10 : Perubahan

4.2K 111 3
                                    

Puan Indah tersenyum melihat Faizrul yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Dengan baju melayu warna coklat muda,  anaknya itu nampak kacak sekali persis arwah suaminya.

Puan Indah termenung sendiri. Suka dia tengok perubahan anaknya itu. Kalau dulu Faizrul jarang berada di rumah. Awal pagi lagi sudah ke pejabat atau ke bakeri miliknya. Malam pula dia sudah meraban keluar dengan kawan-kawannya. Pukul 2,3 pagi barulah nampak kelibat dia di rumah. Puan Indah pun dah tak larat nak membebel.

Tapi sekarang, syukur. Faizrul lebih banyak masa di rumah. Jarang dah nak tengok dia keluar malam. Sejak sebulan yang lalu, Puan Indah rasa Faizrul cuma habiskan masa di pejabat, bakeri, rumah dan surau. Tempat terakhir Faizrul gemar habiskan masa itu buat Puan Indah bersyukur sangat.

"Ma," tegur Faizrul melihat lamunan mamanya.  Puan Indah menoleh dan tersenyum melihat anaknya yang menghampiri.

"Ma okey?" seperti biasa,  soalan itu diajukan tiap kali dia nampak mamanya termenung. Mamanya pernah menghadapi dipresi saat arwah ayahnya pergi meninggalkan mereka berdua dengan membawa sekali adik-adiknya.  Arwah ayah meninggal dalam perjalanan pulang dari menjemput adik-adiknya di asrama. Kebetulan mama tidak ikut dan dia pula ketika itu pulang sendiri dengan bas. Bertahun juga mama menghadapi kemurungan. Dan akhirnya mama pulih bila dia makin mendekatkan diri dengan Allah.

"Mama okey. Yang kamu ni pula termenung kenapa?" Puan Indah tersenyum melihat anaknya itu. Tadi sibuk tanya dia kenapa termenung, sekarang ni Faizrul pula yang menggelamun.

"Iz, kenapa ni?" tanya Puan Indah bila melihat perubahan wajah anaknya itu. Wajah kacak yang tersenyum sayu memandangnya membuatkan hati tuanya gusar.

"Iz rindu ayah. Rindu Aril dan Zul juga," ucap Faizrul tiba-tiba. Tak dapat ditahan rasanya itu.  Kalau selalu dia menyembunyikan rasa rindunya sebab tak mahu mama sedih tapi hari ini dia tak mampu. Dia kalah dengan emosinya sendiri. Tazkirah maghrib di surau tadi, buat dia jadi rindu dengan arwah ayah dan adik-adiknya.

Puan Indah menarik kepala Faizrul kedalam pelukan. Dia menahan rasa. Dia tahu perasaan Faizrul, dia pun rasa yang sama. Tapi selama ini dia bertahan sebab setiap kali dia mengalirkan air mata kerana rindu, Faizrul ada disisinya memujuk. Tak pernah anaknya itu mengalirkan air mata. Tapi kali ini Faizrul kalah. Air matanya tumpah tak ubah macam pili air.

"Menangislah Iz. Iz dah lama jadi kuat. Iz menangislah, mama ada," sebak suara Puan Indah tapi sedaya upaya ditahan air matanya dari mengalir.

Sejenak Puan Indah memandang anaknya yang masih dipelukannya. Faizrul nampak sudah tenang. Pipi anak bujangnya itu di kucup lembut.

"Jom ma, kita makan," ajak Faizrul saat matanya memandang jarum jam. Tak sangka dah pukul 10 malam. Pasti mamanya sudah lapar. Kalau dia tak buat drama air mata tu, dah tidur agaknya mama saat ini.

***

Faizrul melangkah perlahan ke dapur. Dia mahu buat air Nescafe kegemarannya. Saat melintasi bilik Puan Indah, Faizrul menjenguk ke dalam melalui rekahan pintu. Terkejut dia bila nampak mama duduk sendirian di sofadi balkoni biliknya.

"Ma, kenapa tak tidur lagi?" tanya Faizrul sebaik saja dia melangkah masuk selepas mengetuk pintu bilik mamanya.

"Tak boleh tidur, Iz. Mata mama ni tak mengantuk pula rasanya," perlahan Puan Indah menjawab. Wajah anaknya dipandang seketika sebelum kembali ralit dengan album di meja kopinya itu.

"Ma tengok apa tu?" Faizrul menghampiri sebelum melabuhkan duduk dilantai berhampiran ibunya. Kepalanya direbahkan ke peha wanita itu. Ya Allah, nikmatnya.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now