13 : Pada-Mu kuBersujud

3.4K 110 6
                                    

Faizrul duduk di celahan orang yang ada di masjid. Solat Isyak baru sahaja selesai. Jadi kebanyakan jemaah sudah mahu pulang. Dia pula masih belum terasa untuk mengangkat kaki dari rumah Allah ini. Dia terasa damai berada di masjid ini. Dia jumpa ketenangan bila dia ada di sini.

Faizrul pandang kiri dan kanannya. Rata-rata jemaah yang ada di masjid ini dari golongan orang yang sudah berusia. Susah benar nak lihat anak remaja berada di masjid, mendekatkan diri kepada Ilahi.

"Iz," tegur seorang pemuda menghampiri. Duduknya dilabuhkan berdekatan Faizrul. Faizrul tersenyum dan menghulur tangan menyambut kehadiran teman barunya itu. Hazril, ustaz yang dikenalkan Emma kepadanya.

"Macam mana?" tanya Hazril memandang temannya itu. Faizrul lepas keluhan. Dia menekup muka dengan kedua tangan.

"Ril, aku... Aku tak boleh," keluhnya lemah.

"Maksud kau, kau give up?" soal Hazril inginkan kepastian. Faizrul pandang Hazril. Takut-takut dia mengangguk. Hazril ukir senyum pada temannya itu.

"Sayang..." keluh Hazril. Tapi tak pula dia menyambung keluhannya. Sengaja dia membiarkan Faizrul tertanya-tanya.

"Apa yang sayang?" tanya Faizrul tidak sabar. Wajah Hazril dipandangnya dengan pandangan meminta jawapan. Hazril hanya pandang Faizrul sekilas sebelum dia kembali memandang jemaah yang masih berlegar di masjid. Sesekali Hazril mengangkat tangan membalas ucapan salam yang dihulurkan.

"Ye sayang. Kau tak rasa sayang ke? Allah bagi kau petunjuk, bagi kau hidayah supaya kau kembali pada-Nya tiba-tiba hanya kerana secebis ujian kecil, kau terus give up?" tanya Hazril. Keningnya diangkat-angkat menyoal teman barunya itu.

"Aku tak kuat, Ril," keluh Faizrul. Hazril tarik nafas dalam-dalam sambil pandang lelaki di sebelahnya.

"Kau cukup kuat, Faiz. Sebab tu Allah uji kau macam ni. Setiap orang yang ingin berubah memang akan diuji dengan kisah lampaunya. Kalau dia berjaya atasi, itu tandanya dia memang istiqamah untuk cari jalan Allah. Tapi kalau baru separuh jalan dia dah give up, sia-sialah usaha dia sebelum ni. Rugi sebab bukan senang Allah nak bagi hidayah pada hamba-Nya tapi bila dah dapat disia-siakan pula," nasihat Hazril. Faizrul pandang temannya yang duduk di sebelah.

"Kau ingat tak Faiz, masa mula-mula kau jumpa aku. Apa kau cakap pada aku? Kau nak berubah! Kau nak jadi Faizrul yang baru. Yang hidup dalam redha Allah bukan redha manusia. Habis tu, kenapa kau layan spekulasi yang berleluasa tu? Kau tahu kebenarannya. Allah tahu kebenarannya. Aku dan Emma yakin apa yang kau ceritakan tu kebenaran bukan dusta. Tak cukup ke sokongan tu?" terdiam Faizrul mendengar bicara yang keluar dari mulut Hazril.

"Aku pernah bagitahu kau. Aku bukan ustaz terkemuka jauh sekali pendakwah. Aku cuma ustaz sekolah KAFA. Tapi yang menjadikan aku sama macam kaus sebab aku cuba berjalan cari hidayah-Nya. Berusaha untuk istiqamah dengan keredhaan-Nya. Jangan putus asa, Faiz," bahu Faizrul ditepuk lembut.

"We never know what tomorrow brings. Allah Maha Mengetahui, Faiz. Pedulikan mulut-mulut manusia yang mengata. Tak kemana pun mereka akhirnya," nasihat Hazril lagi. Dia berharap Faizrul tidak berputus asa dengan rahmat dan ujian yang diberikan itu.

"Bila aku tengok balik keratan akhbar tu, aku baca komen-komen yang ada di FB, satu perkara je aku terfikir. Layak ke aku dapat keampunan Tuhan? Tu baru gambar aku dengan perempuan. Yang dengan lelaki? Nauzubillah, masih ada ke keampunan untuk aku, Ril?" air mata Faizrul tanpa dipinta menitis ke pipi. Hazril selesakan kerongkongnya yang terasa kesat dengan pertanyaan lelaki itu.

"Kau pernah dengar kisah Pembunuh yang membunuh 99 nyawa?" tanya Hazril bila keadaan sudah mula senyap sunyi. Faizrul yang menunduk tiba-tiba angkat kepala pandang lelaki itu. Melalui pandnagan mata, dia cuba sampaikan yang dia tidak pernah dengar tentang cerita itu.

Hazril tarik nafas sebelum memulakan bicara.

"Ada satu kisah tentang seorang pemuda. Dia ni dah membunuh 99 nyawa. Satu hari dia ingin bertaubat. Dia pun pergi jumpa rahib dan beritahu pasal keinginannya. Dia tanya rahib, bolehkah dosanya diampunkan. Rahib tu kata 'tak, sebab dosa kau terlalu besar'. Pemuda ni pun tak puas hati dan dia bunuh rahib tu menjadikan bilangan pembunuhannya 100 orang," Faizrul mendengar penuh khusyuk cerita yang Hazril sampaikan.

"Kemudian lelaki ni pergi bertemu seorang ulama dan tanya benda yang sama. Ulama ni pun kata Allah masih ampunkan dosa dia. Ulama ni pun suruh dia pergi berhijrah, hidup dengan orang-orang yang bertakwa dan jangan kembali ke jalan kemungkaran. Kau tahu apa yang jadi lepas tu?" Hazril sengaja bertanya untuk melihat kekusyukan Faizrul mendengar ceritanya. Faizrul geleng perlahan.

"Lelaki ini pun berhijrahlah menuju ke kawasan orang-orang yang bertakwa. Ditakdirkan Allah, dalam perjalanan ke perkampungan tu dia meninggal dunia. Malaikat rahmat dan malaikat azab berebut nak bawak dia pulang. Kau rasa siapa yang bawa dia kembali ke sisi Tuhan-Nya?" Hazril bercerita dan bertanya lagi. Faizrul kerut kening. Bibir yang kering dibasahkan sedikit sebelum menjawab soalan Hazril.

"Malaikat azab?" jawab Faizrul dengan pertanyaan. Hazril tersenyum. Keplanya digeleng memberi jawapan pada jawapan Faizrul.

"Malaikat Rahmat yang bawa dia pulang. Sebabnya sewaktu malaikat rahmat dan malaikat azab bertelagah, Allah datangkan seorang lagi malaikat untuk menyelesaikan masalah. Cara penyelesaiannya, mereka kena ukur jarak perjalanan lelaki tadi sama ada dekat dengan kemungkaran atau dekat dengan kebaikan. Setelah dikira, lelaki itu diterima ke dalam syurga sebab langkahnya lebih hampir dengan kebaikan. Kau tahu, dengan izin Allah lelaki tadi menghembuskan nafasnya lebih satu tapak je ke arah kebaikan," akhir cerita Hazril buat Faizrul terdiam. Dia merenung wajah lelaki disebelahnya.

"Satu tapak je, Faiz. Tapi Allah kira satu tapak tu, Allah balas dengan ganjaran pahala. Cuba kau bayangkan kalaulah tengah-tengah dia berjalan tu, dia berpatah balik kebelakang dan ditakdirkan Allah dia meninggal. Kau tak rasa ke dia akan dibawa oleh malaikat azab?" Faizrul telan liur. Hazril masih lagi tersenyum manis di sisinya.

"Kau tahu kenapa aku cerita kisah ni pada kau?"

"Kau nak aku terus cari redha Allah, kan?" setelah lama diam, barulah Faizrul bersuara. Hazril tersenyum dan mengangguk.

"Ya betul. Tapi yang lebih tepat, aku nak kau nampak yang Allah tu memandang usaha kau untuk berubah walaupun sekecil-kecil usaha. Jangan pernah pandnag semula jalan hitam tu, itu cuma nikmat dunia. Terus melangkah ke jalan kebenaran, jalan yang mendekatkan diri kau dengan Tuhan," Faizrul mengangguk menghadam nasihat Hazril. Hazril kerling jam dipergelangan tangannya.

"Eh dah lewat ni,  jom la balik. Ralit pula kita ni bersembang. Dah tidur agaknya anak bini aku dekat rumah," Hazril mengajak Faizrul pulang. Faizrul mengangguk mengekori langkah Hazril keluar dari ruang solat. Sebelum keluar, mereka memastikan lampu dan kipas dimatikan terlebih dahulu.

"Ingat, walau sejuta orang merendahkan kau, Allah sentiasa nampak usaha kau," ucap Hazril sebelum berpamitan.

***

Mampu 1068 words je.. 😢😢😢

Harap-harap chapter ni tak hambar la ye..  Dan boleh diterima semua. Maaf kalau ada bahagian yang menyinggung perasaan sesiapa. Kalau rasa x kena, feel free to comment..😉

Jumpa lagi dlm next entry ye.. 😘

TBC..

Mr BisexualWhere stories live. Discover now