28

2.9K 81 2
                                    

Sejak pagi tadi, Emma hanya mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah juga dia jawab. Ada kalanya soalan yang ditanya dibalas dengan anggukan dan gelengan sahaja. Puan Indah dan Puan Isma runsing melihat keadaan wanita itu. Bila bertanya pada Faizrul, lelaki itu pula sekadar diam menyepi meninggalkan dua beradik itu termangu tanpa sebarang penjelasan.

"Emma," tegur Puan Indah lembut. Dia melabuhkan duduk di sofa bertentangan Emma.

"Dah nak balik?" soalan yang muncul dari Puan Isma buat Emma senyum dan mengangguk kecil. Puan Isma dan Puan Indah berpandangan sesama sendiri. Serba salah hendak meneruskan bicara.

"Err, senang-senang Emma datang la ke mari pagi ya? Pintu rumah mama ni sentiasa terbuka untuk Emma," lembut bicara Puan Indah menjengah masuk ke telinga Emma.

"In shaa Allah, ma,"

Perlahan-lahan Puan Isma melangkah menghampiri wanita yang sudah menawan hati anak saudaranya itu. Tangan Emma dicapai dan digenggam erat. Dia memandang si kakak minta kekuatan untuk meneruskan bicaranya.

"Emma, ibu harap Emma tak pergi lagi dari hidup Iz, ya? Ibu mohon Emma jangan hilangkan diri lagi. Ibu dan mama sayang Emma, untuk siapa pun diri Emma. Apa juga kisah lama atau cerita duka Emma, jangan takut cerita dengan kami. Kami sayang Emma macam anak kami sendiri," tertunduk Emma mendengar bicara Puan Isma. Air mata membasahi tubir matanya.

"Emma, mama harap Emma dapat terima anak mama tu. Mama mohon jangan pisahkan Faid dari papanya, dari kami semua. Please Emma," giliran Puan Indah pula bersuara. Entah bila masanya wanita itu menghampiri Emma, Emma langsung tak sedar.

"Ma, ibu, sebenarnya... "

"Emma, dah siap? Kalau dah, jomlah. Terlepas bas awak nanti," suara garau milik Faizrul mencantas bicara Emma. Tak sempat dia mahu bercerita dengan lebih jelas tentang hal sebenarnya.

Melihat Faizrul yang menghampiri, Emma pantas bangun dari duduknya. Matanya meliar melihat Faid yang sudah bersedia dengan beg luggage Mickey Mouse yang dibelikan Faizrul dua hari lalu. Tangan dua wanita yang mengapit duduknya sebentar tadi dicapai dan dikucup hormat.

"Emma balik dulu ma, ibu. Ada masa, in shaa Allah Emma datang lagi," sayu suara Emma saat ini. Sedih hati nak meninggalkan ibu dan mama yang memang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Tapi kerana kebenaran itu, Emma nekad untuk pergi.

Luggage hitam miliknya dicapai dan dibawa keluar ke garaj. Faizrul yang memang menanti di kereta segera menghampiri dan mencapai luggage itu sewaktu Emma menyarung kasutnya.

Baru saja Emma ingin berpaling, dia terasa tangannya dicapai.

"Emma, everybody deserves a second chance, dear. No matter what happens to you before, you always have chance to make it better. Please dear, give that chance to yourself... " lembut bicara Puan Indah buat Emma terkesima. Dia mampu menganggukkan kepalanya sahaja tanda nasihat itu diterima.

"And him too," Puan Isma menyambung kata kakaknya sambil mata melirik ke arah Faizrul yang leka tertawa dengan Faid. Entah apalah yang mencuit hati dua beranak itu sampai Faid mengelap air mata kerana terlalu gembira.

"In shaa Allah ma, ibu. Emma balik dulu,"

***

Faizrul hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke TBS. Satu, dia tak tahu apa sepatutnya jadi bahan bicara mereka berdua. Dua, hatinya masih sakit mengenangkan cerita semalam dan ketiga, yang paling penting sehingga dia tak mampu buka mulut untuk berbicara. Dia terlampau sedih untuk lepaskan Emma dan Faid balik semula ke pulau.

Sudahlah dengan keadaan masalah mereka belum selesai, ditambah pula dengan kenyataan dari Ben tempoh hari, hiba hatinya nak melepaskan dua kesayangannya pergi jauh. Bimbang. Bimbang Emma akan hilang lagi dari radarnya.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now