24

3.1K 90 5
                                    

Nah, satu lagi chapter.. Disebabkan mood baik & tak busy kerja hari ni.. Kita update sekali dua terus.. Hehehe
***

Faizrul merenung siling bilik hotelnya. Lepas dapat panggilan dari Belle tadi, laju-laju dia meminta diri untuk pulang ke hotel. Kecoh juga tadi bila Faid tak mahu dia berlalu. Tapi lepas dipujuk dengan janji untuk keluar makan malam ini, pantas Faid diam dan bersetuju.

Telefon di meja sisi katil dicapai. Telefon yang diletakkan dalam mode silent itu dibuka. Serta merta matanya menangkap bait-bait pesanan di skrin utama telefon bimbitnya itu.

20 misscall from Dato' Nik
5 messages from Dato' Nik
6 whatsapp from Dato' Nik

Faizrul terdiam. Habis segala cara Dato' Nik guna untuk berhubung dengannya. Agak-agak kalau dia tak munculkan diri depan Dato' Nik secepat mungkin, mahu tak Dato' Nik hantar penyiasat cari dia di sini? Atau bodyguard yang diupah untuk seret dia balik ke KL bertemu Dato' Nik dan Ben?

Dato' Nik. Nik Ezmin Florence. Ayah kepada Nik Benji Florence a.k.a Ben. Lelaki itu mampu guna apa saja kuasa dan pangkat dia untuk dapatkan apa yang dia mahu. Faizrul kalau boleh, langsung tak mahu bertemu pandang dengan lelaki itu atau pun anaknya yang dikatakan sedang kritikal saat ini.

Mana taknya, Faizrul ingat lagi bagaimana lelaki itu menggunakan pangkat dan kedudukannya untuk membuatkan Faizrul hampir bankrup. Lelaki itu menggunakan pengaruhnya untuk menarik pelabur yang melabur di syarikat Faizrul dan membuatkan hampir kesemua pelabur manarik diri dari syarikat miliknya. Sudahlah syarikat Faizrul masih kecil dan baru mahu membangun, bila para pelabur menarik diri, bukankah membuatkan dia hampir muflis?

Semua itu berpunca dari dendam anaknya. Ben mendendami dia gara-gara kes bisexual yang tak pernah habis itu melarat sampai Dato' Nik sekali terlibat. Bila kuasa dan takhta digunakan, siapa Faizrul untuk melawan? Hasilnya, syarikat dia semakin hari semakin bermasalah. Para pekerja juga ramai berhenti gara-gara dihasut dengan gaji yang lebih tinggi di syarikat Dato' Nik.

Mujur ada ibu yang sudi membantunya. Ibu memberikan dia wang yang diperlukan untuk membangunkan kembali syarikatnya. Ibu juga yang berusaha menghubungi kembali kenalan lama arwah pak ciknya untuk usaha sama dengan syarikatnya. Faizrul tersenyum mengingati hal itu. Tak habis-habis dia menyusahkan ibu. Dari kecil hinggalah kini...

Telefon yang dipegangnya bergetar. Faizrul pandang skrin, dia mengeluh lagi. Aduh Dato' Nik Ezmin Florence, apa yang kau nak ni? Nak tak nak, Faizrul angkat juga panggilan itu.

"Hello," ucap Faizrul senada. Dia sedaya upaya mengawal gugup dan amarahnya.

"Apa masalah kau, susah sangat nak angkat call?" sergah Dato' Nik sebaik saja Faizrul mengangkat panggilannya.

"Dato' Nik, saya tengah bercuti sekarang ni, saya ada hak untuk tak jawab panggilan Dato'. Dan apa masalah Dato' tiba-tiba je nak marah orang?" Faizrul yang sedari tadi tenang mula merasa geram dengan sergahan Dato' Nik. Sedaya upaya dia mengawal nada tak mahu menunjukkan kemarahan tapi nada yang keluar jadi sinis.

"Saya minta maaf... " erkk?? Biar betul Dato' Nik minta maaf? Telefon di jauhkan dari telinga seketika, skrin dipandang. Betullah tu Dato' Nik. Sejak bila lelaki yang menjulang ego ni pandai nak minta maaf?

"Faiz, saya tahu banyak yang awak tak puas hati dengan kami dua beranak. Tapi saya mohon awak balik ke sini, Ben nak sangat jumpa kamu dan Emma," suara Dato' Nik mula menurun nadanya. Sayu pula Faizrul dengar. Tapi nak percaya 100%, dia tak mahu. Bukan dia tak tahu macam mana liciknya mereka berdua.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now