34 : You Complete Me

2.9K 80 0
                                    

Tadaaa.. Triple update again!
Enjoy!!

Mereka tiba di restoran yang sudah ditempah Faizrul. Emma tersenyum cuma. Dia tahu restoran antara restoran termahal di pulau itu tapi dia tak mampu membantah. Kata Faizrul ada sesuatu yang istimewa buat mereka berdua. Sebab itu lelaki itu sanggup menempah restoran yang mahal dan membelikan dia pakaian baru untuk majlis istimewa mereka ini.

Tempat duduk yang agak tersorok menjadi pilihan Faizrul. Dia memohon tempat begotu dari pihak restoran untuk memudahkan dia berbincang dari hati ke hati dengan Emma. Permandangan dan tiupan angin pantai menambahkan perasaan romatik dalam hati pasangan itu.

"Come and seat, dear," sekali lagi Faizrul melayannya bagai puteri. Emma duduk di kerusi yang ditarik Faizrul buatnya. Dia tersenyum menawan tanda terima kasih pada lelaki itu.

"I already ordered for us. Saya harap awak tak kisah," bicara Faizrul saat pelayan tiba bersama minuman mereka. Emma tersenyum senang hati. Dia langsung tak kisah. Dia tahu Faizrul pandai menjaga tekaknya. Tak mungkin lelaki itu akan memesan sesuatu yang pelik dan tak mampu dia makan.

"Best la duduk tepi laut," komen Emma. Dia ralit memerhatikan pantai dan gigi air dalam samar malam. Faizrul ikut sama memandnag arah yang menjadi tumpuan Emma.

"Ya, bunyi air laut. Tenang rasa,"

"Mujur awak tak belikan dress yang kembang. Kalau tak, naya saya," Faizrul tersenyum mendengarnya. Di mindanya ada idea nakal untuk mengusik wanita itu.

"Why not? Dapat la saya tengok free show," mendengar usikan nakal lelaki itu, Emma ternganga. Dia langsung tak menyangka itu balasan Faizrul untuknya.

"Eii pervert!"

Mendengar balasan Emma, Faizrul gelak kuat. Hampir saja dia menarik perhatian pengunjung lain di restoran itu.

"Mujur sayang," bisik Emma cukup buat telinganya sahaja.

Faizrul yang merasa Emma ada berkata sesuatu segera memandang wanita itu.

"Apa?"

"Apa yang apa?" soalan Emma balas dengan soalan juga.

"I thought I heard you said something," balas Faizrul mengerutkan keningnya. Emma sudah kecut perut. Dia dengar ke Emma cakap sayang tadi?

"Mana ada," jawab Emma gugup. Faizrul memandnag wajah pujaan hatinya mencari kebenaran. Melihat Emma buat muka selamba, Faizrul angkat bahu. Tak mahu memperbesarkan hal kecil. Risau plannya rosak kalau tercetus perang mulut antara mereka.

Makan malam sudah terhidang di meja. Sengaja Faizrul menukar selera. Sudah terlalu biasa kalau dinner date makan western, jadinya kali ni dia sengaja pesan nasi putih dan lauk yang menyelerakan. Lagi pun tekak mereka tekak melayu. Tak lengkap rasanya kalau tak menjamah nasi.

Emma menunggu Faizrul membaca doa makan. Terasa kenangan lama menyapa memori kembali bila makan berdua begini.

"Deja Vu... Don't you think?" bicara Emma perlahan. Faizrul angkat dua keningnya bersama senyuman manis petanda dia juga rasakan benda yang sama.

"Esok awak balik KL pukul berapa?" tanya Emma sebaik saja mereka selesai menjamah makan malam.

"Around 2pm. Sempat la sampai sebelum malam,"

Emma tak menbalas. Hatinya rasa sedih dan sayu. Dia bakal ditingglakan lagi. Seminggu dengan Faizrul, bergelak ketawa dengan lelaki itu. Menghabiskan masa bersama dengan Faid persis keluarga bahagia cukup buat Emma rasa kehilangan bila lelaki itu ingin pulang ke Kuala Lumpur.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now