23

3.1K 90 7
                                    

Faid berlari perlahan di gigi pantai. Sesekali langkahnya bagai ingin terjatuh tapi lekas-lekas dia betulkan langkah.

"Faid, jangan la berlari. Jatuh nanti," Emma bersuara perlahan, mengejar langkah anaknya yang saban hari makin lincah.

Faid langsung tak hiraukan arahan mamanya malah sedaya upaya dia lajukan langkah. Ke mana hala tujunya, Emma langsung tak tahu. Dia hanya mengikut langkah anaknya itu. Faid yang berlari disaingi dengan langkah kaki yang perlahan. Sengaja dia biar si kecil itu mendahului tapi masih dalam lingkungan pandangan matanya.

"Uncle," jerit Faid sebelum menghimpap tubuh lelaki yang terbaring di atas pasir pantai. Terkejut dengan terjahan Faid, lelaki itu terbangun sedikit dari pembaringannya.

"Ya Allah Faid, terkejut uncle. Faid daripada mana ni?" lembut intonasi suaranya. Dia memegang si kecil itu dan mendudukkan Faid di atas badan sadonya.

"Jalan-jalan," jawab si kecil ringkas. Sengihan comel masih tak hilang dari wajahnya.

"Dengan siapa? Abang Dan? Ke abang Hafi?" soal Faizrul lagi. Hampir seminggu dia di sini, boleh kata tiap petang dia nampak Dan atau Hafi bawa si kecil itu berjalan-jalan di pantai. Setiap hari jugalah Faid takkan lupa untuk ajak dia main sekali. Manja sungguh Faid dengan dia. Kalau ikut kata Dan dan Hafi, Faid jenis tak friendly tapi tak tahu kenapa dengan Faizrul dia boleh manja sangat. Siap nak ikut faizrul balik hotel lagi.

"Dengan mama," halus suara Faid menjawab soalan Faizrul. Faizrul yang terdengar perkataan mama terus angkat kepala. Dia menoleh kiri dan kanan.

"Mana mama Faid? Faid lari dari mama lagi, ya?" tanya Faizrul risau. Kepala dijengah lagi mencari kelibat si pencuri hatinya itu.

"Faid tak lari. Faid jalan je, mama jalan lambat sangat," ngomel Faid dengan pelatnya. Faizrul sembunyi senyum. Hailah anak, kecik-kecik dah pandai kutuk mama sendiri ya.

"Amboi, kutuk mama ye? Pandai-pandai je Faid kata mama jalan lambat," tak sempat Faizrul bersuara, Emma sudah mencelah. Dia berjalan menuju ke arah mereka sebelum melabuhkan duduk sedikit jauh dari tempat Faizrul berbaring.

Faid yang tertangkap waktu mengutuk mamanya hanya tersengih menunjukkan gigi. Dia bangun dari perut Faizrul, mengucup pipi mamanya sekilas sebelum berlari ke gigi air.

"Faid, nak ke mana tu?" tanya Faizrul sedikit bimbang. Tapi kebimbangannya berkurangan bila lihat Emma membiarkan sahaja anaknya berlari ke arah air laut.

"Faid main dekat situ je. Uncle duduk sini teman mama," mendengar kata-kata Faid, Faizrul bulatkan mata. Mak aii, si kecik ni. Petah sungguh mulutnya, pandai beno bagi arahan.

Faizrul hanya mendiamkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faizrul hanya mendiamkan diri. Bukan tak mahu bercakap dengan Emma tapi terlampau banyak benda yang hendak dijelas dan disoal, hinggakan dia tak tahu macam mana nak mula.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now