39

3.3K 73 4
                                    

Skrin telefon ditekan lembut. Sementara menunggu Emma siap mandi, Faizrul membuka laman sosial miliknya. Hari ini genap sebulan perkahwinan mereka. Mereka juga baru balik bercuti dari Sabah. Kenapa bercuti bukan honeymoon? Sebabnya...

Faid ikut sekali!

Faizrul tak sampai hati nak tinggalkan anaknya itu. Sudahnya diangkut juga kesayangannya itu. Honeymoon yang dirancang bertukar pada percutian keluarga. Tapi Emma sikit pun tak kisah. Malah bersyukur sebab Faizrul betul-betul kotakan janji dia. Faid tak pernah walau sekali dianggap bukan anaknya.

Kalau ada orang bertanya pada dia, dengan bangga Faizrul kenalkan Faid sebagai anaknya. Suka Emma lihat keakraban anak beranak itu.

Kecoh juga dimedia sosial tentang kewujudan Faid dan hubungan mereka berdua tapi Faizrul balas dengan tenang. Sekeping gambar percutian mereka di muat naik ke Instagram miliknya. Gambar Emma mendukung Faid dengan caption yang mampu menutup mulut keji yang sibuk melabel dan menghukum status anaknya itu.

Faiz_faizrul  Andai satu dunia menolak kehadiranmu, aku tetap setia berdiri disisimu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faiz_faizrul  Andai satu dunia menolak kehadiranmu, aku tetap setia berdiri disisimu. Andai semua bercerita dan mengata tentangmu, yakinlah aku selalu berada disampingmu untuk mendengar tangis dan tawamu. Duhai isteri, kau bidadari syurga, amanah Allah untuk aku lindungi. Duhai anak, membesarlah engkau dengan teguh imanmu, walau apa cerita mereka diluar sana, mereka tidak pernah tahu sejarahmu. Sesungguhnya nama kamu tak pernah hilang dalam hatiku, aku tetap cintakan mu.

Tak mungkin aku gadaikan kau berdua hanya kerana harta. Sesungguhnya kau berdua adalah harta terutama buat diri ini. Kalian adalah penyembuh duka ku, penguat semangatku dan penghibur dihatiku. Tiada siapa dapat menggantikan tempat kalian di dalam hidupku.

Nur Emmalynn, terima kasih untuk sinaran cahaya dalam hidupku ini. Moga kita terus bahagia bersama.
Durar Faid, selamanya kau kesayanganku. Terima kasih kerana memberi papa peluang menjadi hero di hatimu. 😘

Dan esoknya, terus hilang segala cerita yang tak sedap didengari mengenai anak dan isterinya.

Ikon facebook di skrin utama ditekan. Faizrul leka melihat satu persatu post teman-temannya. Seperti biasa ada yang meluahkan perasaan, ada yang kongsi gambar dan ada juga yang menyampaikan berita terkini. Entah sahih atau tidak, mereka langsung tak peduli. Yang mereka tahu mereka harus jadi orang pertama menyampaikan berita itu.

Faizrul geleng kepala. Tak mahu ikut campur dengan kes begitu. Bukan tak pernah dia nasihatkan teman-temannya untuk memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum berkongsi pada umum tapi akhirnya dia balik yang dikecam. Macam-macam yang dia kena membuatkan dia ambil tindakan untuk tidak peduli dengan berita-berita yang disampaikan di media sosial itu.

Sedang leka di scroll fb, matanya terancap pada satu paparan di page gosip. Faizrul geleng kepala. Page gosip fb ni memang tak ada cerita lain ke? Tak sudah-sudah menjaja cerita orang. Tengok sajalah, dah dekat dua minggu majlis resepsinya berlangsung tapi gosip mengenai majlisnya masih tak berhenti. Faizrul baca tajuk paparan itu.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now