31

3K 72 9
                                    

triple update today? Yay or nay?
Hahaha
Enjoy ye.. Maaf kalau hambar 💋

***

"Astaghfirullahalazim..." mengucap panjang Faizrul sebaik saja Ben selesai bercerita. Dia merenung lelaki yang terbaring itu dengan riak tidak percaya.

"I can't believe it, Ben. Sampai macam tu sekali kau berdendam dengan kami. What... What... arghh!!" hilang kosa kata Faizrul bila emosinya diselubungi rasa marah. Dia bersandar kasar ke kerusi yang didudukinya. Ben diam tak berkutik.

"Berdosa ke aku nak kembali kepada fitrah? Salah ke Emma sebab dia tolong aku? Sampai macam ni korang buat, umpama kami ni tak de maruah diri," Faizrul pandang wajah Ben dari celahan jarinya yang menampung wajah. Keluhan berat dilepaskan.

"Aku berdosa Faiz. Sumpah aku berdosa. Aku nak bertaubat, aku nak mohon ampun. Tapi ada ustaz bagitahu aki, dosa sesama manusia hanya manusia yang layak memaafkan. Sebab tu aku nak sangat jumpa korang berdua. Aku nak minta ampun, aku tak nak mati dalam keadaan berdosa," lirih suara Ben menyapa pendengaran Faizrul.

"Untuk aku maafkan kau, mungkin boleh. Bukan sekarang, tapi in shaa Allah aku cuba maafkan kau. Tapi Emma, aku tak rasa Ben. Kau dan Hanny buat dia tak ubah macam pelacur!"

"Aku dihasut dengan perasaan marah Faiz. Aku tak fikir panjang. Kalau boleh aku melutut merayu, aku sanggup Faiz. Kalau kau nak aku cium kaki kau dan Emma pun aku sanggup asalkan korang maafkan aku," air mata mula merentasi pipi Ben. Faizrul lepas nafas kasar.

"Aku tak minta kau melutut depan kami. Aku tak minta kau sujud pada kami. Tu perbuatan yang kau boleh buat pada Tuhan sahaja. Aku bukan Tuhan, malaikat pun bukan. Sebab tu berat untuk aku maafkan kau. Aku tak semulia nabi yang mampu maafkan orang yang menghina baginda. Aku insan biasa, Ben. Ada cacat dan cela. Apa yang kau buat pada kami berat untuk aku terima Ben. Kau hampir pengaruh aku dengan dadah, kau rosakkan bisnes aku, kau buat macam-macam supaya aku jatuh, tak mudah untuk aku maafkan kau Ben," balas Faizrul perlahan bersama keluhan. Ya, dia manusia biasa. Mana mungkin sekelip mata dia mampu maafkan apa yang Ben buat padanya.

"Aku faham Faiz. Kalau aku pun, mungkin sampai mati aku tak maafkan si pelaku tu. Tak pe Faiz, kau sudi dengar cerita sebenar dari mulut aku pun cukup untuk aku," sayu senyuman Ben menyapa mata Faizrul. Lelaki itu diam dikerusinya.

"Kau yakin kau bertaubat ni bukan semata-mata sebab kau sakit?" soal Faizrul selamba bila suasana mulai senyap. Ben tersentak. Dia pandang lelaki disebelahnya.

"In shaa Allah, tak," balas Ben tenang. Faizrul senyum nipis dengan kepala yang dianggukkan. Baguslah begitu. Di dunia ini, ramai orang yang bertaubat tapi taubatnya hanya melepaskan batuk ditangga. Selesai semua masalah, hilang semua sakit, dia kembali melakukan kejahilan semua. Astaghfirullah, semoga kita tak tergolong dalam kalangan begitu.

"Kau yakin malam tu cuma Angus yang sentuh Emma? Tak ada orang lain?" tanya Faizrul tiba-tiba. Dia perlu tahu benda itu. Dia perlu tahu bapa kandung anaknya.

"Aku yakin sangat. Sebab budak-budak aku semua dah balik lepas aku halau. Yang ada pun si Angus tu sebab dia tunggu Hanny settle kerja dia,"

"Hanny settle kerja apa?" tanya Faizrul blur. Ben di atas katil pesakit gelak menggila.

"Kau ni, aku tahu Emma dah balik pulau tapi tak payahlah penyakit blur kau berpanjangan sangat," kutuk Ben. Faizrul kecilkan mata geram dikutuk selamba lelaki itu.

"Kalau dah lelaki dengan perempuan tengah high dengan nafsu, kerja apa lagi kau rasa?" bicara Ben kembali serius. Faizrul terlopong.

"Kau... Kau??"

Mr BisexualWhere stories live. Discover now