6 : Ben

5.4K 128 0
                                    

Faizrul bersandar malas di kepala katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faizrul bersandar malas di kepala katil. Belum sempat dia hendak mencapai buku yang diletakkan di meja tepi katil, telefonnya menjerit-jerit minta diangkat. Faizrul berdecit perlahan sebelum mencapai Iphone 6+ miliknya itu. Nama di skrin dibaca sekilas sebelum telefon itu diletakkan kembali ke tempat asalnya.

Buku dicapai dan bahagian bertanda dibuka. Belum sempat bacaannya cecah dua baris, sekali lagi telefonnya berdering minta diangkat. Faizrul lepas keluhan. Nampaknya si pemanggil memang tak berputus asa. Faizrul biar telefon iti diam sendiri.

Tapi lain pula jadinya bila telefon putih itu asyik berdering tak berhenti. Konsentrasi bacaan Faizrul menghilang gara-gara bunyi telefon yang berterusan tanpa henti. Baru berkira-kira nak mengangkat, pintu biliknya pula diketuk kuat.

"Iz...Iz..." laung si pemanggil dari sebalik pintu. Faizrul melangkah malas membuka pintu. Wajah mamanya menampar tubir mata.

"Kenapa ma?"

"Iz okey tak? Dari tadi mama tengok Iz terperuk je dalam bilik. Iz ada masalah ke?" Tanya Puan Indah prihatin. Faizrul tersenyum manis dan mengukir wajah ceria di hadapan mamanya.

"I'm fine, ma. Don't worry. Cuma penat sikit je. Maklum la nak uruskan 2 bisnes, bukan senang," balas Faizrul beralasan. Pua Indah mengangguk perlahan. Tepi kepala anaknya dipegang dan diusap lembut.

"Ye la, kalau macam tu Iz rehatlah. Mama cuma risau je sebab Iz tak keluar-keluar dari lepas makan malam tadi. Mama ingat Iz ada masalah," Faizrul mengangguk bersama senyuman. Cuba menenangkan hati mamanya.

"Mama masuk bilik dulu. Iz rehatlah ye. Lagi satu, telefon tu kalau tak nak diangkat, silent kan la sayang. Bingit telinga mama dengar dari tadi dok berdering-dering," serentak dengan itu, Puan Indah berlalu meninggalkan Faizrul termangu di muka pintu.

Melihat kelibat mamanya yang sudah hilang disebalik pintu bilik, Faizrul berlalu ke katilnya selepas menutup pintu biliknya. Faizrul menghela nafas lemah. Telefon bimbit yang baru 2 minit berhenti menyanyi, kini kembali memainkan lagu rancak.

"Tak tahu penat ke dia ni?!" Bentak Faizrul geram. Skrin telefon diusap untuk mengangkat panggilan.

"Hello," Faizrul bersuara malas.

"You pergi mana, ha? Berpuluh kali I call you, sekarang baru you angkat?" Suara garau ditalian sebelah kedengaran marah. Faizrul mendengus marah.

"Kalau dah tak angkat, tak payahlah sibuk nak call," Faizrul membalas sama nada. Ingat dia sorang je marah, aku pun marah jugak la.

"What's wrong with you, ha? Tak habis-habis nak cari pasal dengan I. Kalau tak buat I marah, tak boleh ke?" Suara lelaki itu membentak lagi.

"Ben, kan I dah kata kita tak ada apa-apa dah. It's over, Ben. Tolong la faham," Faizrul sudah hilang sabar. Suaranya mula meninggi. Sesak kepalanua dengan perangai lelaki itu.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now