38 : Majlis Resepsi

3.2K 71 0
                                    

Dua minggu lepas majlis di rumah Mak Lina, tiba pula hari majlis resepsi di Kuala Lumpur. Emma baru saja tiba pagi tadi di rumah mama dengan Mak Lina, Dan dan Hafi. Suaminya dah balik KL sehari lepas majlis di pulau.

Sibuk sungguh lelaki itu. Sibuk menguruskan dewan, katering dan juga press conference. Bukan tak percaya pada pembantu-pembantunya tapi Faizrul lebih suka campur tangan dalam urusan majlisnya itu. Dia mahu majlis itu jadi sesempurna mungkin.

Sehari bergelar isteri, Emma ditinggalkan lagi. Tapi Emma tak kisah sebab dia sendiri yang tak mahu ikut balik ke KL. Katanya saja nak rasai perasaan berjauhan dengan suami sendiri.

Dan nyata mereka sama-sama tak kuat bila berjauhan. Telefon Emma langsung tak lekang dari tangannya. Whatsapp dan mesej menjadi penghubung mereka berdua. Setiap malam, pasti Faizrul akan hubunginya bertanyakan khabar dan rutin hariannya. Malah ada ketika, mereka itu akan berfacetime. Rindu nak tatap wajah kesayangan, katanya.

Dua minggu yang menyiksakan dan mendebarkan akhirnya tamat. Ingatkan sesampainya Emma ke rumah mama siang tadi, lelaki itu ada menunggunya tapi mama kata Faizrul dah ke hotel terlebih dahulu. Memastikan kecukupan majlis untuk kali terakhir. Emma akur, terpaksa menunggu lagi untuk bertentang mata dengan suami tercinta.

"Mak, baju ni ketat la dengan Lynn. Lynn dah gemuk ke?" adu Emma pada Mak Lina yang kebetulan turut sama berada dalam bilik persalinannya. Mak Lina pandang anak angkatnya itu.

Ya baju pengantin berwarna kelabu itu nampak ketat dan sendat di badan Emma. Bukan itu saja, kainnya juga agak jarang di bahagian tangan dan dada. Tak sesuai untuk Emma yang memakai tudung.

"Betul ke ini baju pengantin Lynn dengan Faiz? Mak tengok tak sesuai langsung dengan penampilan Lynn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Betul ke ini baju pengantin Lynn dengan Faiz? Mak tengok tak sesuai langsung dengan penampilan Lynn. Jarang baju ni," tanya Mak Lina. Pelik pula dia melihat penampilan anak angkatnya itu.

"Entah la mak. Lynn pun tak tahu sebab Faiz yang uruskan semua ni. Mak, kalau salah macam mana? Lynn nak pakai baju apa?" Emma mula tak tentu arah. Lengan ibu angkatnya digoyang perlahan-lahan.

Kenapa mak macam tak kisah. Tak gabra pun baju pengantin aku salah.

"Mak rasa ni bukan baju kamu ni. Ermm, kalau salah tak naik pelamin la kamu," tenang Mak Lina bersuara. Sedangkan Emma dah nak meraung dalam bilik persalinan itu. Salahnya juga, mengharap 100% pada suaminya. Sedangkan dia tahu lelaki itu sibuk dengan keseluruhan majlis.

"Eh Emma, kau tak siap lagi ke?" Sarah yang bakal menjadi pengapitnya bertanya pelik. Dia pandang Emma yang dah ada tanda-tanda nak menangis.

"Baju apa kau pakai ni?"

"Baju pengantin aku la. Tapi..."

"Siapa kata ni baju pengantin kau?" ucapan yang terbit dari mulut Sarah buat Mak Lina lepas gelak perlahan. Emma pandang ibu angkatnya dengan riak wajah kebingungan.

"Mak..."

Belum sempat Emma bertanya lebih-lebih, Kak Tina mak andam yang diupah Faizrul masuk bersama sehelai baju biru yang cukup indah.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now