27

2.8K 77 0
                                    

Emma merenung Faid yang sudah lena di atas katil queen dalam bilik tetamu rumah mama Faizrul. Air panas mula bergenang ditubir matanya. Kebenaran yang diceritakan Ben mengoyak hati yang sudah sedia hancur.

Entah dari mana datang satu perasaan halus, dia terasa jijik dengan dirinya. Air mata yang mengalir perlahan mula deras. Dia pandang Faid yang ada di sisinya dengan perasaan bercampur baur.

"Argghhh!" Emma menjerit melepaskan tegangan dijiwanya. Entah apa yang merasuk dirinya, dia segara bangun menjauhi Faid yang lena di atas katil. Dia duduk sendirian di sudut bilik. Menangis mengenangkan keadaan diri, serta merta dia memukul badannya seperti membersihkan diri dari kotoran. Badan dipukul kuat, sesekali dia menarik rambutnya bersama esak tangis yang makin kuat.

"Mama... " lembut suara Faid menegur. Si kecil itu menggosok mata yang baru tercelik. Perlahan turun dari katil menghampiri si ibu yang sedang mengasingkan diri.

"Tepi! Jangan dekat dengan aku!" Emma menjerit persis histeria. Tangan digawang menjauhkan Faid dari dirinya.

"Mama... " Faid yang melihat keadaan mamanya serta merta menangis. Takut dan sayu melihatnya.

"Emma?" panggil Faizrul. Emma pandang lelaki yang memanggil namanya itu. Si kecil Faid ada di dalam pelukan lelaki itu.

Emma terasa kepalanya diusap perlahan. Usapan yang menenangkan jiwanya yang berkecamuk.

Racauannya mula hilang.

***

Faizrul masih belum dapat melelapkan mata. Dia tak mampu berhenti memikirkan apa yang diberitahu Ben sewaktu mereka menziarah lelaki itu tadi. Apakah itu kebenaran? Kalau benar apa yang diceritakan lelaki itu tadi, ertinya...? Ya Allah, air mata lelakinya mengalir perlahan membasahi pipi.

Sedang dia termenung memikirkan ke mana hala hubungannya dengan Emma selepas 'kebenaran' itu dicerita Ben, dia terdengar suara Emma mengongoi. Terkedu Faizrul dibuatnya. Dia berjalan menghampiri bilik tetamu yang didiami dua beranak itu.

Baru dia berkira-kira sama ada hendak membuka pintu atau tidak, dia terdengar jeritan Emma disusuli esak tangis Faid. Tak fikir panjang, Faizrul terus menerpa masuk ke bilik tetamu itu.

Terkejut dia melihat Emma yang duduk di sudut bilik dengan kepala dilututnya dan tangan menggenggam erat kepala. Faid pula menangis teresak-esak di sudut katil, mengharap perhatian ibunya tapi tak berani menghampiri.

Sayu hati Faid melihat keadaan Emma dan anaknya itu. Keadaan itu mengingatkan dia dengan kenangan lamanya.

"Emma," panggil Faizrul setelah dia menghampiri Faid dan memeluk erat si kecil itu. Dia perasan kepala Emma terangkat sedikit tapi masih belum dialihkan dari lututnya.

Bukan niatnya untuk menceroboh privasi wanita itu apatah lagi perasan wanita itu tidak menutup auratnya dengan sempurna, tapi perlahan-lahan dia menghulur tangan. Mengusap lembut kepala wanita itu, berniat menenangkannya.

Melihat Emma yang semakin tenang, Faizrul melepaskn keluhan lega.

Ya Allah, permudahkan urusan kami. Bantu kami redha dengan takdir yang telah tertulis ini. Doanya sendiri.

***

434 words only!

Pendek je.. Kebenaran yang dicerita Ben? Episod depan kita rungkai ok.

Sorry hambar.. ☺

Feel free to vote and comment..

Till then, TBC..

Mr BisexualWhere stories live. Discover now