21 : Hentikan Waktu

3.2K 78 2
                                    

Sorry, terpaksa unpublished sebab salah nama anak 😭😭😭 Ni publish balik.. Sorry segala kesilapan harap dimaafi...
***

4 Tahun Kemudian...

Emma merenung jauh ke tengah laut. Matanya memerhatikan ombak yang menghempas pantai namun mindanya jauh dibawa angin lalu. Sejak berpindah ke sini, Emma seakan jadi orang baru. Lebih suka menyendiri, hilang sudah kepoh mulutnya.

"Ma... " panggil seorang kanak-kanak lelaki dengan suara halusnya. Emma yang leka mengelamun tersedar.

"Ya sayang anak mama, kenapa?" tanya Emma lembut. Si kecil diambil dan dipangku.

Ya, Emma mempunyai anak. Sudah berkahwinkah dia? Jawapannya, belum. Anak ini anak yang wujud dalam rahimnya selepas peristiwa gelap itu terjadi padanya. Terkejut? Masakan tidak! Tidak pernah walau sekali terlintas dibenaknya untuk menjadi ibu tanpa mempunyai suami. Tapi, siapa dia untuk menghalang ketentuan Tuhan?

"Ain sana... Jom," ajak si kecil itu sambil tanggannya menghala lurus ke satu kawasan. Emma kerut kening.

"Nak main dekat mana, sayang? Bahaya sana tu," lembut suara Emma membantah. Dia tak mahu mengikut kehendak anaknya itu. Bukan tidak sayang, tapi sebab sayanglah dia menolak. Anaknya tak habis-habis mengajaknya untuk mencuba Banana Bot. Tak padan dengan umur 3 tahun lebih, minat pada aktiviti mencabar melebihi usianya sendiri.

"Alahhh, Faid nak... " rengek si kecil itu lagi. Emma tersenyum. Pipi tembam si comel dicium lama.

"Tak boleh, sayang. Bahaya," seperti selalu, Emma tak sudah-sudah menegah kehendak si kecil itu. Selalunya selepas dua ke tiga kali Emma kata tak boleh, Faid akan terus diam. Tapi kali ini berlainan pula. Si kecil itu mula meronta dan menangis kuat.

"Faiddd... Tak mahulah buat perangai macam ni," Emma sedikit geram. Tak pernah-pernah Faid buat perangai macam ni. Tiba-tiba saja dia memberontak, terkejut juga Emma dengan perlakuannya.

Rontaan Faid makin kuat sehingga terlepas dari pegangan Emma. Si kecil itu terus berlari laju. Melarikan diri dari ibunya.

"Faid!" jerit Emma. Langkah dibuka mengejar si anak. Namun disebabkan badan Faid yang kecil, mudah saja dia menyelit ditengah-tengah kesibukan orang di tengah pantai itu. Sedang Emma terpaksa mengelak dari berlanggaran dengan orang.

Emma memerhatikan sekeliling. 'Ya Allah, mana kamu sayang? Jangan buat mama risau. Jagakan anakku, Ya Allah. Lindungi dirinya.' Doa Emma penuh kerisauan.

"Hafi, nampak Faid tak?" tanya Emma cemas pada si pengawal pantai. Hafi memandang wanita itu aneh.

"Eh, tak ada pula kak. Kenapa ni?" Hafi turut sama cemas. Emma pula sudah menitis air matanya. Selalunya kalau Faid bermain pun paling jauh dia akan pergi ke pos pengawal pantai sebab dia sangat suka bermain dengan Hafi dan beberapa orang lagi pengawal pantai yang bertugas di situ. Tapi kali ini, Faid tak berada di sini.

"Tolong akak cari Faid, Hafi. Tadi dia merajuk dengan akak, lepas tu dia lari," air mata Emma makin laju mencurah.

"Ya Allah! Ya ke kak? Tak apa, saya inform lifeguard lain. Mana tahu diorang ada nampak Faid," bergegas Hafi capai walkie-talkie yang terletak di meja kerjanya. Dia cepat-cepat melaporkan pada teman-temannya yang turut sama berkawal di pantai kalau-kalau ada terlihat kelibat Faid. Tak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada si kecil itu.

Buzzz... Buzzz

Bunyi buzz dari walkie-talkie Hafi kedengaran petanda ada maklum balas dari teman-teman lifeguardnya.

"Hafi, aku nampak Faid tapi dengan seorang lelaki. Faid tengah menangis kuat tu. Jap aku tahan mamat tu dulu," bulat mata Emma mendengarnya. Dia saling berpandangan dengan Hafi.

"Alright Dan, tunggu jap. Aku dengan kak Lynn sampai," balas Hafi. Dia kenal suara-suara rakannya melalui walkie-talkie itu. Jadi tak perlu bertanya di kawasan mana mereka berada saat ini.

"Kak Lynn, jom. Faid ada kat sana tu," ajak Hafi. Emma mengikut saja langkah kaki lelaki itu. Bunyi buzz kedengaran lagi.

"Cepat sikit Hafi. Faid nangis kuat nak Kak Lynn ni," sekali lagi suara Dan kedengaran kali ini berselang seli dengan suara tangisan yang Emma yakin suara Faid.

"Jap... Nak sampai dah ni. Kau tahan dulu mamat yang dengan Hafi tu. Jangan bagi dia blah dulu," keras suara Hafi membalas. Dia mahu tahu siapa lelaki yang memegang Faid itu. Risau kalau orang itu berniat tidak baik. Mungkin Faid terlepas tapi tak mustahil ada yang tidak bernasib baik seperti si kecil itu.

Suara Dan yang membalas hilang ditengah tiupan angin. Malas mahu berbalas bicara, mereka mahu cepat sampai dikawasan Dan bertugas. Sebaik saja kereta dihentikan, Emma laju berlari ke arah pos penyelamat pantai. Air matanya mengalir laju melihat si anak yang menangis tak berhenti di pos pengawal pantai tersebut.

"Faid!" jerit Emma sedikit kuat. Langsung dia tak peduli mata-mata yang memerhati. Tak kisah la apa orang nak buat tanggapan pada dia yang dia tahu saat ini dia bersyukur sangat-sangat sebab anaknya tiada sebarang kecederaan.

"Mama..." tangis Faid masih belum berhenti. Emma turut sama mengalirkan air mata. Ya Allah, terima kasih kerana menyelamatkan anakku dari sebarang bencana.

"Faid pergi mana? Kan mama dah kata jangan lari dari mama. Macam mana kalau abang Dan tak jumpa Faid tadi? Faid tak sayang mama ke?" soal Emma bertubi-tubi pada si kecil 3 tahun itu. Faid masih lagi teresak. Sayu hati Emma melihat keadaan anaknya. Pantas sikecil itu dicium dan di peluk dengan penuh erat.

"Brader ni yang bawa Faid tadi. Dia kata Faid cakap mama dia dekat sana, tu yang brader ni bawak ke arah sebelah sana tu," beritahu Dan pada Hafi yang baru saja tiba. Dia berjalan laju tapi taklah sampai macam Kak Lynn yang berlari. Betullah kata orang, kasih ibu itu sampai ke syurga. Risaunya hati seorang ibu itu langsung tak boleh nak dinilai dengan mata kasar.

"Err.. Terima kasihlah bro," Hafi berbicara penuh hati-hati. Kesal pula dia sebab hampir menuduh lelaki itu berniat tidak baik pada adik angkatnya itu sedangkan lelaki itu sekadar mahu membawa Faid menghala ke pondok pengawal pantai tempatnya bertugas. Yalah nak banding antara dia dan Dan, Faid lebih rapat dengannya. Lagi pun tadi Dan masih belum masuk kerja, tu pasal Faid tak mahu ke pondok pengawal pantai di sini.

"Tak apa. Saya pun tak ada niat jahat. Saya terkejut tengok dia menangis cari ibunya. Nak bawa ke sini dia kata tak nak. Dia nak pergi hala ke sebelah sana," lelaki yang menyelamatkan Faid berkata jujur. Hafi dan Dan terangguk-angguk faham. Mereka memerhatikan si ibu yang masih memeluk anaknya erat persis memeluk sekotak peti berisi harta karun. Erat dan tak mahu dilepaskan.

"Terima kasih sekali lagi encik. Kalau boleh kami tahu nama encik?" Dan bertanya penuh hemah. Ikutkan pandangan matanya, dia rasakan lelaki ini bukan calang-calang orang tapi aneh, kenapa bercuti di dalam Malaysia? Sedangkan orang kaya sepertinya pasti mampu nak bercuti dan bergembira di negara luar kan?

"Saya... " belum sempat lelaki itu bersuara, si gedik yang sedari tadi hanya duduk diam di kerusi pengawal pantai mula menyampuk.

"Korang ni takkan tak kenal? Ni kan the most eligible bachelor, Mr. Faizrul... " dan Emma tak dengar lagi sambungan suara Lily yang beria-ia memperkenalkan Faizrul pada Dan dan Hafi.

Emma angkat muka pandang lelaki yang menyelamatkan anaknya itu. Nafasnya terhenti bila mata itu turut sama memandang ke arahnya. Senyuman diwajah itu terus mati bila perasan mata Emma bersabung pandang dengan matanya.

Dunia seakan berhenti di keliling mereka. Waktu seperti membeku menghantar kedinginan di setiap inci tubuh mereka. Tiada bunyi hempasan ombak. Tiada dengar desiran bayu. Suara riuh rendah turut mati saat pandangan mereka bersatu. Faizrul tergamam, Emma terkaku. Ya Allah, sebesar-besar bumi-Mu, mengapa di sini kami dipertemu?

***

Another TBC.. 😘

Mr BisexualWhere stories live. Discover now