37 : Hari Bahagia

2.7K 81 2
                                    

Hari yang dinanti Emma muncul juga akhirnya. Dia bersiap secantiknya untuk majlis yang dinantikannya.

"Dah lawa dah tu. Suka mak tengok," Mak Lina yang baru melangkah masuk ke dalam bilik Emma memuji. Emma tersenyum manis. Dia rapikan lilitan selendang putih dikepalanya. Veil yang dia jahit sendiri, dia letak elok diatas kepala.

"Mak, terima kasih jaga Lynn sejak Lynn datang pulau ni. Lynn minta maaf, Lynn tak boleh terima abang,"

"Dah la Lynn. Jangan difikirkan benda-benda yang tak sepatutnya. Hari ni hari bahagia kamu. Jangan nak sedih-sedih. Mak tak suka,"

Memang la kalau ikutnya Mak Lina mengharap benar Emma jadi menantu dia tapi dia percaya pada takdir tulisan Tuhan. Kalau dah ditakdir berjodoh Emma dan Faizrul, siapa dia nak menghalang?

"Kak Lynn, dah siap ke? Kalau dah jom kita ke masjid. Abang Iz dah sampai katanya," Hafi melaung dari luar pintu. Emma bangun perlahan menuju ke pintu biliknya bersama senyuman.

"Wah," hanya itu yang keluar dari mulut Hafi. Kakak angkatnya sungguh cantik. Tak perlu make up berharga ribuan ringgit untuk menyerlahkan kecantikan. Cukup sekadar sedikit touch up dan walla! Sebab tu Emma tak nak hired mak andam untuk make up dia sepanjang majlis ni.

Emma bergerak bersama Hafi dan Dan ke masjid tempat majlis pernikahan dijalankan. Kalau ikut Emma dia nak buat di KL sahaja. Serentak dan hanya satu majlis tapi mama pula nak rasa menghantar rombongan pengantin. Maklum la Faizrul satu-satunya anak yang dia adakan, jadi Emma ikutkan saja. Lagipun apa masalahnya, semua diuruskan Faizrul. Dari urusan duit ke baju pengantin hinggalah barang kenduri, semua lelaki itu selesaikan. Dalam diam, Emma sangat berterima kasih dengan ketulusan lelaki itu.

Melangkah masuk ke dalam masjid, Emma terasa dirinya diperhati. Ramainya rombongan pengantin lelaki! Emma telan liur kesat. Kalau tahu mama ajak ramai macam ni mesti dia tak tolak pelawaan Faizrul nak tempah mak andam. Biarlah nampak dia berhias cantik sikit.

"Emma, apa tercegat lagi? Duduk sini cepat," Mak Lina memanggil Emma lembut. Emma labuh duduk disebelah ibu angkatnya. Dia diapit ibu disebelah kirinya.

"Ibu, ramainya orang. Emma takut," Emma berbisik perlahan ditelinga ibu saudara bakal suaminya itu.

"Ish, apa nak takut. It's your day, sayang. Lagi pun ni semua keluarga mama dan arwah papa Faizrul. Bukan ada orang lain pun,"

"Ibu, Emma tak make up pun tau,"

"Tak payah make up pun dah cantik. Ok sangat dah ni. Tak kelip mata Faizrul pandang," usik Puan Isma. Emma getap bibir, malu.

Emma pandang ke depan. Tersentak dia seketika bila nampak Ben di sisi Faizrul. Alhamdulillah, Ben dah keluar dari hospital rupanya.

Emma perasan tok kadi melangkah masuk ke ruangan masjid. Faid yang duduk santai di pangkuan papanya berpindah duduk ke sebelah Ben sebelum Ben tarik untuk duduk di pangkuan lelaki itu

"Semua dah sedia. Kalau dah, boleh la kita mulakan majlis," tuan kadi sudah duduk di hadapan Faizrul. Entah kenapa Emma rasa cemas tiba-tiba.

Faid yang ada di sisi Faizrul memandang papanya dengan riak penuh teruja. Tersenyum Emma melihat Faid. Walaupun gembira, tapi dia duduk tenang di pangkuan Ben. Seakan mengerti apa yang bakal dilalui papa dan mamanya, Faid langsung tak buat kacau. Dia hanya berbicara dengan Ben dan Emma nampak Ben berbisik dan sesekali ketawa kecil dengan anaknya.

"Pengantin lelaki, cuba pusing belakang. tengok sikit betul ke tu pengantin perempuannya?" arah tok kadi. Faizrul perlahan-lahan kalih kepala pandang ke belakang. Seakan terhenti nafasnya bila matanya menangkap figura Emma yang duduk sopan tidak jauh darinya dengan pakaian pengantin berwarna putih.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now