29 : Cerita Ben

3K 72 0
                                    

Minda melayang entah ke mana. Perasaan berdosa terus menghantui dirinya. Ben terbaring lemah di atas katil pesakit. Dia baru sedar dari lena yang panjang. Lena akibat sedative yang diberi doktor bila dia tak mampu menahan sakit yang melampau selepas rawatannya.

Mengenang dosa yang menggunung, Ben pantas melepaskan keluhan. Masih adakah ruang untuknya memohon ampunan? Sudahlah kesalahannya pada Faizrul dan Emma masih belum dimaafkan, inikan pula dosanya dengan orang lain.

*flashback *

Ben memerhati dua figura yang melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia yang sedang leka menggelamun segera melemparkan senyuman nipis pada mereka berdua.

"Faiz, Emma..." tegurnya perlahan. Suaranya masih lemah kesan rawatan yang diterimanya. Emma berada di belakang Faizrul seperti melindungi dirinya dari dilihat Ben.

"Apa khabar?" soal Faizrul sekadar berbahasa. Ben tersenyum sumbing.

"Macam nilah aku. Meniti hari nak mati sambil menghitung dosa yang menggunung," ujar Ben bersama senyuman sayu. Faizrul tersentak, terkejut dengan kata panggilan diri yang digunakan Ben. Aku? Hilang sudah I dan you nya? Dah berhenti jadi gay ke?

"Faiz, Emma, aku nak minta maaf. Aku banyak berdosa dengan korang berdua. Aku... Aku manusia hina," suara sayu Ben bertukar tangisan tiba-tiba. Faizrul dan Emma bertukar pandang. Faizrul melangkah menghampiri katil pesakit.

"Ben, kenapa kau nak sangat jumpa kitorang sebenarnya. Sampai sanggup suruh papa kau jejak kitorang, kenapa Ben? Apa yang kau nak terus terang sangat?" tanya Faizrul. Nada suaranya sedikit tegas. Dia mengalih pandang ke arah Emma bila terasa lengannya ditepuk. Emma buat isyarat suruh lelaki itu bersabar memandangkan kondisi Ben yang tidak berapa baik.

"Faiz, aku mohon maaf sangat-sangat pada kau. Dosa aku dengan kau sejak dulu lagi. Aku ajar kau jadi gay, aku cuba rosakkan hidup kau dengan syabu. Bila Emma hilangkan diri, aku tahu kau tertekan jadi aku gunakan orang aku untuk bagi kau terus high dengan syabu. Mujur kau tak hanyut teruk. Mujur kau cepat sedar. Ampunkan aku, Faiz," tersentak Emma bila dengar Faizrul ketagih syabu bila dia menghilangkan diri. Emma pandang muka Faizrul yang sudah berubah kemerahan.

"Kau rupanya yang suruh Dom bagi syabu pada aku? Kurang ajar kau, Ben!" bentak Faizrul kuat. Emma terus peluk erat lengan lelaki itu, tak mahu Ben dicederakan. Risau kalau Ben ambil tindakan pada lelaki itu.

"Aku bagi kau syabu supaya kau khayal. Supaya kau lupakan syarikat dan bakeri kau. Biar kau terus hanyut supaya kau muflis. Aku nak tengok kau sengsara. Aku nak buat kau merana. Aku tahu aku jahat, tolong Faiz... Tolong maafkan aku," rayu Ben tak putus-putus. Emma melepaskan nafas yang entah bila dia tahan. Terkejut dengar cerita yang keluar dari mulut Ben. Ya Allah, memanglah dendam itu bawa padah. Disebabkan dendam, Ben sanggup buat Faiz begini.

Melihat Faizrul yang duduk di sofa menggetap rahang, Ben mengalihkan pandang pada Emma yang masih termangu terkejut.

"Alang-alang aku dah terus terang, biarlah aku cerita sampai habis,"

"Emma, anak kau tu bukan anak Faiz," Dummm!! Bagai ada guruh yang baru memancar dibelakangnya. Jantung Emma seperti tercabut dari tangai bila dengar kata-kata Ben itu.

"Kau... Kau cakap apa ni?" soal Emma tidak percaya. Tangan sudah dibawa ke mulut menutup esakan yang mula keluar. Faizrul yang duduk di sofa pantas bangun mendapatkan Emma yang masih berdiri di sisi katil pesakit.

"Kau jangan nak kata Faid anak kau? Sampai mati pun Faid takkan jadi anak kau!" herdik Faizrul garang. Ben mendiamkan diri di katilnya. Dia memandang wajah garang Faizrul. Kecut perut pula rasanya melihat wajah bengis lelaki itu. Tapi saat ini dia rela kalau dibunuh sekalipun oleh lelaki itu.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now