9 : He's Mine!

5.1K 103 2
                                    

Hanny menurunkan cermin matanya ke paras hidung. Dua figura yang baru melintas di hadapannya buat dia getap gigi geram.

"Patut la you dah tak layan I. Dah jumpa betina lain rupanya. Tak guna you,  Iz," Hanny membebel sendirian. Dia memerhatikan dua figura itu dengan perasaan amarah yang menggunung.

Telefon bimbit di dalam beg dikeluarkan. Beberapa kali menekan skrin, telefon diletakkan di tepi telinga.

"Hello," suara garau menyambut panggilannya.

"It's me," Hanny bersuara senada.

"You nak apa?"

"Siapa perempuan tu? " tanya Hanny kasar. Sudah beberapa hari dia mengekori Faizrul, sejak lelaki itu memutuskan hubungan mereka. Jadi dia tahu siapa yang selalu bersama dengan Faizrul dua tiga hari kebelakangan ini.

"Perempuan mana pula you ni?" suara disebelah sana kedengaran bingung.

"You jangan main bodoh la, Ben. You kan best friend Iz, takkan you tak tahu dengan siapa dia keluar sekarang ni," suara Hanny naik tinggi.  Geram dengan nada suara Ben yang kebingungan itu.  Bingung konon, padahal tolong sembunyikan kebenaran. Getus hati Hanny geram.

"Oh pasal Iz ke?" nada suara Ben berubah ceria. Bila Hanny dah tanya,  tandanya Hanny dah nampak Faizrul dengan perempuan kampung tu. Maksudnya peluang aku untuk balas dendam akan jadi lebih tinggi.

"Kalau you nak tahu, tu la girlfriend baru dia," Ben reka cerita. Dia tahu Hanny pasti akan percayakannya. Yelah selama ini Ben dikenali orang ramai sebagai kawan baik Faizrul, jadi takkanlah 'kawan baik'nak menipu pula, kan.

"You biar betul?" Hanny terkejut dengar kata-kata Ben. Dia masih memerhati Faizrul yang berada tidak jauh dari tempat keretanya di parking.

"Pernah ke I tipu you? Dan untuk apa I nak menipu? Apa faedahnya..." Ben bersuara tenang.  Senyuman sinis terukir jelas dibibirnya saat ini.

"So, perempuan nilah punca dia nak putus dengan I. Tak guna punya betina, perampas!" carut Hanny. Gadis yang sedang bergelak ceria dengan Faizrul dipandang dengan pandangan meluat. Gedik! Getus hatinya.

"Ya, perempuan tu la yang rampas Iz dari kita... Eh silap, dari you," Ben tergelak kecil di akhir ayatnya. Masih belum masanya untuk dedahkan personaliti rahsia Faizrul itu. Perjalanan masih panjang. Dia harus reka pembalasan dendam itu dengan teliti, bukan terburu-buru begini.

"I guess Iz jauhkan diri dari you?" Hanny tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri. Kedengaran Ben merengus kegeraman.

"Of course, semua benda kena dahulukan perempuan tu. I yang dah be friend dengan dia bertahun-tahun ni kena campak tepi," Ben sambung reka ceritanya. Dia dengar Hanny tergelak, dia tahu Hanny gelakkan cerita rekaannya.

"Tak sakit hati ke?" Hanny bersuara sinis. Kalaulah Ben ada depan matanya saat ini, mahu dah berguling-guling dia gelakkan Ben. Itulah dulu bangga diri, bila Iz sellu lebihkan dia berbanding girlfriend-girlfriend lelaki itu. Sekarang ni,  Ben pula yang kena tinggal bila lelaki tu dapat si gadis murahan.

"Tak lama lagi putus la diorang tu," Ben bersuara tenang. Hanny kerut kening. Ben dah ada strategi ke?

"You plan nak buat apa?"

"Mana ada I plan apa-apa. I kenallah Iz tu,  mana pernah nak couple dengan perempuan lama-lama. Playboy Malaya tu," Ben berahsia. Dia tak mahu Hanny tahu rancangannya sebelum perempuan itu setuju bekerjasama dengannya.

"I tak kira, I akan pastikan perempuan tu dapat balasan yang sesuai dengan dia. Dasar perampas!" herdik Hannya lantang.

"If you need anything, you know how to find me," Ben cuba memancing perhatian Hanny. Dia perlukan bantuan Hanny untuk membalas dendam. Hanny ada apa yang dia perlukan untuk menjatuhkan Faizrul sekarang ini, iaitu kuasa dan penyiaran majalah terkenal.

Hanny dihujung talian diam. Menimbang-nimbang pro and cons cadangan Ben. Ben kenal Iz dah lama, mesti Ben banyak informasi pasal Iz dan perempuan tu. Kalau tak pun Ben ada private investigator dia sendiri, mesti boleh guna untuk dapatkan maklumat. Hanny tersenyum sendiri.

"Ok, I letak dulu. Ada banyak kerja nak settle kan," Ben berpura-pura hendak berpamitan. Dia mahu jawapan yang cepat dari Hanny jadi ini cara yang terbaik.

"Ben, bagi information pasal perempuan tu. I akan beri apa yang you nak," laju Hanny bersuara sebelum Ben sempat putuskan panggilan. Dia perlukan rakan sekongkol dan lelaki itu memudahkan dia dengan persetujuannya.

Gadis yang baru melangkah masuk ke kedai cenderamata itu dipandang penuh kebencian. Tunggu kau perempuan, kau akan dapat apa yang sepatutnya kau dapat.  He's mine!

Ditalian sebelah sana,  Ben tersenyum penuh makna. You will know the meaning of revenge, Iz. You are mine! Forever mine!

***

Chapter ni pendek je.  Tak tahu macam mana nak buat cerita pasal si penjahat ni,  hehehe..

Ok,  masing-masing dah mengaku Faizrul diorang punya.. Macam mana ni.. Huhuhu

Tunggulah next chapter ye, siapa pemilik hati Mr. Bisexual ni..

Anyway, terima kasih pada yang sudi baca cerita ni. Sesungguhnya, cerita ni tak ada kaitan dgn sesiapa! Cerita ni tak ada mature content cuma mature language ada sikit.. Kalau tak suka, jangan kecam.. I'm just writing what in my mind..

Sekali lagi, TQ.. 😘

As always, TBC..

Mr BisexualWhere stories live. Discover now