Emma mengeluh lemah. Masuk hari ni dah 2 bulan dia jadi penganggur terhormat di rumah bujangnya. Kenapa terhormat? Of course... sebab dia dibuang kerja gara-gara mempertahankan diri dari di cabul oleh majikan, eh BEKAS majikannya.
Puas dah keliling bandar cari kerja tapi entahlah mungkin bukan rezeki dia kot. Habis semua kerja kosong diisi. Dari kerja cleaner sampailah yang sesuai dengan kelulusannya tapi satu pun tak tertangkap lagi. Emma mengeluh lagi. Sampai bila aku nak goyang kaki ni? Sewa rumah nak kena bayar, bil api air bukannya percuma. Keluhnya lemah.
"Emma, nak ke mana tu?" Tegur Syu teman serumahnya. Emma yang baru bersiap-siap dengan pakaian formalnya menoleh memandang teman yang sedang menggaru kepala di depan pintu bilik. Nampak sangat gaya orang baru bangun tidur.
"Nak pergi cari kerja la. Bosan la jadi penanam anggur ni, bukannya berhasil pun," keluh Emma sambil mencapai sandal putih miliknya yang terletak elok di rak kasut di dalam rumah.
"Oh, kau nak pergi area mana hari ni?" Syu menyoal lagi. Bukan dia tak tahu sudah jauh temannya itu berpusing mencari kerja, tapi masih belum juga ada yang melekat. Emma yang sedang mengetuk-ngetuk dagu dengan jari telunjuk di pandang dengan riak teruja.
"Tak tahu lagi. Tengok la mana 'pakwe' biru aku tu bawa," balas Emma sambil tersenyum. Malas mahu terus bersoal jawab, Emma capai kunci moto dan helmet sebelum berpamitan dengan Syu.
Sedang elok dia menunggang motosikalnya, entah dari mana datangnya Nissan Fairlady Z memotong rapat di sebelahnya. Disebabkan terkejut, Emma hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan. Apa lagi, tergolek la si cantik manis ni terjatuh.
"Oi, buta ke?" Tengking seorang lelaki menyentakkan tangkai jantung Emma. Dia yang sedang membersihkan sisa batu di tangan laju angkat muka pandang lelaki yang berdiri tegak di hadapannya.
Amboi lelaki, indahnya bahasa? Tahu tak budi bahasa tu budaya kita. Cuba sahut sikit seruan kerajaan untuk berbudi bahasa, tu pun susah ke? Bebel Emma dalam hati. Lelaki yang berdiri di depannya itu dipandang tunak.
"Kau ni kenapa? Pekak ke?" Sergah lelaki itu mengejutkan Emma sekali lagi. Ternaik bahu Emma gara-gara terkejut. Dia menggetap bibir. Eih la lelaki ni, kecik-kecik tertelan mikrofon ke apa? Suara boleh tahan kuat, nyaring pula tu.
"En...encik yang langgar saya. Jangan nak salahkan saya pula," bentak Emma sedikit gagap. Mana taknya, mata tengah menatap keindahan ciptaan Tuhan yang indah di hadapannya saat ini. Sesiapa yang ada di tempat dia pun mesti gagap juga sekarang ni. Tapi bila memikirkan cara dia bertutur, alamak terpaksa tolak 9 markah. Aduhaii..
"Kau tu yang bawa moto entah macam mana? Entah-entah tak ada lesen. Tengok je la muka, macam budak tak habis sekolah," tebak lelaki itu bersama sindiran. Emma mencerlung memandang lelaki itu. Ish benci betul aku kalau orang permainkan muka dan ketinggian aku. Tahu tak ni tanda-tanda kecomelan untuk orang yang spesis macam aku ni?
"Eh, saya ada lesen ok? Awak tu yang tak ada lesen agaknya. Bawa kereta mengalahkan pelesit. Tahu la kereta mahal,"
"Oh, kau tahu kereta aku mahal? Sekarang ni aku nak kau bayar ganti rugi," pinta lelaki itu. Tangannya digawangkan di depan muka Emma petanda dia meminta bayaran sekarang.
"Tak nak. Saya tak nak bayar. Awak yang salah," Emma nampak dia getap gigi. Ha, getaplah kuat-kuat. Kena kancing gigi baru tahu. Hahaha.
"Kau yang kena bayar. Kau tahu tak harga kereta aku tu berganda lagi mahal dari moto cabuk kau tu," pangkah lelaki berbaju biru itu lagi. What??!! Moto cabuk kau panggil pakwe aku? Kurang ajar punya orang kaya.
"Saya tak nak bayar, awak yang langgar saya," tegas Emma garang. Lelaki dihadapannya pamer riak bengkek.
"Bayar! Sekarang," tengkingnya lagi.
"Tak nak! Tak akan! Never,"
"Bayar!"
"Tak nak!"
"Bayar,"
"Saya kata tak nak, tak nak lah. Tak faham baha..." kata-kata Emma tergantung bila seorang lelaki lagi melangkah keluar dari pintu penumpang Nissan Fairlady Z itu.
Oh my... hensemnya!!! Tolonglah jangan melting tapi... goshhh, he's so hot! Damn HOT.. Dengan gaya rambut dia, fesyen pakaian dia, macam model internasional.
Emma rasa rahangnya macam nak tercabut. Mr. Drop dead gorgeous! Mama, help.. I'm fall in love 😍😍😍
"Oi, aku cakap dengan kau, kau berangan pula. Aku tak peduli, aku nak kau bayar juga. Or else aku buat repot polis," eih lelaki depan aku ni mengganggu betul la. Terus hilang lamunan aku yang dari tadi tengok mamat hensem tu. Dari muka melting, terus berubah jadi muka harimau bila aku pandang mamat kerek depan aku ni.
"Ingat saya kisah? Eh encik, bukan awak sorang je boleh buat repot polis. Saya pun boleh la," Emma membalas. Langsung tak gentar dengan ugutan lelaki itu.
"Kau ingat dengan repot kau, kau boleh terlepas. Hell NO! Ingat ni perempuan, duit boleh buat apa sahaja. Kau akan kalah juga nanti," sinis suara lelaki itu. Emma tergamam. Ya kata-kata lelaki itu betul. Apa saja boleh di beli dengan duit. Kadang-kadang keadilan juga boleh. Emma telan liur.
"So how?" Lelaki itu bersuara lagi dengan senyuman sinis. Dia tahu dia sudah menghampiri garisan penamat dan dia sedang mendahului saat ini bila dia perasan riak wajah berani gadis itu bertukar gentar. Hahaha, tahu kau takut.
"Saya...saya..." hilang segala kekuatan Emma. Tergagap pula dia hendak menuturkan kata.
"Ben, dah lah tu. Kesian budak tu. Bukan teruk pun kereta you ni. Jom la, sayang," lelaki hensem di pintu kereta itu menyampuk. Mematikan pertelingkahan antara Emma dan lelaki satu lagi.
"Mujur dia ada tau. Kalau tak, naya kau," lelaki berbaju biru itu berlalu meninggalkan Emma. Walaupun begitu sempat juga telinga Emma dengar kutukan dari bibir lelaki itu. Emma sekadar memandang Nissan Fairlady Z itu yang makin menjauh bersama senyuman yang sangat manis.
Oh Mr. Drop Dead Gorgeous, you are my knight in shining armour.. I'm melting again..
Eh, wait!!! Dia panggil lelaki tadi apa? Sayang? Oh no... don't tell me that... he... is a... GAYBOY??
OH NOOOO!!!
-----
Jatuh cinta dengan Gayboy? Erk... biar betul? Hahaha..Tapi betul ke Mr. Drop Dead Gorgeous tu gayboy? 😮😮😮 Kalau rasa nak tahu, stay tune..
😘😚😘😚😘😚
YOU ARE READING
Mr Bisexual
RomanceHighest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan utk 1st timer mcm sy...) Pertemuan pertama buat Emma kaku. Lelaki tu hensem tapi.. GAY?? Aduh, sedaya...