40 : The Final

4.3K 107 5
                                    

Emma masih ralit memasak sarapan pagi di dapur. Hari ini dia sedikit rajin nak masak sedap-sedap untuk dua orang buah hatinya. Kalau selalu breakfast makan cereal atau roti bakar sebab Emma nak cepat ke tempat kerja, hari ini Emma gunakan sebaiknya untuk masak nasi goreng kegemaran suami dan anaknya.

"Morning ma, Assalamualaikum," lemah suara Faid kedengaran. Salam anaknya dijawab ceria sebelum dia mengucup kepala anaknya penuh kasih. Emma perhati jam di dinding. Baru nak pukul 8 pagi tapi anaknya dah terpacak di dapur. Mungkin sebab dah biasa bangun awal untuk di hantar ke rumah Tok Ma nya bila Emma dan Faizrul keluar bekerja jadinya hari cuti pun anaknya bangun awal seperti biasa.

Oh lupa nak cerita, Emma dan Faid dah pindah semula ke Kuala Lumpur. Mereka duduk di kondominium milik Faizrul yang dibeli beberapa bulam sebelum bertemu Emma di pulau. Cafe Emma di pulau, 100% diserahkan pada Hafi. Kata Emma sebagai tanda terima kasih buat Hafi dan keluarganya yang sudi jaga Emma sejak Emma tinggal di situ.

Sesekali Emma pulang juga ke sana bersama suami dan anaknya. Tak mungkin dia lupakan keluarga angkatnya yang bersama menjaga anaknya sejak kecil hinggal berumur 3 tahun. Cuma tidaklah sekerap dulu kerana kesibukan Faizrul juga membataskan pergerakan mereka sekeluarga.

Empayar Faizrul makin berkembang luas. Syarikatnya makin melebarkan sayap ke hampir serata Malaysia. Sedang Emma bertungkus lumus memajukan Bakery&Cafe, hadiah Faizrul buat dirinya semperna perkahwinan mereka. Kata Faizrul, Emma kena sentiasa ingat, kalau bukan kerana Bakery&Cafe, kisah cinta mereka tak akan wujud.

"Assalamualaikum sayang, Faid anak papa," sapaan Faizrul mematikan lamunan Emma. Segera dia bawa nasi goreng yang siap dimasak ke meja makan.

"Wah nasi goreng. Rajinnya wife saya ni," pujian Faizrul buat Emma tersenyum manis. Dia melabuhkan duduk di sisi suaminya. Lantas, pinggan berisi nasi goreng yang dihulurkan pada suami dan anaknya.

"Sayang tak makan?" tanya Faizrul prihatin bila Emma tak ambil nasi goreng untuk dirinya.

"Tak apa. Bie dengan Faid makan dulu, kejap lagi Emma makan,"

"Alah mama, kita makan sama-samalah. Tak best la kalau kami makan tapi mama tak. Kan mama juga yang ajar Faid, kita kena makan sama-sama," Emma tersenyum mendengar bicara anaknya. Makin hari makin petah bicara si kecil itu sampai Emma sendiri seakan tak percaya yang umur anaknya baru mencecah 4 tahun.

"Ok-ok, mama makan sekali dengan Faid dan papa," sengaja sebenarnya dia tak mengisi nasi dalam pinggannya, nak tengok suami dan anaknya kisah tak kalau dia tak makan bersama.

"Hari ni daddy dengan mummy datang, kan?" tanya Faid semangat. Emma kerut kening. Ada ke Ben dan Hanny bagitahu nak datang? Rasanya macam tak ada.

"Aah, hari ni mummy dengan daddy datang. Nak makan malam sama-sama dengan kita," balasan Faizrul buat Emma pandang lelaki itu.

"Tak bagitahu saya pun?"

"Eh ye ke sayang? Bie lupa la tu,"

"Kena pergi beli barang dapur la ni. Takkan nak hidangkan fries goreng berlada dengan carrot masak halia kot," kata-kata Emma buat Faizrul gelak kecil. Dia picit pipi isterinya yang makin membulat.

"Sayang ni, kan bie dah kata jangan pepandai nak masak. Bie dah order makanan untuk kita malam ni. Releks ok. Sayang tu tengah mengandung, mana boleh penat," lembut Faizrul berbicara.

Ha lagi satu yang Emma lupa nak cerita, dia tengah pregnant sebenarnya. Baru 3 bulan. Kelakar juga bila diingatkan masa mula-mula dapat tahu dia mengandung

*flashback*

Uweekkk...

Masuk kali ni dah 4 kali Emma keluar masuk tandas memuntahkan isi perutnya. Faizrul yang setia mengusap belakang isterinya itu sudah menunjukkan riak kebimbangan.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now