16

3K 69 0
                                    

Emma menunggu di ruang tamu rumah sewanya. Menanti Faizrul yang berjanji untuk bawa dia ke rumah mama lelaki itu. Katanya Puan Indah asyik menyebut namanya sejak dia datang tempoh hari.

Hand phone di meja diambil dan dibelek. Mana Faiz ni? Dah lambat setengah jam dah ni. Tak pernah-pernah lambat macam ni. Mesej pun tak, call lagilah. Desis hati Emma kerisauan. Baru berkira-kira nak hubungi lelaki itu, bunyi loceng kedengaran.

Emma tak terus buka pintu tapi dia mengintai dari celahan langsir. Bila yakin itu Faizrul barulah dia berlalu ke pintu. Itu pun atas nasihat Faizrul juga. Emma sendiri tak tahu kenapa, dua hari lalu Faizrul hubunginya dan beritahu kalau ada sesiapa yang dia atau Syu tak kenal jangan buka pintu biar pun pagar hadapan rumah sudah di kunci rapi. Malas mahu berbalah, Emma turutkan saja. Lagi pun untuk keselamatan dia juga, kan?

"Main buka je pintu tu kan?" sergah Faizrul bila Emma menghampiri. Emma yang sedang mengunci pagar pandang lelaki itu sekilas.

"Saya dah intai dari langsir la. Tu yang berani bukak tu. Kalau tak, tak buka juga. Ye la mana sanggup nak dengar bebelan awak. 7 hari 7 malam belum tentu habis," balas Emma mengutuk Faizrul. Lelaki itu jegil mata pandang dia. Emma hanya tersengih. Faizrul menghampiri pintu penumpang, membuka dan mengarahkan Emma masuk sebelum dia menutup dan kembali ke tempat pemandu.

"Kot iya pun risaukan saya, tak payahlah sampai nak bukakan pintu. Saya boleh buka sendirilah," tegur Emma kurang senang dengan layanan lelaki itu.

"Tak apalah. Saya baik dengan bakal isteri saya, takkan tak suka kot," Emma getap gigi. Malu nak pandang wajah selamba Faizrul yang menuturkan kata begitu.

Sejak dua minggu kebelakangan ini Emma perasan Faizrul selalu panggil dia dengan panggilan manja, tak pun gelarkan dia bakal isterilah, bakal tunang la, bakal kekasih la. Nak dimarah, nanti Faizrul merajuk. Mulalah keluar statement 'yelah, siapalah nakkan lelaki bisex macam saya ni'. Ish, kalau merajuk sekejap tak apa juga, ini berjam-jam Emma dibuat macam tunggul, langsung tak dilayan. Jadi nak tak nak terpaksalah Emma biarkan saja.

Perjalanan ke rumah Puan Indah hanya ditemani bunyi radio. Masing-masing bagai tiada suara. Bukannya tak ada idea nak bercakap, tapi masing-masing kelu nak mulakan. Entah kenapa terasa janggal tiba-tiba. Bunyi telefon Faizrul memecahkan suasana.

"Tolong tengokkan. Mama ke?" arah Faizrul. Emma capai telefon lelaki itu yangvterletak di antara hand-break. Nama di atas skrin di baca. Emma buat muka sebelum pandang lelaki di sebelahnya.

"Kenapa tak angkat. Siapa call?" Faizrul bertanya bila telefon masih berbunyi nyaring. Emma kelihatan teragak-agak.

"Ben," jawab Emma perlahan. Faizrul mengeluh kuat. Stereng kereta di hentak sedikit dengan tapak tangan kanannya.

"Apa lagi dia nak? Aku dah cakap jangan kacau aku," marah Faizrul. Telefin ditangan Emma dirampas sebelum dia mengangkat panggilan itu. Matanya masih fokus di jalan walaupun fikirannya sudah dihasut amarah.

"Hai sayang," loya tekak Faizrul mendengar panggilan sayang lelaki itu.

"Kau nak apa, Ben? Aku dah cakap jangan ganggu aku, kan? Apa yang aku tak faham bahasa lagi?" hamuk Faizrul. Kedengaran ben gelak besar ditalian sebelah sana.

"Uisshh garangnya you, I like. Sayang, tak payah marah-marah macam ni. I tahu you nak cover diri you, kan. Tak nak perempuan gedik sebelah you tu tahu yang you still berhubungan dengan I, kan?" kata-kata Ben buat Faizrul pandang ke arah Emma tiba-tiba.

"Ben, kau jangan nak libatkan dia dalam masalah ni," marah Faizrul. Namun langsung Ben tak takut malah makin kuat pula dia gelak.

"Why sayang? Dia yang buat you berubah, jadi dia pun kena tanggung akibatnya. Well sayang, you never know what I can do," kata-kata Ben buat Faizrul terdiam. Kenapalah lelaki ini tak pernah lelah mengganggunya?

"Anyway you look hot dengan baju biru tu. Tu bukan baju yang I belikan masa kita ke Jepun dulu ke? You sayangkan I tapi tak nak mengakukan? Bye baby boo, nanti I call lagi okay," serentak dengan itu talian diputuskan. Faizrul terdiam. Matanya memandang baju yang tersarung di badan. Macam mana Ben tahu?

Bunyi WhatsApp yang masuk buat Faizrul pandnag skrin. Nama Ben yang tertulis di situ buat Faizrul laju membuka pesanan lelaki itu. Voice message yang dihantar dibuka.

"Bagitahu perempuan tu, she look hideous dengan summer dress dia tu," Faizrul serta merta berhentikan kereta di bahu jalan. Emma disebelah dipandang dan gadis itu turut sama memandang dirinya. Masing-masing tergamam. Satu lagi voice message diterima. Tak tunggu lama, Faizrul buka pesanan itu.

"Oh sayang, lupa I nak pesan. Hati-hati dalam perjalanan ke rumah mama you tu. Ada surprise yang menanti you dekat sana," Faizrul sudah tak senang duduk. Macam mana Ben boleh tahu ke mana arah tujunya? Ben pasang tracker kah di keretanya? Atau... Ben mengekorinya?  Mata Faizrul memandang kereta-kereta yang melepasinya di bahu jalan. Langsung tak nampak kelibat kereta Ben.

Faizrul merebahkan kepala ke stereng kereta. Emma disebelah hanya mendiamkan diri. Tak mahu menganggu lelaki itu. Dia tahu Faizrul sangat tertekan sekarang ini.

Perlahan-lahan tangan Emma naik mengusap bahu lelaki itu bertujuan untuk menenangkannya. Faizrul alih muka pandnag gadis di sebelahnya. Emma hadiahkan senyuman buat lelaki itu. Faizrul membalas lemah, senyuman Emma buat hati lelakinya terasa tenang.

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Puan Indah menunggu di ruang tamu rumah. Sampul surat yang baru diterimanya digenggam erat. Air mata yang masih mengalir dilap perlahan. Puan Isma di sisinya hanya terdiam. Dia memeluk lembut bahu kakaknya untuk menenangkan wanita itu. Tak mahu kakaknya tertekan.

"Semua salah akak, Mah. Akak yang bhat dia jadi macam ni," esak Puan Indah. Puan Isma terus memeluk tubuh wanita itu penuh kasih sayang.

"Ma, ibu... Kenapa ni?" suara bingung Faizrul kedengaran meleraikan pelukan dua wanita itu. Wajah penuh tanda tanya Faizrul serta merta bertukar cemas sebaik sahaja envelope coklat yang dipegang Puan Ismah terjatuh ke lantai sewaktu mamanya berdiri. Mata masing-masing terancap pada kepingan gambar yang terkeluar dari envelope itu. Muka Faizrul pucat, tidak berdarah.

***

Jeng... Jeng... Jeng... Apa isi envelope tu??
Tunggu next chapter ye.. 
Feel free to comment n don't forget to vote..😘

As always... TBC..

Mr BisexualWhere stories live. Discover now