Cafe & Bakery yang dijalankan Emma beroperasi seperti biasa. Emma memandang ke satu sudut bakeri, senyumannya serta merta muncul.
Awal pagi lagi Faizrul sudah muncul di depan kaunter bayarannya. Bila ditanya apa yang dia mahu, lelaki itu memesan Chocolate cream puff dan fresh orange. Dan sudah hampir dua jam di sini, lelaki itu hanya sesekali meneguk fresh orang yang dihidangkan Emma sedangkan chocolate cream puff yang dipesannya tak diusik langsung.
Sewaktu mengira bil pelanggan, matanya terancap pada cincin lamaran Faizrul padanya semalam. Serta merta hatinya bungkam. Faizrul nak balik KL hari ni. Entah kenapa hatinya sayu. Nak berjauhan pun rasa tak mampu.
"Hey girl, kenapa termenung jauh sangat ni?" suara garau itu menegurnya. Serta merta Emma memandang lelaki yang berdiri tegak di hadapannya.
"Nothing. Ehemm... Awak nak balik dah ke?"
"Kalau ya, kenapa?" sengaja Faizrul menguji. Dia tersenyum nipis. Emma hanya menundukkan kepala, tidak mampu menjawab persoalan itu.
"Jom lunch," ajaknya bila lihat Emma diam tak bersuara.
"Sekarang?"
"Yes sayang, cuba tengok jam tu. Dah nearly 1 kan?"
"Faid mana?" tanya Faizrul berkenaan anaknya. Emma yang sedang mengemas beg tanggannya terhenti.
"Dekat rumah mak la,"
"Kita pick up dia dulu baru pergi lunch boleh. Nak lunch dengan my son and wife-to-be saya ni," pipi Emma serta merta merah mendengar bicara Faizrul. Perlahan dia angguk kepala.
Sebelum keluar sempat dia pesan pada Hafi supaya gantikan dia di kaunter. Hafi pun apa lagi, menggiat dia la jawabnya. Kemain lagi budak kecik tu dok angkat-angkat kening dengan senyuman nakal. Emma macam nak piat-piat je telinga si Hafi dan Dan waktu tu. Nasib dah sayang macam adik sendiri.
"Jaga kedai. Huru hara kedai ni bila akak balik nanti, siap korang berdua ekk?" Hafi dan Dan buat tak peduli. Bukan diorang takut pun dengan kakak diorang tu. Dah kalau saiz Emma lagi kecik dari budak berdua tu, tang mana nak takutnya?
Pekerja Emma boleh tahan ramai tapi dia lebih percaya pada Hafi dan Dan. Mereka antara orang-orang terawal yang dia kenal. Hafi, yalah anak Mak Lina kan? Dan pula selalu sangat melepak dekat rumah Hafi sampai dia pun rasa selesa dengan budak tu. Kalau nak ikutkan dulu dia rapat juga dengan Hanif, abang Hafi tapi sebabkan luahan perasaan lelaki tu Emma rasa janggal dan perlahan-lahan hubungan mereka jadi renggang.
Mana taknya, waktu tu Emma dah la tengah emosi lagi tentang Faizrul dan Faid. Saat tu dia rasa lelaki ni tak boleh lebih dari seorang kawan, sebab lelaki suka ambil kesempatan. Masa tu juga la Hanif nak luahkan perasaan, memang terang-teranglah kena reject. Tapi Emma masih lagi layan lelaki tu macam abang cumanya Hanif yang menjarakkan hubungan mereka menyebabkan Emma rasa janggal.
"Emma, awak nak pergi mana tu?" soalan Faizrul menyentak Emma yang hanyut dalam lamunannya.
"Balik rumah mak la," jawabnya polos.
"Jalan kaki?"
"La... Dah kenapa? rumah mak bukan jauh pun dari sini,"
"Habis, tu..." Faizrul memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah kereta mewahnya yang tersadai elok di parkir depan kedai Emma.
Emma tepuk dahi perlahan. Macam mana la dia boleh lupa.
"Tak baik tepuk dahi, sayang. Dah, jom..."
Emma menghampiri kereta lelaki itu dan memboloskan diri ke dalam sebaik saja kunci dibuka.
Dia perhati Faizrul disebelah. Ceria sungguh wajah lelaki tu, tak sedih ke nak tinggalkan dia dan Faid di pulau ini?
YOU ARE READING
Mr Bisexual
RomanceHighest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan utk 1st timer mcm sy...) Pertemuan pertama buat Emma kaku. Lelaki tu hensem tapi.. GAY?? Aduh, sedaya...