Aku mendengar radio.
Lalu aku dapati
pengaruhnya sungguh kuat.
Aku menonton televisyen.
Lantas aku dapati
pengaruhnya sangat hebat.
Aku melayari internet.
Kemudian aku dapati
pengaruhnya amat dasyat.
Macam mana fikiran manusia boleh dieksploitasi?
Aku ingin memetik satu rancangan
yang tajuknya bertemakan 'clever'.
Mereka mencari siapa itu manusia 'clever'.
Mereka menanti, bersertakan beratus soalan kepada mereka yang bakal dilantik oleh juri.
Kau ingat tak rancangan tu?
Aku ingin memetik pula satu tafsiran
yang isinya bertemakan 'clever'.
Mereka juga mencari siapa itu manusia 'clever'.
Mereka juga menanti, bersertakan satu soalan kepada baginda yang telah dilantik oleh Tuhan.
Kau faham tak tafsiran tu?
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, "Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai."
(Riwayat Tarmizi)
Kau faham tak sekarang?
Betul, aku bukan selalunya betul.
Sebab itu, aku cuba sampaikan yang betul.
Betul, kau mampu menilai yang betul.
Sebab itu, aku nak uji kau yang 'clever' betul.
ANDA SEDANG MEMBACA
Duduk
PuisiDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...
