22 : Keliru

3.2K 80 0
                                    

Faizrul termenung sendirian di katil bilik hotel. Teringat kembali pertemuan tak sengajanya dengan Emma. Hati gembira tak terkata. Tak sia-sia dia ikut idea Haida untuk bercuti di pulau peranginan itu.

Mindanya tiba-tiba teringat pada si kecil Faid. Siapa Faid? Kenapa Faid panggil Emma mama? Anak Emma kah? Kalau anak Emma maksudnya Emma dah berkahwin? Siapa suaminya?

Bermacam-macam persoalan di benak Faizrul. Tiada jawapan untuk semua persoalannya membuatkan Faizrul mengeluh. Dia teringat kembali saat dia bertemu dengan Faid. Waktu itu si kecil itu bagai hilang arah dan menangis teresak-esak.

Faizrul meregangkan urat-urat yang bersimpul. Diavsebebarnya baru saja tiba di pulau itu setengah jam yang lalu. Selesai check-in bilik hotel, dia mengambil keputusan untuk berjalan dipantai berhampiran hotel untuk mengambil angin.

Tenang jiwanya bila mendengar bunyi ombak menghempas pantai. Suara kanak-kanak bergelak ketawa membuatkan dia ikut sama tersenyum. Seronokkan jadi budak kecik? Langsung tak perlu fikirkan masalah.

Sedang elok dia duduk sendirian di persisiran pantai itu, dia perasan ada seorang kanak-kanak yang seperti hilang arah. Faizrul pandang kiri kanan, nak tengok mak pak budak tu la kalau ada. Tapi, hampeh! Budk tu seorang saja. Tak fikir panjang, Faizrul menghampiri si kecil itu.

"Adik, kenapa ni?" tanya Faizrul lembut. Serentak dengan itu, wajah si kecil itu mencebik-cebik dan dia mula menangis. Tangisan yang makin lama makin kuat membuatkan Faizrul telan liur. Ada juga yang cakap ku nak culik budak ni nanti.

Faizrul memegang bahu budak lelaki itu lembut. Dia duduk bertinggung menyamai ketinggian si kecil itu.

"Hei, jangan menangis. Uncle ada ni," pujuk Faizrul bila si kecil itu makin laju mengalirkan air mata.

"Mama... Mama..." tangis si kecil itu makin kuat. Faizrul tarik nafas dalam-dalam. Macam manalah si ibu boleh biarkan anak merayap sendirian? Tak sayang anak ke apa? Bentak Faizrul dalam hati.

"Ok sayang, kita cari mama sama-sama ye. Uncle tolong," Faizrul berdiri dan menghulurkan tangan ke arah si kecil itu. Teragak-agak budak lelaki itu menyambut tangan Faizrul.

Sewaktu ingin melangkah ke arah yang ditunjukkan si kecil itu, bahunya dipegang seseorang. Faizrul pantas menoleh. Terdiam dia bila perhatikan wajah garang remaja lelaki di belakangnya. Abangnya kah?

"Encik nak bawa Faid ke mana?" Remaja lelaki itu menyoal tanpa berselindung. Faizrul buat muka blur. Faid? Siapa? Dia pantas mengalihkan pandangan pada si kecil di sebelahnya. Mungkin si comel ini Faid, fikirnya.

"Dia hilang ibunya. Dia kata ibunya ada di sana. Tu yang saya nak bawa dia ke sana tu," beritahu Faizrul tanpa selindung. Remaja itu mengangguk tanda mengerti.

"Saya pengawal pantai ni. Nama saya Dan. Encik tak perlu bawa dia ke sana, saya boleh roger kawan saya. Sebab tadi mama dia ada cari Faid ni. Encik tunggu sini sekejap ya?" Faizrul hanya mengangguk. Dia perhatikan Dan yang menghampiri pondok pengawal pantai. Memegang walkie-talkie dan bercakap sesuatu. Si kecil di sebelahnya masih teresak-esak, sesekali memanggil mamanya. Sayu Faizrul lihat.

"Srkejap ya Faid, nanti mama Faid sampai. Tu, abang Dan dah panggil mama," pujukan Faizrul berkesan. Walaupun tak sepenuhnya berhenti menangis tapi berjaya buat si kecil itu tak meraung. Risau Faizrul tengok Faid meraung macam nak terkeluar anak tekak rupanya.

"Encik, saya dah bagitahu kawan saya dan mama Faid, kejap lagi diorang sampai," Dan bersuara bersama senyuman. Dia perhati lelaki di hadapannya itu. Muka macam familiar, tapi tak ingat di mana dia nampak wajah itu.

"Kalau macam tu, saya tinggalkan Faid bawah jagaan Dan lah ye," Faizrul berura-ura untuk melangkah lergi. Namun pergerakkannya terbatas bila Faid langsung tak nak lepas dari pegangan dia. Malah makin erat pula si kecil itu peluk lehernya yang masih bertinggung.

"Faid, kenapa ni?" tanya Dan prihatin. Pelik, tak pernah-pernah Faid mesra dengan orang yang dia baru kenal. Dia ingat lagi waktu pertama kali dia bertemu Faid. Waktu tu Kak Lynn baru saja pindah ke sini. Faid langsung tak nak tengok muka dia, takut agaknya. Tapi sekarang, elok pula di peluk leher lelaki yang baru dia kenal itu.

Faizrul pandang si kecil yang masih melekat dengannya. Macam kena gam UHU. 

"Okey... Okey... Uncle teman sampai mama Faid datang ya?" melihat anggukan di kepala kecil itu, Faizrul tersenyum. Suka pula dia tengok kemanjaan Faid. Agaknya betul cakap Haida dn Sarah, dia ni dah wajib kawin. Kawin? Ermm... Masih tiada siapa yang mampu nak gantikan Emma di hatinya. Memikirkan Emma, Faizrul mengeluh perlahan. Ke mana kau menghilang, sayang?

"Faid!" satu jeritan kedengaran. Faizrul perasan Faid lepaskan pelukkannya dan berlari anak ke satu arah. Entah kenapa, Faizrul terasa kosong bila pelukan Faid terlerai.

Saat pengawal pantai perempuan memperkenalkan dia pada Dan dan seorang lagi temannya yang menemani 'mama Faid' itu, mata Faizrul terancap pada 'mama Faid' yang ayu bertudung ungu itu. Kenapa dia rasa dia macam pernah melihat wanita itu? Kenapa dia rasa macam dekat sangat hubungan antara dia, Faid dan wanita itu?

Dan, saat 'mama Faid' angkat muka pandang ke arahnya, Faizrul rasa jantungnya berhenti berdenyut.

***

"Kak, siapa Encik Faizrul tu dengan akak?" dah masuk 10 kali Dan dan Hafi soal dia dengan soalan itu. Emma masih buat tak tahu, malas nak menjawab. Dia masih sibuk ke hulu dan ke hilir di dapur cafe nya.

"Eihh korang ni, rimas la akak," bentak Emma rendah. Dia bukan rimas dengan soalan itu tapi dia rimas bila setiap langkahnya diekori. Yelah, Emma ke kiri, mereka berdua turut ke kiri. Emma ke kanan, lagilah laju mereka ke kanan.

"Rimas tak rimas, akak jawab dulu soalan kami," Emma yang mahu mengelak lagi akhirnya menghentikan langkah bila si sahabat baik itu menghalang laluannya. Bulat mata Emma menahan marah. Eii, geramnya aku dengan budak dua orang ni!

"Fine! Fine! Fine! Dia ex-boss akak. Puas hati?" jawab Emma separa jujur. Dia menolak bahu Dan dan Hafi yang menghalang laluannya. Dia pantas ke kaunter barista, memakai apron menandakan dia sudah bersedia untuk memulakan perniagaannya.

"Ex-boss? Akak biar betul? We smell something fishy here," Hafi bersuara dengan nada tak percaya. Emma lepas nafas geram.

"Eii tak payah jadi polis pencen la. Ni nak kerja ke tak nak? Kalau nak kerja, pergi tular signboard 'close'tu pada 'open'. And you, pergi keluarkan cookies and cupcakes kat belakang tu," Emma mengarah dua remaja itu. Dia malas mahu bersoal jawab lagi. Pantas kakinya di hal ke arah kaunter dan duduk di situ. Hafi dan Dan yang memang part-time di cafe nya pantas mengikut arahan Kak Lynn. Laju mereka berjalan mengambil tugas masing-masing.

Emma terus duduk di meja kaunter. Stress dan penat! Stress sebab sebesar-besar dunia ni, kenapa mesti Faizrul ke sini? Stess sebab bila dah terjumpa kali pertama, mesti akan 'ter'jumpa kali kedua dan seterusnya, tu yang paling dia nak elak!

Penat sebab perangai Hafi dan Dan. Dari pagi tadi membawa la sampai sekarang tak habis-habis soal dia pasal Faizrul. Ingat dia suka ke soalan tu? Eii benci tau tak! Aku punya nak lari dari dia, nak buang segala memori lama tapi... Arggghhhhh!!!

"Mama..." panggil Faid perlahan. Dia menghampiri mamanya yang duduk sendirian di kaunter. Emma yang tersentak mendengar panggilan anaknya pantas mematikan lamunan.

Melihat wajah Faid yang menghampiri, Emma tarik nafas panjang. Sampai bila dia nak rahsiakan kewujudan anak itu dari Faiz? Sampai bila si anak tak kenal bapanya sendiri? Keliru, haruskah dia berterus terang?  Perlahan, air mata menitik sayu di pipinya.

***

1192 words..

Tak tahu apa dah jadi dgn story ni.. Pelik dah jadinya huhuhu😂😂😂

Harap x bosan baca.. N please vote n comment ye..

TBC😘

Mr BisexualWhere stories live. Discover now