Laju Faizrul berlari diperkarangan hospital. Dia mencari zon kecemasan. Agak jauh tempat dia meletakkan kereta dengan zon kecemasan itu.
"Faiz," suara lembut menyapa pendengarannya. Baik-baik kedengaran sebenarnya.
"Emma..." panggil Faizrul. Serta merta air mata yang bertakung tadi kembali mengalir.
"Saya takut, Iz..." esak Emma. Pantas Faizrul tarik wanita itu dalam pelukannya. Bukan niat nak mengambil kesempatan, tapi dia tak tahu lagi bagaimana nak menenangkan wanita itu.
"Hushh.. Janganlah menangis macam ni, Emma. In shaa Allah tak ada apa-apa tu. Doa yang baik-baik. Doa seorang ibu tukan tak ada hijabnya," nasihat Faizrul lembut. Dia memujuk Emma walhal dalam hatinya sama cemas seperti wanita itu. Tak mahu apa-apa yang buruk terjadi pada anaknya. Biarlah pada hakikatnya Faid bukan anak dia, tapi kasih sayang buat Faid tak dapat disangkalnya lagi. Faid dan Emma segala-galanya buat dia.
"Penjaga Durar Faid Bin Abdullah," panggil seorang doktor membuatkan Faizrul melepaskan pelukan dan memimpin tangan Emma menghampiri doktor tersebut.
"Kami ibu ayah Faid," Faizrul memperkenalkan diri. Doktor wanita itu tersenyum manis.
"Alhamdulillah, mujur puan dan encik cepat bawa Faid ke hospital. Kalau tidak, mungkin dia akan diserang sawan dan sawan sewaktu demam panas, bukan sesuatu yang kita mahukan. Kami dah pantau suhu Faid, dah mula menurun. Kalau semuanya okay, kami akan pindahkan dia ke wad kanak-kanak. Encik dan Puan tunggu dulu, apa-apa nurse kami akan update," Faizrul melepaskan nafas kelegaan mendengar bicara doktor. Syukur sungguh dia bila doktor perjelaskan yang anaknya tidak ada apa-apa.
Selesai pertukaran wad, Faizrul duduk santai disofa hospital itu. Mulanya doktor hanya nak tukar ke wad biasa, maklumlah mereka bukannya ada keistimewaan untuk menggunakan wad kelas satu atau dua, bayaran pun pasti berganda lebih mahal tapi Faizrul yang bertegas untuk meletakkan anaknya dalam wad kelas satu. Kata Faizrul senang untuk dia dan Emma sama-sama menjaga anak manja mereka itu.
"Saya takut sangat tadi. Kalau apa-apa jadi pada Faid memang saya tak maafkan diri sendiri," Emma bersuara sayu. Dia memandang Faid yang duduk bertentangan dengannya.
"Dahlah sayang, don't think too much. Anak kita dah selamatkan. You did a great job, you know. You bawa Faid ke hospital sebaik saja you tahu his body temperature getting higher. You selamatkan Faid dari segala kemungkinan, tau. You should be proud of yourself," pujuk Faizrul. Emma yang mendengar bicara lelaki itu tersenyum kecil.
Faid yang masih terbaring lesu dipandang penuh kasih.
"He miss you. He miss you so much. Setiap hari dia tanya bila awak nak datang jumpa dia. And getting worse bila dia mula fikir awak dah tak sayangkan dia,"
"Ya Allah, tak pernah walau satu saat saya lupakan awak dan dia, Emma. Dia anak saya. Tak kira apa kebenarannya, Faid anak saya. Dunia akhirat! Takkan saya nak buang anak saya?"
Faizrul raup wajahnya. Dia memandang Emma dan Faid silih berganti. Sayang dalam dadanya makin memuncak.
"I know I'm not contacting you for this whole week tapi bukan bermakna saya hilangkan diri. Saya dah kata saya tak nak kehilangan awak dan Faid, takkan saya pula nak berpaling dari korang berdua, sayang," Emma yang menunduk segera angkat kepala bila dengar panggilan sayang dari mulut Faizrul. Bukan sekali dia dengar tapi dah berkali-kali. Dan setiap kali panggilan itu terkeluar dari mulut Faizrul, setiap kali itu juga jantung Emma tak tentu arah.
"Where have you been? Jangan kata saya tak cuba contact awak. Everytime saya call, semua masuk voicemail. You rejecting my call. Kenapa Faiz?" Emma memohon penjelasan. Faizrul terdiam.
YOU ARE READING
Mr Bisexual
RomanceHighest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan utk 1st timer mcm sy...) Pertemuan pertama buat Emma kaku. Lelaki tu hensem tapi.. GAY?? Aduh, sedaya...