11 : Kisah Semalam

5.2K 102 3
                                    

Emma pandang lelaki di depannya. Dia ingat dulu dia ada tekad dalam hati untuk tidak menghampiri lelaki itu. Tapi sekarang entah apa yang membuat tekadnya hilang, malah dia jadi lebih rapat dengan lelaki di hadapannya kini.

Faizrul hanya diam memandang Emma yang ralit merenung wajahnya. Entah apa yang Emma fikirkan saat ini. Faizrul tersenyum nipis saat mindanya tanpa dipaksa merenung kisah lepas.

"Kenapa senyum?" soalan Emma mengembalikan Faizrul ke dunia nyata. Faizrul pandang luar memerhatikan cafe yang mula dipenuhi orang.

"Saja. Tak salahkan senyum. Lagi pun senyum tu kan sedekah," balas Faizrul buat Emma mencebik. Ish lelaki ni ada saja alasannya, dengus Emma kegeraman.

"Awak kata nak cakap dengan saya. Cakaplah cepat. Saya banyak kerja lagi ni nak buat. Dah la cookies pun tak siap bakar lagi. Nanti kalau habis, tak ada stok," Emma membebel. Faizrul yang duduk santai di kerusinya di pandang geram. Lelaki itu masih belum mahu buka mulut tentang pertemuan mereka pagi ini.

"Saya dah suruh Helina ganti awak baking cookies tu. Tak payah risau, duduk je sini dengar saya nak cakap," arah Faizrul sedikit tegas. Emma hela nafas berat. Ei lah lelaki ni, nasib baik big bos tau, kalau tak dah lama aku hayunkan.

"Awak nak cakap apa?" soal Emma ingin tahu. Dari tadi dia penasaran. Mana taknya, dah dekat setengah jam dia duduk dalam bilik majikannya ini sejak Faizrul bagitahu yang dia ada benda nak cakap dengan Emma tapi sampai sekarang tak ada sebutir pun benda yang Emma rasa penting keluar dari mulut lelaki itu.

"Awak tau kan saya bisex?" soal Faizrul selepas menarik nafas dalam-dalam. Emma tersentak dengan persoalan lelaki itu. Dia mengangguk perlahan.

"Apa tanggapan awak pada saya?" soalnya lagi penuh dengan perasaan ingin tahu. Emma kerut kening. Dia tak tahu nak mula dari mana. Perlahan-lahan Emma hembus nafas. Harap-harap susunan ayatnya kejap lagi betul.

"Mula-mula saya syak je yang awak ni bisex. First time kita jumpa masa Ben langgar saya, masa tu saya terdengar awak panggil dia 'sayang'. Masa tu saya cuma anggap awak gay," Faizrul diam tidak menyampuk. Dia mengangguk tanda menyuruh Emma menyambung bicaranya.

"Kali kedua kita jumpa waktu dekat shopping mall. Masa tu awak dengan seorang bimbo mana entah. Yang saya tahu, last sekali saya nampak...errr...awak...errr," tergagap-gagap Emma nak menyambung ayatnya. Tak tahu apa perkataan yang sesuai digunakan.

"Oh...waktu awak stalking saya tu ke? Saya tahu yang tu," merah muka Emma mendengar perkataan 'stalking'. Mana ada aku stalk dia.

"Mana ada saya stalk awak. Saya ternampak la," Emma menafikan tuduhan Faizrul buat lelaki itu tergelak suka.

"Cik Emmalin, ternampak tu kalau sekali imbas. Tapi kalau dari butik Bvlgari tu awak ikut saya, tu bukan ternampak namanya. Tu terintip," sengaja Faizrul tekankan perkataan intip. Merah muka Emma bila tahu Faizrul sedar yang dia mengekori lelaki itu.

"Aw... Awak tahu?" tergagap lagi Emma menuturkan soalan. Faizrul tergelak bila tengok Emma jadi tak senang duduk.

"Siapa saja akan sedar bila awek comel follow dia," hasil jawapan Faizrul, makin merah wajah Emma jadinya. Emma telan liur waktu tengok wajah ceria Faizrul. Wah, hensemnya!

"Dah la tu. Stop la gelakkan saya," Emma paksa Faizrul berhenti gelak. Tapi bukannya berhenti lelaki tu malah makin galak pula dia gelakkan Emma bila wajah gadis tu makin membahang.

"Eiii, awak ni kan!" marah Emma manja. Faizrul masih lagi mengilai gelak membuatkan hati Emma makin panas.

"Okay-okay, cut the crap. Sambung cerita awak," Faizrul berkata bersama sisa tawanya. Emma sudah cemberut dipandang bersama senyuman nipis.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now