Akhirnya setelah sebulan bertungkus lumus mencari kerja, Emma dapat bekerja di Bakery & Cafe yang terletak agak jauh dari rumah sewanya. Emma menarik nafas lega. Biarlah jauh pun, janji aku tak menganggur lagi.
Seronok sungguh dia rasakan. Mana taknya, kerja ini memang minatnya sejak kecil. Walaupun tak kena dengan kelulusan akademiknya, Emma tak kisah. Dia suka baking, malah pernah terfikir untuk buka bakery sendiri satu masa dulu. Moga-moga impiannya akan makbul nanti.
"Emma, ni Sarah. Nanti kamu belajarlah apa yang patut dari dia, ye?" Suara Haida menyentakkan lamunan Emma. Emma mengangguk tanda mendengar. Sejurus Haida menghilangkan diri ke kaunter hadapan, Emma memandang gadia yang lek menguli fondant berwarna biru pastel itu.
"Suka baking ke?" Belum sempat Emma bersuara, gadis di hadapannya bertanya. Gugup Emma seketika. Dia paling tak suka disergah begini.
"Suka juga. Dulu pernah ada cita-cita nak buka bakery sendiri tapi tak kesampaian," beritahu Emma penuh semangat. Entah, dia tak tahu kenapa dia boleh terlebih peramah macam ni dengan Sarh. Selalunya kalau orang yang baru first time dia jumpa, jarang dia nak bercakap. Nak buka mulut pun susah.
"Kenapa tak kesampaian pulak?" Sarah pula yang bertanya penuh minat. Emma sengih tunjuk barisan gigi.
"Bukan rezeki kot. Lagi pun saya sambung belajar dalam bidang lain," beritahu Emma gembira. Sarah sekadar menganggukkan kepalanya.
Seronok sungguh Emma membantu Sarah menguli fondant. Sesekali terdengar tawa mereka berdua bila ada sesuatu yang mencuit hati dibincangkan. Langsung tak kekok walaupun mereka baru berkenalan.
Pintu pemisah antara dapur dan bahagian hadapan kedai dibuka. Emma langsung tak ambil pusing, ingatnya kak Haida yang menjenguknya untuk pastikan dia okey-okey sahaja.
"Hei boss," Sarah menegur orang yang membuka pintu itu.
"Ni ke staff baru tu?" Tanya satu suara garau. Terkedu Emma dibuatnya. Suara tu sangat familiar. Emma kalih berlakang tengok punca suara dan...
Klaaangg...
***
Faizrul POV
Telefon bimbit yang berbunyi nyaring aku pandang. Ben! Aduh, apa lagi lelaki ni nak? Tak faham ke bila aku kata jangan ganggu aku?
Aku biarkan bunyi itu mati sendiri. Argghh.. malas jadinya nak masuk office sebab aku tahu kalau aku ke pejabat, mesti terpacul muka Ben dekat situ. Tapi nak balik rumah, nanti mama bising pula. Mana aku nak pergi ni.
Telefon kembali berdering. Aku pandang sekilas. Nama lain pula yang naik di skrin.
"Hello.."
"Hello boss. Nak bagitahu ni, kita dah dapat staff baru tau," ceria suara Haida menampar telinga aku. Aku diam. Staff mana pula dia ni?
"Staff baru?" Tanyaku aneh.
"Lah boss ni, lupalah tu. Hari tu kan kita ada buka kerja kosong untuk gantikan Lydia yang berhenti tu," suara Haida kedengaran. Aku mengangguk tanda mengingati apa yang dikatakan Haida.
"Lelaki ke perempuan? Okey ke budak tu?" Tanyaku ingin tahu. Yalah, risau juga. Dibuatnya dia tak minat, baru sebulan dah berhenti kerja. Menambah kos aku pula nak buat advertisement cari pekerja baru.
"Perempuan. Tadi tengok dia macam okey. Macam berminat baking," suara Haida kedengaran gembira. Sukalah tu geng baking dia bertambah.
YOU ARE READING
Mr Bisexual
RomanceHighest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan utk 1st timer mcm sy...) Pertemuan pertama buat Emma kaku. Lelaki tu hensem tapi.. GAY?? Aduh, sedaya...