seperti sekumpulan wanita sedang menunggu di depan kedai tudung Fareeda sewaktu product launching. Maaf. Aku terlebih pula. Walaupun ramai, mereka sedikit hingar namun masih bertamadun. Tiada aksi tolak menolak. Cuma yang paling menjengkelkan, pandangan kau akan selalu diganggu oleh skrin telefon pintar yang sedang cuba mengambil gambar Mona Lisa. Disini bergambar dibenarkan.
Aku dan Yuyu buat keputusan untuk keluar. Kalau ikutkan hati memang 3 hari 3 malam disini. Lagipun Paris Pass memberikan unlimited access. Selagi Paris Pass kau masih belum tamat tempoh, masuk la 245 juta kali pun. Tak ada siapa nak larang. Kalau hati masih mahu kesini, aku dan Yuyu akan ke sini sebelum keretapi kami bertolak ke Amsterdam.
Keluar daripada museum aku dan Yuyu memulakan rutin bergambar kami diluar sebelum mata meliar mencari hentian bas HOHO. Macam-macam gaya bergambar. Kalau wan aku ada kat sini, mesti dia membebel. "Apo kono kau ni Ain oi. Gambar monyenget sini monyenget sano. "
********
HOHO bas di Paris ada banyak jenis. Kami ambil The Red Bus. Sebab sekali dengan pakej Paris Pass. Lepas ini kami akan ke Notre Dame. Target dalam sunset mahu ke Eiffel dan berjumpa dengan budak-budak MC Gay Gay di sana.
Dalam bas aku dan Yuyu sempat berborak.
"Ain. Ikut hang travel ni lapang sikit."
"Hah. Kenapa pulak."
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
MaceraIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...