14 : My Girl

3.4K 104 6
                                    

Emma menggeliat malas di atas katil. Hari ini hari cutinya jadi dia tak perlu berkejar-kejar untuk ke bakery. Memang setiap pekerja dibenarkan Faizrul untuk memilih hari cuti sendiri jadi Emma pun bantailah pilih hari Ahad. Hari yang paling menarik kalau nak cuti. Housemate pun ada di rumah kalau nak ajak berlibur sekali.

Tapi hari ni dia tiada plan untuk ke mana-mana. Syu pula awal-awal lagi dah keluar berdating dengab pramugara kesayangan dia tu. Tinggallah Emma terkulat-kulat sendiri di kamar sepi menanti kehadiran kekasih.. Ecececehhh..

Bunyi telefon bimbit mematikan lamunan Emma. Asus ZenFone 4.5 miliknya dicapai. Tanpa memandang skrin, dia laju swipe dan letakkan di telinganya.

"He..." tak sempat bercakap, ada suara menyampuk.

"Dalam masa 5 minit, cepat siap!"

Tuttt... Tuttt...

Emma pandang telefon tidak percaya. Dia terkebil-kebil tak memahami situasi yang terjadi. Perlahan-lahan dia melihat 'last call'. Nama Faiz berada di atas sekali.

Oh Faiz yang call rupanya. Suruh dia siap, dalam masa 5 minit. Emma mengangguk sebelum kembali menutup muka dengan selimut.

Eh,  whatt???!!! Faiz suruh dia siap dalam masa 5 minit??? Arrrhhhh,  masaklah dia..  Terkocoh-kocoh Emma bangun dari katil dan berlari mengambil tuala sebelum memboloskan diri ke dalam bilik air. Ini ceritanya mandi koboi je la. Mana sempat nak mandi kalau 5 minit tempoh yang diberikan.

Elok saja Emma keluar dari bilik air, bunyi loceng rumah kedengaran. Ah sudah, sampai dah lelaki ni. Keluhnya. Emma capai handphone, nombor Faizrup didail.

"Hello?"

"Tunggu... Tunggu... Tunggu... Saya nak pakai tudung kejap," laju Emma bersuara sebaik saja talian bersahut. Emma terkocoh-kocoh mencampakkan telefon ke katil. Baju di almari diselongkar.

"Aduh baju ni, time ni la nak hilang bagai. Aku dah lambat ni..." Emma merungut kuat langsung tak sedar dia tidak memutuskan taliannya dengan Faizrul tadi.

Faizrul diluar tergelak sendiri. Ya Allah macam ni ke perangai perempuan bersiap? Baru dengar dia membebel belum lagi tengok macam mana dia bersiap. Telefon selamba ditekap ditelinga. Langsung tiada gaya nak memutuskan talian. Mahu dengar apa lgi yang dibebelkan Emma.

"Yay siap! Perghh catat rekod aku bersiap dalam masa 15 minit," Faizrul masih dengan gelaknya. Kali ini talian terus diputuskan. Tak mahu Emma sedar yang dia mendengar butir bicara gadis itu.

Tak sampai seminit, pintu hadapan rumah sewa itu dibuka. Melihat senyuman yang terukir di wajah Emma, Faizrul rasa macam dunia milik dia sahaja. Emma yang melangkah perlahan ke arahnya diperhati penuh minat. Sempoi sungguh pemakaian gadis ini. T-shirt labuh warna kelabu dengan seluar slack longgar dipadankan dengan tudung bawal rekaab terkini yang sangat hot dipasaran. Apa tu namanya, pucci? Faizrul bukannya tahu sangat berkenaan pakaian wanita.

"Ha, tenung orang macam nak makan," sergah Emma bila melihat Faizrul seakan hanyut dalan dunianya. Faizrul tersentak, segera dia memandang gadis di hadapannya. Bila Emma buka gate?

"Nak pergi mana ni? Kemain suruh orang bersiap. Nasib baik tak lambat tau," rungut Emma sambil membuka pintu penumpang. Faizrul sengih tunjuk barisan gigi. Dia yang sama meloloskan diri di tempat pemandu memandang gadis disebelahnya. Mukanya sudah menunjukkan riak ingin mengusik.

"Tu la mesti hari ni masuk Emma's book of record kan? Bersiap pada tahap paling cepat," ucap Faizrul tergelak-gelak. Emma telan liur. Dia pandang lelaki di sebelahnya dengan pandangan was-was. Dia tahu ke aku mandi sekejap tadi? Erkk??

Perlahan-lahan dia capai telefon bimbitnya dipoket seluar. Icon 'contact' ditekan. Terpampang nama Faizrul di atas sekali menandakan lelaki itu adalah panggilan paling terkini yang dibuat. Arrow di hujung ditekan untuk melihat panggilan keluar masuk yang dibuat.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now